Ciri-ciri diri kita ini ada sifat sombong :
1. kita sukar nak terima teguran dan nasihat.
2. merasakan pendapat kita lebih baik daripaad pendapat orang lain.
3. Angkuh dalam berbicara. Mereka banyak cakap dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan bila ungkapan menakjubkan yang meyakinkan agar nampak seperti orang mulia, hebat, berwawasan luas, mengerti, berakal, dan berpendidikan. Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apa pun. Sama sekali tidak memiliki ilmu bahkan lagi terserlah kemunafikannnya.
4. Riak : Berbuat sesuatu atau meninggalkan sesuatu kerana selain daripada Allah SWT dikategorikan sebagai riak. Apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia nampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan melanggar hal-hal yang diharamkan Allah SWT.
5. Melampaui Batas Yang Telah Digariskan Oleh Allah.
Perbuatan yang menurut kehendak nafsu sehingga boleh tersesat dan menyesatkan pada jalan yang benar sebagaimana Yahudi dan Nasrani.6. Suka Berbantah Dan Bertengkar Sesama Muslim. Sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila bertengkar (berbantah), dia melampau."
7. Fitnah : Menyampaikan keburukan orang lain di kalangan orang ramai supaya mereka membenci atau memusuhinya. Membuat laporan tanpa fakta dan usul periksa serta mengada-adakan cerita. Ia juga tergolong dalam sifat-sifat munafik dan dosa-dosa besar.
8. Mencaci Maki : Tidak berhikmah di dalam berkata-kata dan dalam menyampaikan dakwah. Menggunakan kata-kata kesat terhadap orang lain terutama yang tidak bersependapat dengannya. Firman Allah SWT: "...mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan..." (Surah Al-Ahzab ayat 19)
9.Mengumpat : Berkata dan menyampaikan sesuatu keburukan orang lain yang tidak benar adalah berdosa kerana ia berupa fitnah. Akan tetapi berkata tentang keburukan orang lain yang benar tetap juga mendapat dosa iaitu dosa mengumpat.
10. Hasad Dengki : Tidak senang dengan kejayaan orang lain. Tidak senang juga jika sesuatu kejayaan itu terhasil di tangan orang lain dan bukan oleh tangannya sendiri.
11. Dusta ; Orang sombong juga suka berdusta, supaya nampak dia lebih baik dan mulia daripada orang
YOU ARE READING
【 Letter For You ✍】
ChickLit" No matter what happens, الله is still number one. " Seburuk mana pun kisah lama itu, dia adalah gurumu yang terbaik dalam kehidupan. Majulah ke hadapan dan jangan pernah sesekali kamu toleh ke belakang. 【 some quatoes, some opinions, or some anyt...