K

68 1 0
                                    

Abjad yang aku gemari adalah tajuk kepada lagu Ciggarettes After Sex. Jika diputarkan lagu ini berulang kali di ruang udara, it wasn't Kristen that I thought about. It was you. Just like how Greg Gonzales told the world about this girl, this is how I'm going to express about you - perhaps written like a 60's typewriter in black and white. Semuanya tentang kau; yang tak akan kau dengarkan di mana-mana. 

Aku selalu ingin percayakan cerita dongeng. Meskipun dunia ini berputar bagaikan apokalips dan kehidupan ini umpama mimpi ngeri. Aku tercampak di satu lohong yang gelap dan aku tidak lagi berharap.

Ketika aku padamkan segala-galanya tentang dunia, aku sangkakan aku bakal menjadi penghuni di sebuah kegelapan abadi. Akan tetapi kehadiran kau klisenya seperti portal eskepisma; barangkali seperti Peter Pan yang membawa Wendy ke Never Land, dan engkau membawa aku ke satu sisi kehidupan yang lain.

Kau bagaikan utusan Tuhan yang secara tidak langsung memberikan aku satu tujuan untuk hidup. Bersama dengan engkau adalah umpama menjelajah satu semesta yang baru yang mana prinsip- prinsip hidup, peraturan-peraturan menjadi sesuatu yang tidak lagi valid.Aku jatuh cinta dengan kebahagiaan ketika aku bersama kau.

Ketika itu aku bukan lagi perempuan kesepian yang hatinya secangkir kopi. Taman puisi yang sunyi kini , ritmanya kedengaran lebih indah dan warna warni hitam dan putih tertulis dengan bahagia. Mungkin kau adalah satu-satunya kebahagiaan yang ingin aku coretkan di sini tanpa meminum hatiku sendiri. Ketahuilah kau bukan satu dalam sejuta tetapi satu-satunya yang aku wujudkan di celah-celah tujuh billion manusia yang tidak aku alu-alukan dalam hari-hariku.

Kita pernah dekat. Jarak kita dengan cinta mungkin cuma satu sentimeter yang;dipisahkan oleh ego setinggi langit. Kita terlalu hampir. Namun apa yang aku lihat dari pantulan lensa matamu hanyalah keraguan dan sangsi. Ada satu dinding yang kau bina dan aku tidak dapat tembusi. Cerita kita hanyalah pementasan tidak berskrip. Kau mencuba untuk memadamkan sisa-sisa memori yang tidak akan pernah hilang.Dan kau masih diisi memori-memori bahagia yang merantai jiwa ; yang telah menemukan kau dan aku di lohong yang sama. Kau berpura-pura kalis akan airmata namun renungan redup yang kau berikan itu kadang kala berkaca. Dan kehadiran aku, tidak dapat menangkis semua itu. 

ada suatu ketika ; I think that I need you- or I really did. I think that I love you- a bit. And I think that you can be the one but -

I just know that I'm not enough.

Terkadang aku rindukan waktu segalanya boleh dirasai. Ketika perasaan masih boleh diekspresikan dengan pelbagai media. Ketika aku tahu bahawa aku sedang gembira, ataupun berduka. Tidak seperti sekarang. Aku tidak tahu samada aku harus ketawa mahupun menadah air mata. Jiwaku entah berada di mana-mana. I'm losing my sense. I'm losing myself for a little while. Seharusnya, tragedi untuk ditangisi . Tetapi entahlah, aku lebih memilih untuk menidakkan segalanya. Aku lebih memilih untuk menidakkan perasaan kerana untuk seketika aku rasa itu adalah jalan yang terbaik.

Ketahuilah, pada ketika ini semesta mungkin cuba untuk memberitahu bahawa aku adalah perempuan yang paling bodoh dan aku tak mampu untuk menentang kenyataan itu. Walaubagaimanapun aku harus bertanggungjawab dengan perasaan sendiri. Masihkah kau ingat ketika aku menyatakan tentang perasaan-perasaan yang seharusnya aku pendam sendiri? Jika waktu boleh diputar, mungkin seharusnya aku membenam ia ke segitiga bermuda. Aku tidak mampu untuk berbohong mahupun menipu diri sendiri. Aku tidak pasti, akan perasaanku.

Kata kau suka, sayang dan cinta itu adalah tiga perkara yang berbeza. Aku memilih suka. Aku ragu-ragu dan aku tidak yakin untuk memilih kerana aku tidak mahu bertanggungjawab dengan perkara yang aku tidak maksudkan jadi aku memilih suka. Aku suka ketika kita bersama. Sunyiku hilang, sepiku menyerah daripada terus membunuh. Aku mula percaya, ruang yang ada mungkin untuk dikongsi bersama. Aku membuka satu-satunya pintu yang aku kuncikan kerana suka.

Aku putarkan kembali kisah ini kerana cerita tentang titik pertemuan kita adalah kegemaranku. Kita adalah dua jiwa yang dipatahkan oleh nasib malang. Insan-insan yang bersembunyi di sebalik riang dan tawa walaupun hakikatnya kita separuh mati digoncang dunia. Perselisihan kita bagaikan tren. Kita sentiasa berhenti di persinggahan yang sama cuma haluannya berbeza. Cuma kali ini, kita mempunyai masalah teknikal dan mempunyai waktu yang lebih untuk dikongsi bersama.Jodoh kita untuk berhenti di titik yang sama.

Bila aku terkenangkan kita, aku sering bertanya kepada tuhan. "Kenapa mesti setiap pertemuan itu pasti ada tarikh luputnya," meskipun aku sendiri selalu berpesan kepada diri sendiri 'people come and go is undeniable'. Kelakar. Aku seperti berkata-kata dengan cermin akan tetapi cermin itu kembali mengetawakanku. Ketawa yang akhirnya membuatkan aku terdiam sepi dan kaku di sebuah penjuru. Kita akhirnya membawa haluan masing-masing. Apakah kerana kita sudah mula sedar bahawa kita bukanlah jawapan kepada teka-teki kehidupan? Entahlah.

Aku masih terkapai-kapai dan cuba keluar dari perasaan sendiri. Kerana sayangkan kau itu bagaikan berenang-renang di tengah lautan bergelora. Ianya bukan tentang kepandaian aku melawan arus akan tetapi, ribut yang datang bukanlah ligaku lagi. Aku tidak mahu mati. 



Coretan Empat PagiWhere stories live. Discover now