Nah, Untuk Awak! 1

18.8K 378 19
                                    

" Nah, Untuk Awak! "

© 2012 All Rights Reserved

Yeah! Siapa suka raya?! SAYA ! So, saya nak buat a short story yang berlaku pada Hari Raya. Enjoy ~

Dedicated to shxrtgxrl

Vomment...!!!

Vote + Comment = Vomment...~

####################

Part 1

Rantai berhuruf A ku tatap. A untuk Aqira. A juga untuk Aril. Mungkin pada orang, sweet sangat kan bila ada suami kasi necklace macam ni kat isteri dia. Memang padan.

Erk, suami isteri? Suami tapi tak nak mengaku kat orang yang dia dah berkahwin. Itu pun mama seorang je yang tahu kami berdua dah kahwin selain aku dan dia. Ni pun aku tak faham. Tetiba je mamat ni baik hati nak beri aku rantai ni.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Nah, untuk awak!" Qira yang sedang mengemas biliknya terkejut dengan kehadiran Aril yang tiba-tiba sahaja masuk ke dalam biliknya.

Pergh, mamat ni! Agak-agak arr kalau ya pun nak masuk. Dah lah tak ketuk pintu, tiba-tiba je serbu pulak tu! Nasib baik tak gugur jantung ni. Ehh, Nek Mah tak perasan ke mamat ni masuk bilik anak dara orang ni? Kang benda lain pulak jadinya nanti, tak memasal.

Ehh, apa yang dia kasi ni? Ohh ya, sejak bila pula dia ni ber'awak-awak' ni? Pelik.

"He'eh, yang kau serbu bilik aku ni hanya sebab nak tunjuk benda ni je ke?" Qira bersuara tetapi masih tidak mengambil kotak bersampul 'For You' yang masih di tangan Aril itu.

"Tunjuk? Aku nak kasi lah engkau lah cik adik oi. Aku ni dah lah tengah mood baik nak kasi kau hadiah ni. Ambil je lah. Banyak songeh pulak minah ni," kata Aril perlahan. Kena cium juga karang isteri aku ni. Ehh, Aril. Apa kau ni? Buang tebiat agaknya. Bulan puasa kau nak buat macam tu? Ish, ish, ish ...

"Apa kau kata tadi?"

"Ehh, hah? Ehh, tak tak. Nah, ambil ni," . Gelabah Aril apabila tiba-tiba sahaja ditanya isterinya ketika sedang mengelamun.

"Aku pelik. Nek Mah tak perasan ke bila kau seludup masuk bilik aku ni?" tanya Qira sambil menyambut huluran Aril yang kini sudah duduk di sebelahnya di katil. Erk, mamat ni. Apesal dekat-dekat pula ni?

"Aku nampak Nek Mah dah pergi ke luar sekejap. Tu yang aku cepat-cepat masuk ke sini. Hah, bukalah hadiah tu," kata Aril dengan nada teruja. Qira dah buat muka pelik. Lah, mamat ni dah kenapa pula excited terlebih ni. Sawan ke apa? Seram pula aku tengok.

"Owh. Okey," jawab Qira dengan riak wajahnya yang masih tidak berubah.

Ya Allah, cantiknya rantai ni!

"Err, Aril . . . ," Kata-kata Qira dipotong oleh Aril.

"Sini, aku pakaikan," tiba-tiba Aril mengambil rantai itu daripada tangan Qira. Qira tergamam.

Perasaan sebak mula menerpa ke dalam diri Qira. Dia ni dah kenapa tiba-tiba baik dengan aku? Selama ni tak nak mengaku kat orang yang kita berdua suami isteri pun. Ke dia nak kasi sebab esok raya? Kalau macam tu, baik tak payah kasi lagi bagus!

"Aril, tak payah lah," Qira memegang tangan suaminya yang bersentuhan dengan lehernya. Terasa kehangatan di situ.

Aril menarik tangannya daripada sentuhan isterinya. Rantai yang berada dalam pegangannya turut terlepas dan jatuh ke riba Qira.

"Engkau memang tak suka apa-apa yang aku beri, kan!" Suara Aril sudah mula meninggi. Qira boleh nampak Aril mengetap giginya menahan amarah yang mula menguasai diri. Sampai hati kau, Qira! Kau tak tahu ke yang aku dah mula sayang pada kau?! Hah!

Nah, Untuk Awak! (AIDILFITRI 2012)Where stories live. Discover now