Teaser 4

9.3K 589 27
                                    

Random chapter #Unedited

Aku mengerling jam sekilas. Ada lagi lima minit sebelum masa yang dirancang dalam tentatif lari. Memang jika lari setengah jam lewat dalam mengendali soal begini sudah biasa dialami namun tetap aku risau jika durationnya akan lari jauh dan menyusahkan dua pihak.

"𝘖𝘩𝘰𝘪, 𝘸𝘩𝘢𝘵'𝘴 𝘨𝘰𝘪𝘯𝘨 𝘰𝘯 𝘔𝘳. 𝘡𝘪𝘭𝘭 𝘵𝘩𝘦 𝘌𝘪𝘯𝘴𝘵𝘦𝘪𝘯? 𝘏𝘰𝘸 𝘤𝘢𝘯 𝘢 𝘱𝘶𝘯𝘤𝘵𝘶𝘢𝘭𝘪𝘴𝘵 𝘣𝘦 𝘭𝘢𝘵𝘦?" Sindir Dato Jamal tiba-tiba. Namun, masih ada nada gurauan di celahan nada.

Badan aku kejung. Senyum yang terukir dengan jenaka Dato Khan dan Dato Jamal tadi serta-merta mati. Mata lurus kepada Dato Jamal yang berbicara tiba-tiba di dalam van sedangkan mata Dato Jamal pula terarah pada belakang aku. Bahang menyentak sehingga ke tulang hitam.Kedengaran dengusan di belakang. Seperti sedang menahan diri untuk terus membalas gurauan yang dilontar oleh Dato Jamal.

"𝘕𝘰𝘣𝘰𝘥𝘺'𝘴 𝘱𝘦𝘳𝘧𝘦𝘤𝘵, Dato'."

Dan kali ini botol air kosong dalam genggaman aku semakin kemas dicengkam. Melepaskan debaran di situ.

Mustahil.

Sangat mustahil.

Tapi, bila dua perkara yang dikemaskini oleh minda mengetuk akal waras, benda yang dianggap mustahil itu mungkin realiti. Nama itu. Suara itu. Membuatkan aku terus mengeras dan tidak terkata.

Namun, apa yang mampu dibuat bila tubuh badan begitu ditekan dengan pelbagai organ dan perasaan yang bijak mengawal. Serebrum mengawal badan aku untuk berpusing ke belakang. Medula oblongata mendenyutkan jantung tanpa arah kelajuan.

Aku jujut nafas dalam sebelum berpaling ke belakang dan mendongak. Bila seraut wajah yang tidak pernah luput dari ingatan aku selama ini menyapa ruas mata, kaki aku bagai tidak menjejak tanah. Botol air PP hampir terlepas dari genggaman. Sedikit lagi mahu mencecah tar.Dada sebu dengan pelbagai rasa. Tambah pula, anak mata coklatnya turut dalam menikam anak mata aku. Tiada emosi. Tiada riak.

Mata aku dipaksakan untuk berkerdip beberapa kali dengan harapan setiap kali terbuka, aku berharapan ini hanyalah khayalan. Namun, tidak. Dia tegap tidak tergugat.

Kacak. Masih kacak seperti dulu malah lebih kacak. Matang dengan kumis nipis yang menghiasi jawline tajamnya.

Tak sempat aku mahu larut lama dalam keindahan wajahnya, dia melarikan anak mata dan melepasi tubuh aku masuk ke dalam van. Kedinginan tubuh dan matanya yang tidak berperasaan menjerut perasaan aku.

Dingin tubuhnya menghempas badan aku.

𝘠𝘢 𝘈𝘓𝘓𝘈𝘏, 𝘢𝘱𝘢 𝘮𝘢𝘬𝘯𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘦𝘮𝘶𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘪?

Tangan dan tubuh aku masih menggigil kecil. Kadang terkepal sendiri. Mata terkerdip-kerdip kecil menatap ruang kosong udara seiring dengan kepala yang masih mahu mencuba untuk mengevaluasi.

Zill. Zill De Leon.

𝐼𝓉 𝓌𝒶𝓈 𝓀𝒾𝓃𝒹 𝑜𝒻 𝒶𝒸𝒸𝒾𝒹𝑒𝓃𝓉𝒶𝓁𝑀𝓎 𝓁𝑜𝓋𝑒 𝒻𝑜𝓇 𝓎𝑜𝓊𝐵𝓊𝓉 𝓁𝑜𝑜𝓀𝒾𝓃𝑔 𝒷𝒶𝒸𝓀𝐼𝓉 𝓌𝒶𝓈 𝓃𝑜𝓉 𝒶𝒸𝒸𝒾𝒹𝑒𝓃𝓉𝒶𝓁 𝒶𝓉 𝒶𝓁𝓁𝑀𝑜𝓇𝑒 𝒸𝑜𝒾𝓃𝒸𝒾𝒹𝑒𝓃𝓉𝓁𝓎𝒯𝒽𝒶𝓉 𝓎𝑜𝓊 𝓌𝑒𝓇𝑒 𝑒𝓋𝑒𝓇𝓎𝓉𝒽𝒾𝓃𝑔𝐼 𝒽𝒶𝒹𝐸𝓋𝑒𝓇𝒲𝒶𝓃𝓉𝑒𝒹- 𝐵.𝐻

HANYA IKHLAS UNTUK KAMU (novel terbit)Where stories live. Discover now