Bab 1 : Paving my way to you

40 2 0
                                    


"No. I don't want to do it. I won't do it." Jasmine menggelengkan kepalanya.

Terpamer wajah tegangnya. Suasana tenang taman bunga dikediaman langsung tidak memberi kedamaian hari ini. Dalam banyak-banyak hari, kenapalah abah harus memilih hari bahagia begini untuk mengacau bilaukan perasaannya?

Dia baru sahaja selesai membentangkan kertas projeknya. Tahun akhir. Semester akhir. Pembentangan terakhir. Betapa dia terasa bebas dan terangkat segala beban dibahunya selama ini. Sedang hati baru mahu menari rentak 'shuffle' oleh kerana bergembira tanda berakhirnya kehidupan ijazah sarjana mudanya dimatikan dengan soal tanggungjawab pula. Apa ni?

Jasmine mengeluh.

"Jasmine.. abah buat ni sebab Jasmine dan abang. Now, you said you don't want?" Abah menyandarkan badannya sambil memicit kepalanya. Berdenyut tiba-tiba. Migrain datang lagi lah ni..

"Kenapa Jasmine yang kena bertanggungjawab ambil alih syarikat ni sedangkan abang seronok berfoya-foya buat apa yang dia suka dekat luar Negara sana. Jasmine pun ada harapan Jasmine ayah.. Jasmine nak jadi traveler. Writer.. Bukan pemilik rangkaian makanan !" ternaik satu oktaf suara Jasmine dalam pada dia cuba mengawal perasaan sebaiknya.

Berubah muka Encik Salehuddin. Tidak pernah melihat anaknya beremosi begini.

"Maaf abah.. Jasmine tak berniat.." Melihat perubahan wajah abahnya, Jasmine diserang rasa bersalah yang maha hebat. Ini pertama kali seumur hidupnya bergaduh dengan ayahnya.

"Abah faham. Jasmine tak nak. I get it. Kalau begini.. ayah mungkin akan jual share tu semua. Memandangkan tak ada.."

"Jasmine tak setuju." Pantas Jasmine memotong. Takkanlah ayah tegar nak jual ? titik peluh abah dari muda. Jasmine mula dilanda resah.

Encik Salehuddin tersenyum dalam diam. Jeratnya hampirr mengena.

"Why not ? Syafiq tak nak. Jasmine pun tak mahu. Uncle Hafiz pun seperti berminat. Waktu ayah borak dengan uncle kamu tempoh hari cadangnya nak suruh Remy jaga that company. Remy macam berminat nak uruskan."

Jasmine tersentak.

'Si playboy karat tu? Mahu jahanam rangkaian SUMIKHAFE kalau jadi rancangannya.'

"Kejap..kejap.. Remy? Remy berminat nak jaga ? Jasmine tak setuju ! He is going to ruin whatever we have now." Lagi berganda resah Jasmine.

"Remy is not that bad Jasmine. Plus dia ada passion in this business katanya. Ayah pun rasa, kenapa tidak ? Beri peluang pada dia. Nak harapkan anak-anak ayah, macam sorang pun tak berminat."

"Jasmine tak benarkan ayah. Muktamad." Jasmine menggelengkan kepalanya berkali-kali.

"You can do that if you are the owner of the company. Ini ayah nak bagi all my share pun you don't want. Setakat ni, this is the best by far." Encik Salehuddin memancing lagi.

"Ayah.. Bagi Jasmine fikir dulu boleh? Yang pasti, apa pun keputusan ayah, don't include Remy in it." Jasmine mengurut pelipis matanya.

Encik Salehuddin tergelak.

"You hate Remy that much huh anak ayah sorang ni?"

Jasmine mengangguk.

'Jangan berangan. Jangan harap.'

________________________________

Suasana tenang di perkarangan LRT KLCC hari ini. Ramai tapi teratur. Tidak sesak. Just nice.

Jasmine membetulkan earphonenya. Mula mengetik random playlist lagu. Sebuah lagu mula bermain.

'Oh Korean song..' detik hati Jasmine.

Serendipity | BTS Jimin Fanfiction | MalayWhere stories live. Discover now