Nah, Untuk Awak! 3

8.1K 283 7
                                    

" Nah, Untuk Awak! "

© 2012 All Rights Reserved

Okey, seriously. I am very very sorry sebab dah lama tak update. Faham-faham je laa. Dah nama pun raya, mestilah sibuk. So, hope you enjoy this chapter. Again, Selamat Hari Raya !!!

Dedicated to my sister, Miss_Rina

Vomment...!!!

Vote + Comment = Vomment...~

####################

Part 3

Cantikk ! Siap akhirnya susun makanan.

'Sudah cukup-cukup sudah. Cukup sampai di sini saja. Daripada hati gelisah. Cintaku kau balas dengan dusta...'

Ehh, apehal pula mamat tu telefon aku? Hoho, saje aku letak lagu ni as ringtone number dia. Tu lah apa yang hati aku rasa. Hope dia tak tahu.

"Hah, kenapa telefon?! Entah dah habis solat ke tak dia tu," Qira mendengus. Kacau betul orang nak lepak-lepak sekejap tengah takde orang kat rumah ni.

"Amboi, garangnya wifey Aril ni. Sampai hati kata Aril macam tu. Ni hah. Mama suruh tanya dah letak duit raya dalam sampul ke belum? Kalau belum, pergi tengok dalam bilik mama. Ada dalam laci meja solek mama. Err, okey lah Qir. Nek Mah dah panggil tu. Tata, miss you. Muahh," . Ketawa Aril selepas menamatkan talian tanpa sempat Qira membalas. Mesti dia geram. Hehe..

Argh! Suami aku dah kena sawan pepagi raya! Gila betul! Ehh, ada kerja lagi belum rupanya. Haih, start awal cepat siap!

Tak lama kemudian, suara orang ketawa mula kedengaran halaman rumah. Huh, dah balik dah pun diorang.

"Qira, dah siap uruskan duit raya tu?" Puan Aqilah masuk ke biliknya selepas menjenguk dapur yang sudah kosong menandakan tiada orang.

"Jap ehh, mama. Okey, dah siap!" Qira tersengih menunjukkan dia dah siap kerjanya. Puan Aqilah menggeleng. Ish, budak sorang ni. Dah jadi isteri orang pun perangai macam budak kecil lagi.

"Qira, dah suka tengok Qira dah start menutup kepala. Barulah boleh jadi isteri mithali kalau macam ni," Puan Aqilah menahan ketawa melihat muka anaknya yang semakin memerah. Hehe, geram arr tu.

"Eleh, mama. Kan ke Qira memang dah jadi isteri mithali selama ni, kan?". Qira mengangkat keningnya.

"Mithali lah sangat, cik adik oi..". Ujar Puan Aqilah berlalu keluar dari bilik sambil tersengih-sengih.

"Mama!". Cis, mama ni! Sempat lagi tu saiko orang. Perangai, mengalahkan aku! Haha, alahai mama..

"Qira, jom mai keluar. Kita semua belum minta maaf lagi kan," ajak Nek Mah.

Ehh, jap. Ha'alah.. Err, alamak! Macam mana aku nak minta maaf kat mamat tiga suku + miang keladi tu kalau Nek Mah ada? Erk!

"A.. A.. A.. Ya, Nek Mah! Hah, jomlah" ujar Qira sedikit tergagap. Erk, kau ni Qira! Boleh pulak tergagap-gagap.

Setelah membetulkan selendang yang kini menjadi selendang kesayangannya itu (ehem!) di depan cermin, dia terus bergegas keluar. Apa pula kata orang anak dara lambat siap ni. Adeyy..

Mama bermaaf-maafan dengan Nek Mah, diikuti dengan Aril. Hamboi, sopan pulak mamat ni. Qira terus meminta maaf dengan Nek Mah kerana Aril sedang bermaafan dengan Puan Aqilah.

"Nek, maafkan Qira kalau Qira ada terguris hati nenek. Tertinggi suara dengan nenek. Susahkan nenek. Halalkan makan minum Qira, ya nek," Qira menangis sambil memeluk neneknya. Dia berasa sebak pula tetiba pagi ni. Padahal, baru je ngutuk seseorang tu tadi. Hehe..

"Dah lah, Qira. Qira lah cucu kesayangan nenek. Qira cucu yang baik. Mana ada Qira sakitkan hati nenek. Nenek halalkan makan minum Qira, ya cu.. " Nek Mah juga menangis dalam dakapan Qira.

"Wanginya nenek Qir seorang ni. Nenek pakai ke minyak wangi yang Qira belikan untuk nenek hari tu?" Qira cuba menghidupkan suasana.

"Ehh, dah. Ni hah. Wangi kan. Haha, minyak wangi orang muda-muda pulak yang Qira bagi kat Nek Mah ni. Tapi, nenek suka baunya. Lembut je," Nek Mah tersenyum.

