▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒∷ 너 미쳤어 ?∷
-Are you insane?-
▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
❖⚂; Kim Taehyung's pov
Fikiran Taehyung kini kosong. Keadaan disekeliling dia tidak hiraukan. Ranting pokok ditepinya itu dipatahkannya lalu dia menulis namanya, eomma dan noonanya di tanah. Walaupun orang memandang pelik, berbisik, lari, menunding jari, mengumpat tentangnya, dia tidak hiraukan. Kini dia berada di alamnya saja. Hanya satu saja yang sering bermain di mindanya sekarang iaitu dia akan kotakan janjinya tidak lama lagi.
❝Eomma gidaryeo...❞
❝Wait for me.❞
Bukk!
Seseorang terlanggar bahu Taehyung. Dahi Taehyung mula berkerut. ❝Aish!❞ Dia sangat pantang apabila orang melanggar dirinya.
Kelihatan orang disekeliling mula berhenti melakukan aktiviti atau kerja yang mereka buat tadi dan mata mereka fokus kepada Taehyung dan orang yang terlanggar Taehyung. Mulut mula berbisik-bisik.
Kelihatan gerangan yang terlanggar Taehyung itu berada dalam lingkungan 40-an. Sedar akan kesalahannya terlanggar orang, lantas gerangan tersebut menunduk 45 darjah meminta maaf tanpa melihat wajah Taehyung. ❝Chwaesonghamnida! Jeonmal cwaesonghamnida! Saya tak—❞ Tatkala gerangan tersebut memandang wajah Taehyung, terus berubah air mukanya daripada rasa bersalah kepada rasa marah.
❝Yah! Kau rupanya anak si*al!❞
Si*al?
Taehyung mula menutup matanya sambil mengepal kedua belah tangannya sehingga ranting kayu yang dipegangnya itu sedikit retak. Darahnya mula menggelegak. Sudah la dia tiada mood, tiba-tiba orang terlanggarnya pula. Bukan itu saja, siap memanggilnya dengan gelaran yang tidak sepatutnya diberikan. Tak boleh ke sehari kalau dia keluar tiada orang yang mengganggunya. Setiap kali dia keluar untuk melihat dunia luar, pasti ada saja orang yang akan berkata buruk tentangnya. Bukan setakat dibelakangnya, malah orang mengumpat di hadapannya.
Jaebal... aku penat nak layan... Jaebal... Untuk harini je tolong jangan ganggu aku...
Keluhan berat dilepaskannya. Taehyung membuka matanya kembali, mata yang tidak menunjukkan apa-apa perasaan itu tepat menusuk ke anak mata ahjushi di hadapannya. Terlihat ahjushi tersebut mengundur kebelakang. Mungkin rasa terancam dan gentar dengan tatapan Taehyung.
Lalu Taehyung menoleh ke hadapan kembali untuk mengorakkan langkahnya. Sungguh dia malas melayan atau berinteraksi dengan orang disekelilingnya. Buat sakit hati je.
Namun ahjushi tersebut sedang menempah tiket mautnya. ❝Yah s*ekkiya!❞
❝Kau nak pergi mana?! Tak guna punya makhluk! Habis kotor baju aku sebab langgar kau! Ganti balik baju aku, penjenayah!❞ Ahjushi tersebut mula teriak ke arah Taehyung.
Langkah Taehyung terhenti tanpa berpaling ke arah ahjushi tersebut. Taehyung dah biasa. Dah biasa berhadapan dengan situasi sebegini rupa. Ahjuhsi tersebut berani bersuara hanya kerana ramai orang mengerumuni mereka. Jadi, nasib selalu memihak pada lawan Taehyung kerana jika berlaku kejadian yang tidak diingini, sudah pasti pihak lawannya akan menang. Dan mereka akan membuat Taehyung menjadi penjenayah buat entah kali yang ke berapa.
YOU ARE READING
⟪ Stigma ⟫
Короткий рассказ『 Are you calling me a sinner? 』 Pembunuh? Penjenayah? Raksasa? ᏦᏆᎷ ͲᎪᎬᎻᎽႮΝᏀ ❀; Jejaka yang digelar pembunuh, penjenayah, raksasa dan berbagai-bagai lagi oleh masyarakat kediamannya. Jejaka yang dikenali sebagai pembunuh ayah kandungnya sendiri. Je...