" Nah, Untuk Awak! "
© 2012 All Rights Reserved
Woot! Woot! Raya dah nak dekat! Tak sabar rasanya. Trial PMR baru je habis hari ni. I feel so free! Merdeka + raya! YEAH ! ! !
Dedicated to my awesome teacher, Mr. President !
Vomment...!!!
Vote + Comment = Vomment...~
####################
Part 2
Allaahu akbar.. Allaahu akbar.. Allaahu akbar ..... Laa - ilaaha - illallaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil - hamd.
Seruan takbir bergema di ruang angkasa. Sungguh menyayat hati. Aril termenung di jendela yang terbuka. Tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni dia selalu sahaja termenung. Takbir yang kedengaran membuatkan hati lelakinya berasa sebak. Dia rindukan keluarganya. Dia hanya mengharapkan ibu mertuanya sahaja sekarang. Teringat dia pada isterinya. Apalah si minah tu buat sekarang.
Selepas mandi, Qira segera bersiap memandangkan pagi ini mereka perlu menunaikan solat sunat hari raya. Kedengaran takbir raya di halwa telinganya melalui tingkap biliknya yang terbuka luas memberikan bayu yang sejuk pada pagi itu.
Masih terngiang-ngiang peristiwa yang berlaku lewat malam tadi. Pipinya berasa panas. Siot je mamat tu, main serang-serang pulak. Cis!
Qira memakai baju kurung merah hati yang dibeli oleh Aril. Secara terpaksa, dia ambil juga baju yang Aril belikan untuknya itu. Mereka secara tidak sengaja terjumpa di butik yang sama seminggu sebelum raya. Waktu itu, Qira berjalan-jalan dengan Azlin, teman serumahnya di pusat beli-belah yang tidak jauh dari rumahnya. Tak tahu kenapa boleh terserempak dengan mamat tu kat kedai yang sama. Tapi pelik juga, rasanya perjalanan dari rumah dia ke 'shopping mall' tu mengambil masa hampir satu jam. Apehal pula dia mai sini juga?!
Aril datang bersama kawan-kawannya, Shafiq dan Zack. Aril perasan yang Shafiq seperti berminat untuk berkenalan dengan Qira. Owh, tak boleh jadi! Qira milik aku seorang! Ehh, apa aku ni? Sejak bila ayat aku macam orang jatuh cinta je? Argh, ni bukan pasal cinta, tapi ini sudah tanggungjawab aku sebagai seorang suami yang melindungi isterinya daripada lelaki lain.
Aril cepat-cepat mencari baju kurung yang sesuai dengan badan Qira. Setelah membayar baju itu, dia segera menarik Qira ke tempat yang agak tersorok daripada pandangan kawannya dan juga teman Qira. Lalu, dia menghulurkan baju itu kepada Qira dan menyuruhnya pergi dari situ.
He'eh, mamat ni! Tetiba je paksa-paksa aku ni pehal? Setelah menerima renungan tajam daripada Aril, dia menyambut huluran Aril dan segera keluar dari butik itu. Sempat dia mengajak Azlin yang seperti patung cendana kerana baru terjumpa suami aku. Ceh, tahulah dia tu hensem! Erk, hensemlah sangat mamat poyo tu. Ish, jangan sampai Azlin tahu sudah yang dia tu suami aku. Nahas, nahas!
Qira membelek-belek baju yng tersarung di badannya itu. Hurm, cantik! Tapi, macam mana si Aril tu boleh tahu saiz badan aku pulak ni? Warna yang dia pilih pun padan dengan warna kulit aku. Merah hati. Memang cantik.
Dia manarik laci meja soleknya. Kelihatan rantai pemberian Aril tersimpan elok di situ. Qira mengambil rantai itu dan meletakkan rantai itu di lehernya. Nak pakai ke tak ehh? Arr, pakai je la. Bukannya orang tahu A tu untuk apa. Orang mungkin akan ingat A tu untuk Aqira.
Setelah memakai sedikit bedak kompak dan sedikit 'lip gloss', Qira membetulkan rambut dan bajunya. Sempat dia menatap rantai dia di cermin. Siap! Okey, time untuk tolong mama dan Nek Mah di dapur! Ehh, minyak wangi Benefit See & Be Seen Sasha tak pakai lagi! Hurm, wanginya..
Ehh, tak siap lagi ke yang lain? Sunyi je. Takpelah, biar aku susun makanan dulu sementara nak tunggu yang lain keluar. Tak lama kemudian, kedengaran bunyi tapak kaki semakin menghampiri dapur.
YOU ARE READING
Nah, Untuk Awak! (AIDILFITRI 2012)
RomanceSimple cliche story khas untuk Aidilfitri 2012 ! Menceritakan kisah pasangan Qira dan Aril sewaktu mereka menyambut raya pertama sebagai suami isteri, tetapi . . .