▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒∷ 내가 잘못 들었어? ∷
- Did I heard it wrong? -
▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
Akhirnya, jejaka yang sudah penat meratapi dirinya berseorangan bakal bertemu dengan eommanya seperti yang dia impikan.
Namun
Tatkala buih-buih nafasnya di dalam sungai itu terapung ke atas, suara seseorang sayup kedengaran di telinga Taehyung. Seperti suara seorang perempuan.
❝Yah! Neo micheoseo?!❞
Splush!
Tanpa membuang masa gadis yang teriak kepada Taehyung tadi itu meninggalkan segala barangnya di tepi lalu terjun ke dalam sungai. Dengan berbekalkan kudratnya yang sedia ada, lantas badan Taehyung ditariknya keluar dari sungai.
Badannya yang sudah basah kuyup, dia tidak endahkan. Sekarang ini panik mula menguasai dirinya. Jejaka yang terjun ke dalam sungai tadi tidak membuka matanya. Dengan segera gadis itu meletakkan telinganya di dada kiri Taehyung.
Masih berdegup.
Tapi Taehyung masih tidak sedarkan diri.
❝O-otokkae? Dia masih bernafas. Tapi kenapa masih tak sedarkan diri lagi?❞ Desis gadis itu, risau. Dia mahu meminta pertolongan orang lain, tapi malangnya tiada sesiapa yang berada di bawah jambatan ini.
Tak boleh jadi ni! Takkan la dia nak buat CPR pula. Arggg, baik dia gerakkan badan Taehyung sehingga dia sedarkan diri.
Badan Taehyung yang dari tadi tidak bergerak itu digerakkan ke kiri ke kanan. Mana tahu dengan cara ini jejaka itu dapat sedarkan dirinya. Namun cara ini tidak berjaya.
Tiba-tiba satu idea mula terlintas di benak fikirannya. Sejurus itu gadis ini menyeluk kocek seluar Taehyung dengan niat untuk menelefon keluarga atau orang terdekat Taehyung. Namun, dia tidak menemui telefon Taehyung.. Yang ada hanyalah dompet Taehyung saja.
Dompet Taehyung dibuka perlahan. Terhias sekeping gambar seorang perempuan yang kelihatan agak tua sedikit. Lalu dia melihat IC pula. ❝Kim Taehyung. Sedap nama dia.❞
Muka dipalingkan ke Taehyung yang masih tidak sedarkan diri lagi. Dompet diletakkan di tepi lalu dia menggoyangkan lagi badan Taehyung sekuat yang mungkin. Namun Taehyung masih tidak memberikan apa-apa respon.
Kalau cara ni tak berjaya, tak apa kita guna cara lain pula. Nafas berat dilepaskan sebelum dia berbisik pada dirinya. ❝Mianhae. Jeongmal mianhae.❞
Papp!
Tangan gadis itu menghiggap di pipi Taehyung. Terpaksa lah dia menampar muka Taehyung. Dah tiada cara lain lagi. Nak telefon ambulans, dia pun tiada telefon. Nak buat CPR, tak berani la pula. Jadi tampar jela.
❝Yah! Ireona!❞
❝Jangan mati dekat sini!❞
❝Nanti orang ingat saya yang bunuh awak pula bila perasan cap jari saya dekat dompet awak!❞
❝Saya taknak kena tangkap.❞
❝Saya masih muda lagi untuk masuk penjara huuuuu.(╥﹏╥)❞
![](https://img.wattpad.com/cover/144363273-288-k912282.jpg)
YOU ARE READING
⟪ Stigma ⟫
Short Story『 Are you calling me a sinner? 』 Pembunuh? Penjenayah? Raksasa? ᏦᏆᎷ ͲᎪᎬᎻᎽႮΝᏀ ❀; Jejaka yang digelar pembunuh, penjenayah, raksasa dan berbagai-bagai lagi oleh masyarakat kediamannya. Jejaka yang dikenali sebagai pembunuh ayah kandungnya sendiri. Je...