Ni ada beberapa tips yang saya ingin kongsikan di hari raya ..
WANGI PADA PAGI SYAWAL
Wanita Melayu dan minyak wangi mempunyai hubungan akrab sejak zaman-berzaman. Ia bagaikan satu budaya dalam masyarakat Melayu yang sentiasa berhubung kait terutamanya dalam acara kebudayaan dan persiapan diri. Contoh paling klasik adalah kewujudan bunga rampai yang mana ia dijadikan simbol keharuman pada majlis kahwin. Tidak terkecuali, air mawar dan setanggi. Inilah antara agen wangi-wangian yang dikembangkan seterusnya sebagai pelengkap perhiasan diri. Berwangi-wangian sangat dituntut, apatah lagi pada hari yang mulia seperti lebaran ini. Jadi, selepas mandi dan mengenakan baju barumu itu, jangan lupa untuk menyembur haruman kegemaranmu.
Tips Berwangi-wangian Pada Lebaran Ini :
¥ Selain disemburkan pada bahagian bernadi, jangan lupa juga untuk disembur sedikit di telapak tangan. Ini untuk memberi rasa selesa kala bersalaman terutamanya apabila ada yang mencium tanganmu nanti.
¥ Seperti yang kita tahu. kebanyakan baju raya kita diperbuat daripada pelbagai jenis fabrik yang berbeza dengan pakaian sehari-hari kita seperti baju kemeja atau shirt. Ada kalanya, fabrik itu akan memberikan respon berbeza pada semburan minyak wangi kita. Jalan selamat, elakkan menyemburnya pada baju. Sembur pada kulit badan dan biarkan seketika sebelum menyarungkan baju.
¥ Sebaiknya semburkan harumanmu ketika tubuh dalam keadaan lembap. Ini memandangkan lagi jangka hayat haruman itu.
¥ Jika berhijab, jangan lupa untuk menitikkan haruman di celah telinga, leher dan dadamu. Ulanginya jika terasa baunya sudah berkurangan.
¥ Sebaiknya, pilihlah haruman yang beraroma lebih manis dan feminin daripada bersifat sporty atau terlalu seductive. Haruman daripada bunga dan buah adalah pilihan terbaik.
Sumber : Majalah InTrend Ogos 2012
YOU ARE READING
Nah, Untuk Awak! (AIDILFITRI 2012)
RomanceSimple cliche story khas untuk Aidilfitri 2012 ! Menceritakan kisah pasangan Qira dan Aril sewaktu mereka menyambut raya pertama sebagai suami isteri, tetapi . . .