" Nah, Untuk Awak! "
© 2012 All Rights Reserved
Oh yeah! Sebenarnya kan, duit saya masih sikit. Siapa baik hati nak kasi? Hehe.. Gurau je. Takpe lah, enjoy!
Dedicated to my bestfriend, Bernadette38
Vomment...!!!
Vote + Comment = Vomment...~
####################
Part 4
"Err, mamaku sayang. Sorry, mama. Selama ni Qir degil. Suka lawan cakap mama. Kadang-kadang terkuatkan suara dengan mama. Tapi Qira nak mama tahu, Qira sayang sangat kat mama. Qira dah takde siapa selain mama dengan Nek Mah. Tapi yang jaga Qira sepanjang Qira study dekat universiti, mama sorang je lah. Mama sayang Qira, kan," Qira yang mula-mula nak melawak, terus mengalirkan air mata.
"Shushh, Qira anak mama. Mestilah mama sayangkan Qira. Dah, stop crying dear," Puan Aqilah memeluk anak perempuannya.
"And jangan lupa. Qira ada suami Qira yang hensem tu. Jaga dia baik-baik tau, sayang," bisik Puan Aqilah di telinga Qira.
Qira yang tak tahu nak membalas apa-apa hanya mendiamkan diri. Hanya sedu sahaja yang kedengaran. Baik-baik suara orang bergaduh, kini hanya suasana sedih yang berlaku di ruang tamu rumah Nek Mah.
Aril yang yang berada di dalam bilik, curi-curi dengar suara di ruang tamu.
Sampai hati kau, Qira. Kau tak teringatkan aku pun, bisik hati Aril yang sudah bersandar di dinding.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Petang itu, semua orang di dalam rumah tertidur kerana kepenatan beraya kecuali Qira.
Qira berjalan ke ruang tamu. Kelihatan Aril sedang tidur nyenyak di situ. Nek Mah dan Puan Aqilah sudah berada di bilik masing-masing.
Ish, mamat ni. Ada bilik sendiri tak nak tidur kat sana. Dah lah tak pakai baju waktu tidur. Ingat ni apa, free show?! , bisik Qira dalam hati.
Oh yeah, apa kata kita kacau dia sikit nak? Qira berjalan perlahan-lahan mendekati Aril. Kemudian, dia duduk di sebelah Aril yang berbaring beralaskan kusyen sofa.
Kenapa aku tak perasan pun dia ni hensemlah sikit selama ni? Tenang gila muka dia time dia tidur. Pergh, ni kalau dia tahu aku tengah dok syok ngadap muka dia, mahu sebulan lebih aku malu!
Hah, kita make-up dia sikit nak? Engkau tunggu kat sini sekejap ehh, Aril.
Qira pantas masuk ke biliknya. Dia kemudian bawa keluar 'eyeliner' dan 'lipstick' merah jambunya.
Okey, aku nyesal sikit tak beli 'lipstick' warna merah menyala. Kalau tak, mesti hasilnya lagi gempak! , desis Qira sambil tersengih ke arah Aril yang masih tidak sedarkan diri.
Qira pun memulakan aktiviti 'mewarnai kehidupan Aril' itu. Dia mengambil 'eyeliner' dan melukis corak di wajah Aril. Kemudian, dia mewarnakan hidung Aril dengan 'lipstick'nya.
MasyaAllah! Giler arr! Dia langsung tak sedar aku conteng dia. Hehehe...
Sedang khusyuk menconteng, tiba-tiba dia ternampak seekor bapak lipas sedang menuju ke arahnya. Qira yang sememangnya anti-lipas pun terkejut.
Contengan yang pada mulanya tertumpu pada hidung Aril sudah meleret-leret di muka Aril. Qira yang terkejut tu terus terlompat dan terjatuh tertindih Aril.
"Allahuakbar!" . Aril terus terjaga sewaktu 'pendaratan cemas' Qira.
"Err, sorry. Hehe, tadi ada lipas. Tu yang aku terkejut. Sorry sorry," ucap Qira yang cuba menahan ketawa tatkala melihat wajah Aril tetapi dalam masa yang sama takut kalau-kalau ada gunung berapi meletus. Cepat-cepat dia bangun dari atas perut Aril.
YOU ARE READING
Nah, Untuk Awak! (AIDILFITRI 2012)
RomanceSimple cliche story khas untuk Aidilfitri 2012 ! Menceritakan kisah pasangan Qira dan Aril sewaktu mereka menyambut raya pertama sebagai suami isteri, tetapi . . .