Aku Dan Aku

87 1 0
                                    


Langit yang biru mungkin tidak bersedih. Namun ia bergelap, diselubung awan kelabu.Aku lihat dia di situ termenung. Jauh merentas waktu. Mungkin dia berada di seabad yang lalu, atau mungkin juga sedekad pada masa hadapan. Tapi apa yang pasti, dia dirantai keraguan. Dia tidak tahu, apa itu erti sebenar kehidupan dan sentiasa bergelumang dengan kebingungan

Dia sentiasa menyusuri jalan yang menghala ke sebuah destinasi yang bukan di mana dia mahu untuk berada. Dia tiada arah tuju. Seringkali Tuhan dipersoalkan dan takdir dipersalahkan kerana keadilan itu seperti tidak pernah wujud dan diskriminasi seolah-olah pesta buat mereka yang berada di atas. Tatkala manusia merasakan dunia ini stage-play, baginya dunia ini adalah sarkas. Derita baginya adalah hiburan untuk mereka.

Wujudnya perspektif yang pelbagai kadang-kala mencipta jurang untuk dia berdiri di antara manusia-manusia yang ada. Mereka tidak akan pernah faham.  

" Little do you know, titisan hujan ini adalah sebahagian daripada air mata para manusia yang menangis. Who try to hold an untold heartache in the middle of the night, to hold a long sigh, you know. You know this better." 

Aku mengangguk. Ada benar katanya itu. Dia menadahkan tangannya. Air hujan yang mengalir daripada bumbung tempat berteduh itu mula bertakung dalam tadahannya. Titisan-titisan itu memecah kesunyian.

" So if people don't cry yesterday there's a probability today won't be raining huh?"Perlahan aku ajukan soalan itu. 

" Maybe, maybe if less people cry, today will be a bloody good day. Sun will shine. Or you will smile." 

Air yang bertakung itu disimbah tepat ke wajahku. Dan akhirnya aku melakukan perkara yang sama sebagai tindakan refleks. Entah kenapa aku tertawa. Meskipun entah di mana lucunya, entah di mana bahagianya aku tetap ketawa.

Aku ketawa semahu-mahunya namun yang bersisa di hujung tawaku hanyalah kekosongan. Kekosongan yang berat dan menyesakkan.

"If I did this, will the sky stop crying?" 

" You don't have to think about the sky darling. Think about yourself instead," 

Wajahnya lebih kusut daripada aku. Namun dia faham tentang realiti dunia lebih jauh daripada diriku sendiri. 

" We have to part when it's time to,"ujarnya.

Dia mengenggam erat tanganku sambil berkata lagi "Bangun dan sapalah matahari. Jangan menangis lagi. Kelam malam bukan buatmu. Jadikan pelangi itu senyummu yang abadi,"

Dia aku tinggalkan disitu. Akhirnya aku terbangun dari satu tidur yang panjang. Aku membasuh seluruh wajahku. Jendela yang tertutup aku buka dengan seluas-luasnya.

Tuhan tidak mengizinkan aku pergi. Dia menghadiahkan aku satu kehidupan yang baru tanpa aku sedari.  



Coretan Empat PagiWhere stories live. Discover now