Practice like you've never won.
Perfom like you've never lost""Terima kasih cikgu"
Keluar sahaja guru matapelajaran dari kelas, terus suasana bertukar menjadi pasar. Alya malas mahu mengambil kisah suasana kelasnya terus mengeluarkan buku untuk subjek seterusnya.
"Guys, Puan Hamizah ada mesyuarat. Tapi dia ada edarkan kerja untuk kita" Ramai yang mengeluh mendengar kata dari ketua kelas. Edaran kertas diberikan kepada setiap seorang.
Alya terus membuat edaran yang dikasi lagipun harini banyak gila kerja rumah yang mereka dapat. Kadang-kadang rasa menyampah pulak, dorang tak tahu ke dah beberapa longgok kerja yang kami, pelajar kena siapkan. Kalau suruh hantar lusa ke minggu depan tak apalah juga tapi semua nak besok.
"Alya" Bella menyendeng di sebelah meja Alya. Mana jiran Alya? Sudah bertukar monyet dibelakang kelas. Apalah nasib kena duduk dengan lelaki.
"Apa kau nak?" soal Alya malas. "Lagi satu kau buat apa kat sini?" Hairan apabila melihat Bella di dalam kelasnya. Mereka berdua bukan sekelas pun.
Bella hanya tersenggih. "Cikgu aku tak ada" Alya membuat muka menyampah. "Pastu menyemak kat kelas aku?"
"Saja nak ingatkan kau pasal petang ni. Jangan lupa pergi." balas Bella selamba. Alya terus menghadiahkan cubitan padu kepada Bella.
"Stress aku dengan kau. Dah berambus" tubuh Bella ditolak jauh-jauh.
Huh. Kalau Bella tak ingatkan memang aku dah padam dah.
Bella menghampiri Alya semula lalu berbisik. "Beb, kita study kat library ye lepas sekolah. " Telinga yang berbalut tudung ditiup halus oleh Bella.
"Gross Bella!!"
☜☆☞
Alya mengambil beg galasnya seusai jam menunjuk pukul 3. Leka sangat study sampai tidak perasan jam berlalu dengan cepat. "Gerak lu" Bella hanya mengangguk sambil mengemas buku-bukunya yang bersepah di atas meja.
Alya melihat jam tangannya. 3:06 p.m. Langkah segera dipercepatkan sedar bahawa dia telah lewat. Namun sebaik sahaja sampai, terjatuh rahang Alya sebesar gua.
Are you kidding me? Bapak ramai orang beratur.
Alya menghentak kaki di luar dewan gelangang. Aku tak akan beratur lama-lama hanya untuk pemilihan pengurus kalau bukan disebabkan Bella.
Alya menjenguk ke hadapan. Rengusan kasar dilepaskan apabila masih ramai lagi yang beratur untuk ditemu duga. Kalau ini bukan dare aku, memang tak aku nak mereput kat sini.
Finally, setelah hampir dua jam menunggu gilirannya, dia berjaya juga masuk ke dalam. Tempat duduk di hadapan enam orang jejaka diambil.
"Pengenalan diri? " soal Farish, iaitu ketua Firaun.
"Alya. Alya Qistina dari 3 Sirius."
Simple dan senang je Alya kenalkan dirinya. Malas. Ini bukan kemahuan dia pun."Tu je?" soal Mike atau lebih dikenali sebagai Uniq. Dahinya berkerut sedikit. Hampir 100 orang, mereka menemu ramah dan punya panjang menjela cara mereka semua memperkenalkan diri. Tapi gadis ini, tak sampai sepuluh patah perkataan pun.
The awkward moment when someone asks you to tell more about yourself and you're like;
"Oh God! Who I am? "

YOU ARE READING
Untold Story
Short StoryFIRST BOOK OF UNTOLD SERIES Kisah ini bukanlah seperti Romeo and Juliet yang sweet nak mampus sehingga dapat penyakit diabetes. Bukan seperti Scarlet Heart yang sedih sehingga bertan-tan air mata keluar. Bukan juga seperti Maharaja Lawak Mega yang k...