Yasmin meletak pen dan buku disisinya. Pasir yang melekat ditapak tangannya ditepuk perlahan. Angin pantai Padang-Padang itu meniup lembut. Shades Rayban Aviatornya dipakai. Dia mahu tidur sebentar. Menenangkan hati yang tengah bengang dengan Faris yang bertindak sesuka hati.
"Are you okay?" tegur satu suara. Bukan suara Faris. Yasmin cepat-cepat membuka matanya yang hampir terlelap.
Salah seorang dari mereka. Getus hati Yasmin.
Pantas dia membetulkan duduknya. Tidak jadi berbaring. Segan menerpa!
Lelaki itu menghamparkan kain alas berwarna merah hati.
"Awak boleh duduk atas ni." Cadang lelaki itu sambil tersenyum manis.
Yasmin teragak-agak namun diturutkan sahaja.
"Yasmin kan? Saya Jimin. Nama kita macam ditakdirkan, bukan?" Ujar lelaki itu sambil menghulurkan tangannya. Lawak ajussi atau daddy joke Jimin seakan tidak sampai dan Yasmin hanya tersenyum sedikit.
Awkward.
Jimin menggosok hidungnya yang tidak gatal.
Yasmin yang melihat Jimin mulai resah cepat-cepat menghulurkan tangannya. Tangan Yasmin kemudian disambut. Sekejap namun terasa cukup lama. You get what I mean? Terasa ada elektrik dan mereka berdua pantas menarik tangan masing-masing.
"I won't disturb you. Just have a good sleep." Jimin kemudiannya bangun. Cuba memberi ruang kepada gadis itu bersendirian.
"Nak ke mana?" Teragak-agak Yasmin bertanya. Don't go just yet. Bisik hati kecil Yasmin.
"Err ke sana." Jimin menunjuk kehujung pantai.
"I don't feel like sleeping anymore. Can I come along?" Yasmin tidak tahu apa yang merasuknya tetapi lelaki itu seperti magis yang kerap menarik perhatiannya dari tadi.
Lelaki itu tersenyum dan mengangguk.
"Anyway, sorry kalau kawan I menakutkan you. Jin is really nice actually. Good brother and friend." Ujar Jimin sambil memasukkan tangannya kedalam poket.
Yasmin mengangguk.
Sesetengah orang memang boleh jadi hyper sebegitu dan dia sangat faham akan keadaan itu.
"Anyway, pasal invitation kami untuk awak dan Faris masih terbuka." Jimin membuka mulut.
Yasmin membuat muka tidak setuju. Not again.
Jimin! Laung satu suara dari kejauhan. Gadis yang dipanggil Lizzie melambai-lambai memberi isyarat. Jimin menunjuk isyarat bagus.
"I got to go. But please come. Sebab kalau awak datang, I promise to give you something. Something.. yellow." Ujar Jimin sambil tersengih.
Yasmin ternganga. Cuba memahami lelaki tersebut. Keletah lelaki itu membuat Yasmin bingung.
Something yellow?
Belum sempat Yasmin mahu menutur kata, Jimin memintas.
"I promise you. Please come." Jimin mengenyit mata dan mula berlari anak ke arah Lizzie meninggalkannya termangu sendiri.
Yasmin berusaha menghubungkan sel-sel otaknya. Then, it clicked.
Oh, tidak. My Little Yellow Book!
YOU ARE READING
Serendipity | BTS Jimin Fanfiction | Malay
FanfictionWe didn't meet at our best. We were both a mess. Nevertheless, you are the best thing ever happened to me, Jasmine. -Jimin Start date : 19 October 2018 End : ---