Bellasays;
• Buku ini pernah complete di sini (lupa bila, malas nak check haha, tapi dalam akhir 2018, kot), dan diterbitkan menjadi naskhah buku di bawah penerbit Fajar Pakeer pada November 2020.
• Saya cuma akan tinggalkan beberapa teaser di sini untuk tujuan promosi.p/s; Buku ni adalah full novel yang pertama saya tulis. Sebelum tulis buku ni, saya hanya tulis cerpenS. Jadi, terlalu banyak minor mistakes dan gaya penulisan pun agak lain dari cara saya menulis sekarang. Plot pun sama. Extremely cliche. Tapi, saya sudah cuba yang terbaik masa editing. Selebihnya, bergantung kepada readers untuk memiliki naskhah ini atau tidak (^_^) Yang dah beli, terima kasih saya ucapkan. Sebarang reviews, bolehlah direct message saya di ig bellasannah_ atau di wattpad.
-
#uneditedProlog
2003,
VILLA De Leon.
"AISYA tunggu sini kejap, mak nak pergi jumpa Puan Sri. Jangan pergi mana-mana tau." Pesan mak.
Aku hanya menganggukkan kepala. Tali beg sandang bertema Barbie yang tersangkut pada bahu digenggam dengan tanganku yang halus.
Puas melihat anggukan aku, barulah mak berlalu pergi. Tahu sangat anaknya ini perlu diingat berkali-kali, kalau tak asyik nak melanggar arahan saja. Aku termangu-mangu sendirian di luar villa besar dan mewah ini. Puas melingas ke segenap perkarangan luar villa, kepala terdongak pula ke atas. Chandelier yang tergantung cantik ditenung lama. Aku terpegun. Di luar rumah pun boleh mereka boleh menggantung barang semahal ni.
Lenguh mendongak, aku labuhkan duduk pada penyokong bawah tiang besar di sebelah. Pertama kali menjejak kaki di tempat kerja mak, aku rasa sangat teruja. Tak sangka tempat kerja mak semewah dan semegah ini.
Mak bekerja sebagai pembantu rumah di villa ini hampir 3 tahun setelah kematian ayah bagi menyara kami dua beranak. Aku hanyalah anak tunggal dan selama mak bekerja di sini, aku tinggal bersama Mak su. Malangnya, Mak su terpaksa berpindah ke Pulau Pinang kerana perlu mengikut suaminya yang dipindahkan untuk bekerja di sana. Mak tidak mahu berpisah jauh dengan aku. Disebabkan itu, mak memohon kepada majikannya untuk membenarkan aku tinggal bersama-sama di villa ini. Aku hanya mengikut sahaja kerana aku juga tidak mahu berpisah jauh dengan mak.
Bunyi pancuran air menyapa koklea telinga. Lamunan aku mati dan telinga terus ditadahkan untuk mendengar. Tenang. Terus mata tertala pada binaan simenfero di tengah-tengah laman hadapan. Air mencurah-curah keluar daripada celahan batu yang diukir cantik dan jatuh ke dalam kolam yang dihiasi ikan pelbagai warna. Semakin meninggi rasa kagum dalam diri.
Masuk saja ke dalam pagar yang indah melingkungi seluruh kawasan villa ini tadi, mata aku langsung tak berkedip. Tidak menyangka wujud tempat sebegini di atas muka bumi dan tidak sangka juga aku diberi peluang untuk menjejak kaki ke sini. Tubuh bagai dibawa masuk ke halaman istana.
Mata tertala pada pintu gerbang besar berukiran bunga. Pintu yang dimasuki oleh mak tadi. Bila perasaan digasak rasa teruja dan rasa menggebu ingin meneroka, aku berdiri. Langkah diatur perlahan-lahan menghampiri pintu. Teragak-agak, pintu yang tidak terkatup rapat tadi, aku tolak lebih lebar. Pesanan mak hilang dari lipatan kepala.
Kaki masuk setapak. Dari setapak, terus menjadi bertapak-tapak sehingga kini aku berdiri di tengah-tengah ruang. Tiada perkataan yang aku mampu ungkapkan lagi, villa ini memang istana. Bukan seperti istana, tetapi memang istana. Segala susun atur, segala perabot, segala perhiasan dan gambar yang tergantung pada dinding, semuanya cantik dan mewah. Mata dikaburi sinar teruja. Sebagai kanak-kanak yang dibesarkan dalam suasana sederhana, aku memang sedikit jakun dan cepat kagum.
YOU ARE READING
HANYA IKHLAS UNTUK KAMU (novel terbit)
RomanceSUDAH TERBIT DAN ADA DIJUAL DI KEDAI BUKU SELURUH MALAYSIA. BLURB: CAPTION : Dunia yang malang, hati yang kecil, jasad tidak indah, sudikah kau menyambut? ..Kalau mahu mengenal cinta, harus berkenalan dengan sakit hati... Ya, aku sakit hati, tapi ak...