"Well, taste Qira memang hebat kan, Nek Mah,"

"Qira pun wangi apa pagi-pagi ni,"

"Qira memang sentiasa wangi, nek. Jenama mahal tau. Jenama Benefit See & Be Seen Sasha. Tak macam orang sebelah tu kan," jeling Qira ke arah Aril.

"Ish, berbelit-belit lidah nak menyebutnya. Kenapa beli yang mahal-mahal? Beli yang empat lima ringgit kan banyak kat kedai runcit depan tu,"

"Apa arr Nek Mah ni. Qira yang cute ni Nek Mah suruh pakai minyak wangi macam tu. Tak gempak arr!"

"Eleh, orang tu kan nak menunjuk-nunjuk sebenarnya yang dia pakai perfume mahal. Aku yang pakai perfume Hugo Boss pun takde nak berlagak," tiba-tiba Aril menyampuk sambil mengangkat kening.

"He,eleh kau. Tak berlagak konon. Yang kau tu pun sama. Kata dulang, paku serpih. Mengata orang, dia yang lebih. Eleh, aku tak heran pun lah dengan Hugo Boss kau tu!" Qira dah mula bengang.

Ehh, tak heran ke cik Qira oi. Selama ni, kau beli barang bukan guna duit nafkah pemberian dia ke? Qira mula-mula dulu pelik. Apesal bila check duit dalam bank boleh tiba-tiba banyak. Rupa-rupanya, Aril ada masukkan sejumlah wang ke dalam account milik Qira. Tu pun setelah Qira terjumpa catatan kemasukan wang di atas meja Aril sewaktu Aril berbuka di rumah Qira atas pujukan mama Qira beberapa hari yang lepas. Huh, kalau tanya mamat tu gerenti tak ngaku punya!

Tapi kan, duit yang dia kasi tu bukannya sikit. Beribu-ribu sebulan! Dia ada kerja part-time ke? Tapi, banyak pulak masa dia nak kerja ni. Kita berdua ni dah lah kena fokus kat study. Mana dia dapat duit banyak-banyak? Musykil aku. Takpe, nanti Detektif Qira nak siasat after balik Kuala Lumpur nanti. Muehehe...

"Hah, berangan lah tu. Takde kerja lain agaknya. Anak dara apa arr macam ni," perli Aril menyedarkan khayalan Qira.

"Yang kau tak puas hati dengan aku ni apa hal!" Qira dah mula marah.

"Apa pulak. Memang aku cakap benda yang kenyataan kan. Aik, terasa ke?" Aril semakin melawan Qira. Mana boleh! Aku lelaki. Aku kena menang. Hidup lelaki!

"Eee...!"

"Sudah! Pagi-pagi raya pun kau orang berdua nak gaduh. Dah Qira, sini dengan mama. Hah, Aril. Pergi betulkan butang baju kau tu. Terbuka tu hah. Nampak dada," Puan Aqilah cuba bersuara tegas. Padahal, dalam hati nak tergelak tengok budak berdua ni. Lebih-lebih lagi Aril. Syok bergaduh sampai tak sedar butang dah entah ke mana. Haha, budak-budak...

Aril terus memandang ke arah bajunya. Erk! Ehh, ye ke? Ya Allah, macam mana aku boleh tak sedar ni?! Malu giler! Patutlah minah tu tertoleh-toleh ke baju aku. Jatuh saham aku macam ni depan mama dan Nek Mah.

"Apa kau ketawa-ketawa?! Tau lah dia amik kesempatan tengok dada aku ni, kan!" Aril yang bengang memarahi Qira yang sedang ketawa. Qira automatik menutup mulutnya. Pergh, mulut laser giler mamat ni! Agak-agak arr statement. Maut terlebih nampak!

"Dah, dah! Enough! Aril, pi sana betulkan baju tu dulu," Puan Aqilah bersuara lagi. He'eh, budak-budak ni. Tak nak mengalah langsung. Macam manalah nak damaikan pasangan suami-isteri ni. Ish, alahai...

"Yes, mama," . Serentak Aril dan Qira berkata. Serentak juga mereka berpandangan satu sama lain sambil menjeling.

"Kau!" . Serentak mereka menuding jari.

"Berhenti ikut cakap aku lah!"

"Sudah!" . Akhirnya, Puan Aqilah menjerit. Aril terus berlari masuk ke biliknya. Qira terus terduduk tunduk di depan Puan Aqilah. Ops, sorry mama.

####################

Jangan pelik kalau jumpa jenama barangan pelik-pelik sepanjang pembuatan cerita saya, ehh. Saya ni peminat InTrend. That's why saya tahu serba sedikit pasal barang-barang macam ni. Hehe...

Nah, Untuk Awak! (AIDILFITRI 2012)Where stories live. Discover now