Tentang Pagi Yang Gelap Dan Aku Yang Asing

171 2 0
                                    


Di dalam keriuhan manusia yang menikmati hari minggu, aku mencari satu sudut yang cantik untuk aku abadikan dia ke dalam galeri telefon bimbit. Lensa kamera aku halakan tepat pada susuk tubuhnya yang kaku. Dia teragak-agak untuk senyum dan aku tidak pasti kelakuan anehnya itu disebabkan dia jarang mengukirkan senyuman ataupun dia benar-benar kekok.

A bitter cold guy tried to smile. Click.

Tentang itu, aku tidak peduli. Yang aku peduli, itu adalah kali pertama aku melihat dia mengukirkan senyuman. Beribu persoalan mula menerjah ruang fikiran. Dan aku seperti menghadiri persidangan yang hadirnya diri aku sendiri. Benarkah senyuman itu sesuatu yang berjangkit ataupun aku yang tengah bahagia. Persoalan itu berlarutan sehingga aku tidak mahu berfikir lagi.

Dia sedingin pluto dan aku sebeku salju.Namun apabila kami bertemu, we both smiled. Aku tidak tahu bagaimana dalam masa satu saat, perspektif pelbagai sudut aku berguling tiga ratus enam puluh darjah. Ketika itu aku lihat dia tak ubah seperti matahari. Terbit membuka tirai kebahagiaan, terbenam bersama keindahan. Dia seperti kopi, dalam pahit ada manisnya. Dan aku semakin ketagih dengan senyuman itu. Entah kenapa, aku terlalu bahagia.

Even though coffee is not my thing.

Itu adalah gambaran terakhir yang sering bermain di layar minda sejak dia menyepikan diri. Yang selalu aku ulang untuk mengubat satu perasaan yang tak dapat aku klasifikasikan dengan dengan teori dan ideologi. Semuanya terasa sungguh asing. Cahaya dari jarak 9.2 billion batu yang seharusnya memberi erti kepada setiap makhluk yang menghela, ku rasakan malap. Pagi itu aku diselubungi kegelapan. 

Butang delete terpampang di kaca telefon bimbit. Puisi-puisi tentangnya yang tertampal di dinding juga ku renyuk. Aku fikir ego setinggi langit ini boleh menyelamatkan aku dari perasaan rindu. Aku cuba untuk berlalu pergi dan mengakhirkan kisah ini di setiap noktah. Kebahagiaan itu terlalu sementara dan tidak pantas buatku. 

Namun ada ketika aku tersedar di larut malam. Sang bulan tersenyum menyindir. Mungkin dia tahu tentang perasaan ini. Akan tetapi, akhirnya perasaanku terbunuh ketika bayangannya hadir dalam sepi yang mencengkam dingin. Dia membuatkan aku terbenam di dalam ilusi. 

Coretan Empat PagiWhere stories live. Discover now