"Life is not a problem to be solved but
a reality to be experienced "Bangunan yang tersergam indah di hadapan dipandang dengan rasa bangga. Walaupun dia tidak memasuki sekolah kluster ini ketika tingkatan 1 namun dapat memasuki sekolah pada tahun ini sudah cukup menjadi batu loncatan untuk dia terus berjaya.
Berdasarkan pencapaiannya di sekolah dulu, permohonan untuk memasuki Highschool Victoria akhirnya lulus. Namun bukan itu sahaja yang dapat mengembirakan hatinya. Ada satu perkara yang mampu buat dia tersenyum lebar.
"Oi minah! Tak reti angkat beg sendiri ke? "
Alya menoleh ke belakang. Senyuman terukir apabila wajah sahabat permainannya berada di sebelahnya. Nur Anabella, jiran merangkap kawannya sejak kecil."Tak sangka, aku akan berada di sini. " tutur Alya perlahan namun tetap didengar oleh Bella.
"Pembetulan, kita." balas Bella. Dia turut memandang bangunan yang kukuh begitu juga dengan namanya.
Highschool Victoria.
Satu nama yang tidak asing kedengaran di Malaysia. Buktinya, sudah banyak kali media massa seperti akhbar, berita, radio dan seangkatnya sudah memaparkan kejayaan yang dicapai oleh sekolah ini. Dari akedemik sehingga kokorikulum, pencapaiannya sangat cemerlang.
Dengar sahaja Highschool Victoria akan memasuki pertandingan, sekolah lain sudah pun kecut perut kerana kemenangan akan berpihak kepada wakil Highschool Victoria.
"Amboi anak dara. Beg kat dalam kereta siapa nak angkat? " sampuk Puan Zaza sambil mencengkam pinggang. Boleh pula mereka berdua bersuka ria kat sini?
"Bella dah angkat beg Bella. Alya je belum. Sibuk nak tengok sekolah ni dulu. " Bella bersuara untuk melepaskan diri. Sakit tau kalau Puan Zaza cubit. Mahu berbirat lengan nanti.
Alya tersengih. "Tak apa ibu. Kita ada lelaki yang gagah dan perkasa untuk mengangkat segala khazanah di dalam bonet" seloroh Alya. Menjerit Alya apabila mendapat cubitan dari ibunya.
Bella tersenyum sinis. "Mana papa, ma? " soal Bella kepada mamanya, Puan Nuha.
"Tu" Puan Nuha menjuihkan mulutnya ke arah pondok yang berdekatan. Kelihatan Uncle Izz dan Uncle Fauzi melepaskan empat jam perjalanan d situ.
Bella tergelak kecil. "Penat sangat tu"
Puan Nuha mencebik. "Papa memang macam tu. Bawa kereta jauh sikit macam dari kedah ke johor je gaya dia." kutuk Puan Nuha terhadap suaminya. Anak manja memang macam tu.
Bella masih tergelak. "Dengar dek papa kang mahu berminggu mama nak pujuk papa kang" Bella ingatkan mamanya. Mama dia memang selamba je kutuk papa, kang nanti papa merajuk , dua-dua cari dia.
"Ni betul ke tak nak kami teman? Boleh pergi sendiri? " soal Puan Nuha risau."Kalau mama boleh kerja waktu sebaya dengan kami, takkan pergi daftar pun kami berdua tak boleh? " sampuk Alya seraya ingin melarikan diri dari tangan ketam ibunya.
Bella mengangguk kepala menyokong kata Alya. "Semua bende jadi mudah dengan adanya mulut becok Alya, ma" perli Bella.
Alya menghadiahkan jelingan tajam kepada Bella. Suka hati je nak persendakan bakat mulut dia. Mulut dia ni satu dalam sejuta au. Susah nak dapat.
Puan Nuha tergelak kecil. "Oklah macam tu. Kami gerak dululah. " kepala anak sulungnya diusap. Rasa sedih pula nak tinggalkan anaknya.
Bella memegang tangan Puan Nuha yang mengusap kepalanya. Digenggam erat. "Ma, nanti akak balik juga. Jangan risau sekolah ni tak adanya kurung akak tak kasi balik"
YOU ARE READING
Untold Story
Short StoryFIRST BOOK OF UNTOLD SERIES Kisah ini bukanlah seperti Romeo and Juliet yang sweet nak mampus sehingga dapat penyakit diabetes. Bukan seperti Scarlet Heart yang sedih sehingga bertan-tan air mata keluar. Bukan juga seperti Maharaja Lawak Mega yang k...