Bab 2 : Is that you?

24 0 0
                                    



Chapter 2 : Our first time.

Lapangan terbang Ngurah Rai Bali yang sibuk dan sesak itu tidak dipedulikan. Yang paling penting buat Yasmin sekarang adalah, mana Little Yellow Book dia!

Terakhir dia ingat dia menulis dalam kapal terbang tadi. Selepas itu, dia amat yakin buku kesayangan itu sudah diselit masuk ke dalam tas tangannya. Can anybody explain why the book tiada dalam beg sekarang ?! Hampir menjerit Yasmin dibuatnya.

Beg ombre ala-ala hipster handmade pemberian dari sahabatnya Yaya digeledah kasar. Dia tahu, kalau dah tak ada, maknanya tak adalah kan? Tapi dia tidak mahu menerima hakikat yang buku itu hilang! Rasa nak menangis.

Rambut panjang yang mengurai menganggu pencariannya. Getah rambut yang memang setia dipergelangan kirinya ditarik dan dia mula mengikat rambutnya. Ditengah-tengah lapangan itu, Yasmin membuat kepala sengalnya, mula menggeledah backpacknya pula. Kot-kot ada sedangkah sah-sah tak mungkin dia menyelit dalam backpacknya.

"Kau cari apa nyah?" tegur Faris. Dahinya berkerut melihat Yasmin yang bersungguh menggeledah backpack sendiri. Yasmin membuat isyarat tunggu tanpa memandang ke arah Faris. Oh ya, Faris ialah kawan barunya sejak 2 jam lepas.

Lelaki yang disyaki berjiwa lembut itu yang ditakdirkan duduk disebelahnya sepanjang perjalanan ke Bali tadi. Boleh pula ngam sekepala. Lagipun tujuan mereka sama. Backpack sendirian mencari diri katanya.

"Stressnya !" Yasmin terduduk keletihan. Confirm tak ada !

"Kau ni dah kenapa? Hilang laki ke apa?" tanya Faris dengan gaya mak jemah.

"I lost my notebook. Kau ingat tak tadi dalam flight aku ada keluarkan?"

"Oh that book. I thought you put it back in the bag?" Ujar Faris sambil berkerut-kerut dahinya. Cuba mengingat momen dia nampak kwujudan buku itu.

"That's what I thought too. But then I.."Yasmin terdiam memikirkan sekuen kehilangan tanpa jejak buku bertuahnya itu.

"Oh." Pendek reaksi Yasmin. Dia sudah teringat exactly where she lost the book.

"Apa yang oh?" Tanya Faris.

"I keluarkan balik waktu security check tadi because I selit my passport in there."

"Haaaa, cicirlah tu !" Faris membuat konklusi.

"Agaknya lah." Balas Yasmin perlahan. Serabut dia memikirkan.

All her writings... All the notes that portray her feelings.. Ada dalam itu.

Adakah ini petanda supaya dia benar-benar memulakan hidup baru? Keberadaan dirinya di bumi Indonesia ini juga adalah demi mencari diri. Mungkin segala perasaan dan masa lalu dia yang pernah tercatat dalam buku itu perlu dibuang jauh.

Mungkin.

' Tak apalah. Tak ada jodoh mungkin.' Yasmin menarik nafas. Cuba menenangkan diri sendiri.

"So how? You nak pergi balik tengok tak?" tanya Faris. Wajah Faris jelas menunjukkan sikap mengambil berat. Tidak sampai hati pula Yasmin hendak membesar-besarkan perihal buku kuning itu. Masa pun sudah banyak terbuang. Baik mereka berjalan menjelajah pulau Bali ini.

"Never mind lah. I'll replace it later." Putus Yasmin sudahnya.

"Sure ni? Kang menyesal pulak. Malas I nak layan kalau you meroyan tengah malam ingat buku tu."

Yasmin tergelak melihat mimic muka Faris yang bersungguh membebel.

"I'm sure. Hikmahnya mungkin, I kena bukak buku baru for this journey. Like, totally clear and fresh page." Ujar Yasmin semangat.

Serendipity | BTS Jimin Fanfiction | MalayWhere stories live. Discover now