Teaser 2

11.1K 714 37
                                    

| Unedited #random chapter

KERTAS jadual di tangan, aku tilik sekilas. Pagi ini aku ada kelas Pemasaran Pelancongan dengan Prof Yusof. Walaupun, sudah sebulan lebih semester baru dibuka, aku masih belum mengingati jadual. Ditambah pula dengan para pensyarah yang suka mengubah jadual mengikut masa senggang mereka membuatkan aku semakin malas untuk menghafal.

Senyuman aku hadiahkan kepada mereka yang turut melontarkan senyuman pada aku. Smile is contagious!

Minggu ini aku menghadiri kelas dengan lebih tenang dan lebih bersemangat. Tiada lagi gundah gelana di hati dan perasaan yang tidak enak semua hilang. Setelah cuba menerima segalanya dengan reda, hati dan fikiran semuanya menjadi positif.

Aku menghampiri loker untuk mengambil buku rujukan yang tebal gedebak tu. Baru sahaja mahu berpaling untuk menuju ke dewan kuliah, aku terpandang Tengku Dayana yang betul-betul terpacak di hadapan loker Zill.

Aku mempercepatkan langkah, tidak ingin bersua muka dengannya. Bukan sombong tapi aku masih perlukan masa untuk move on.

Baru sahaja hati berasa lega kerana berjaya melepasi Tengku Dayana, seruannya yang agak kuat menghentikan langkah aku. Aku jujut nafas dalam sebelum berpaling menghadapnya.

Tengku Dayana berjalan mendekati aku. Dia kelihatan sangat jelita dengan dress flora paras lutut yang berwarna merah hati. Tali pinggang aksesori pada pinggang menyerlahkan bentuk tubuhnya yang cantik dan tinggi lampai itu. Aku sebagai perempuan pun terpaku melihat dirinya, apatah lagi kaum lelaki.

"Laju je jalan. Tak nampak I ke tadi?" Tegur Tengku Dayana.

Aku tersenyum kecil.

"Saya tak perasan Tengku berdiri kat situ tadi. Saya ada kelas sekarang, sebab tu rushing sikit." Aku beralasan.

Keadaan berjeda.

"Err... Tengku buat apa kat sini? Loker Tengku kat floor 3 kan?" Aku sekadar berbasi-basi. Ingin sahaja berlalu pergi, tetapi tidak semena-mena pula aku dicop sebagai kurang ajar nanti. Lagipun, sejak asal lagi aku langsung tiada masalah dengan Tengku Dayana. Aku yang bermasalah sebenarnya. Rasa tidak selesa dengan dirinya walhal dia tidak tahu apa-apa.

"Oh, I letak something kat loker Zill. I tahu dia suka Cadbury, sebab tu I letak coklat tu. Mana tahu sejuk sikit hati dia nanti."

Aku tergamam.

Riak muka aku kawal dan senyuman paksa aku ukir. Sejujurnya, setelah sahaja peristiwa pergaduhan Adele dan Tengku Dayana, aku sudah berhenti melekatkan lolipop pada loker Zill. Tiada lagi aktiviti memikatnya. Malah, bertentang mata dengan Zill pun boleh dikira dengan jari. Aku hanya bertemu dengannya ketika sedang menghidangkan makanan atau mengemas rumah. Itu pun jarang-jarang. Aku lebih memilih untuk tidak mempedulikannya lagi.

Sepatutnya, tindakan ini aku ambil dari dulu lagi.

"Aisya, I sebenarnya nak minta maaf kat you. Pasal I, you kena tengking dengan Zill haritu. I tahu I lambat minta maaf. I tak sempat sebab I sibuk pujuk Zill dan kelas kita pula kebanyakannya tak sama masa. Alang-alang jumpa ni, I nak minta maaf terus lah. Zill tak patut tengking you macam tu." Tengku Dayana menunjukkan muka bersalah.

"Tak apa lah Tengku. Benda dah jadi pun." Aku membalas perlahan.

"Tapi I bersyukur juga disebabkan perempuan tu serang I, I boleh berdua-duaan dengan Zill. You tahu tak, dia hantar I balik lepas tu. Sekurang-kurangnya, I tahu dia masih sayang dan peduli pada I."

Aku tersenyum hambar. Tidak tahu riak apa yang harus dipaparkan kerana hati aku sekarang sudah kosong.

"Eh, Zill dah datang," bisik Tengku Dayana ceria sambil melihat ke arah belakangku.Badan aku mengejung sedetik.

"Ermm, takpe lah Tengku. Saya dah lambat ni. Saya pergi dulu. Anyway, good luck." Tanpa menunggu respon Tengku Dayana, aku cepat-cepat berpaling dan berjalan menonong. Aku berselisih dengan Zill dan tanpa melihat dirinya aku terus berlalu pergi. Aku perasan Zill ada memandang aku sekilas melalui ekoran mata tapi aku hanya mengabaikannya. Perasaan aku saja, mungkin.

Kenapa? Nak tuduh aku serang Tengku Dayana lagi ke? Huh, tak kuasa aku. Tukas aku dalam hati.

"Zill, I ada letak Cadbury kat loker you. I harap you suka." Sayup-sayup kedengaran suara ceria Tengku Dayana masuk ke segenap peluput telinga aku.

Mestilah dia suka Tengku Dayana oit. Coklat mahal tu. Nak lawan dengan lolipop sepuluh sen aku memang tak lah. Sempat hati aku berbicara bisu.

Langkah dipercepatkan menjuju ke kelas. Malas mahu mengambil peduli soal mereka berdua itu lagi. You with your life, and me with my life.

HANYA IKHLAS UNTUK KAMU (novel terbit)Where stories live. Discover now