"Woo rilek little girl! Kau ape hal heret aku ni?" soal Hariz sekaligus membuatkan langkah Felycia terhenti. Felycia memusingkan badannya menghadap Hariz.
Zupp!
Kepala mereka hampir sahaja berlanggar. Jarak yg hanya berkadar 2 cm membuatkan muka Felycia terasa berbahang.
"Tch. Dekat sikit je dah blushing!" ujar Hariz selamba. Felycia segera menjauhkan dirinya dari Hariz.
"Hariz!!" jerit Felycia geram. Pipi dikembungkan tanda protes.
"Jgn buat camtu tergoda saya.." kata Hariz lantas tangannya gatal mencubit pipi pou milik Felycia. Felycia tersentak seraya menjeling tajam ke arah lelaki itu.
"Dont touch me!" dingin Felycia. Hariz hanya tersenyum melihat gelagat Felycia.
"Btw..thanks.." ujar Felycia teragak agak.
"For what?" tanya Hariz pelik.
"Pasal tadi..kau backup aku.." balas Felycia agak perlahan. Kepalanya ditundukkan memandang lantai.
"Kau ckp thanks kat aku je ker? Daniel x ckp?" tanya Hariz selamba. Felycia tersentak. Wajah Daniel mula terbit di otak fikiran.
"Daniel? Nanti nanti jelah aku ckp.." balas Felycia sedikit menyampah.
"Kau benci Daniel?" soal Hariz tiba tiba. Felycia mendongakkan mukanya menghadap Hariz.
"Tak jugak.." jawab Felycia selamba.
"Habis tu kau suka dia?" tanya Hariz teragak agak.
"No way!" tegas Felycia.
"Good! Thats mean aku masih ada peluang!" tukas Hariz selamba. Felycia tersentak.
"Peluang? Maksud kau?" tanya Felycia pelik.
"Secret.." bisik Hariz lantas berlalu pergi meninggalkan Felycia yg masih blur.
"Hoi patung! Kau hidup tak ni!" suara itu menyapa telinga Felycia. Digoncangnya badan Felycia kuat. Pening lalat dibuatnya.
"Argh! Daniel! Pening lah aku!" bentak Felycia. Tangan Daniel segera ditepis.
"Hoho sorry..kau mengelamun ape sampai aku panggil pon x dgr?" soalnya kepada Felycia yg masih pening lalat.
"Kau ade panggil aku ke? Sorry lh aku tgh fikir pasal masalah yg merumitkan ni!!" balas Felycia sambil menjeling tajam ke arah Daniel.
"Masalah ape? Nk aku tolong?" tawar Daniel sambil tersenyum penuh kesenangan.
"Masalah aku skrg ni adalah kau! Bile kau nk bayar balik coklat aku?! Janji mesti ditepati tau tak!" bentak Felycia geram. Agak kuat juga suaranya tika itu. Lantas Daniel menekup mulut Felycia dgn tangan kanannya.
"Ape yg bising sgd kat blok ni? Kau buli dia ke?" soal Amirul yg melalui blok itu utk ke library. Terserempak pula dgn pasangan ini.
"Eh..takde lah..dia ni mmg x reti duduk diam..membebel je kejer!" jawab Daniel selamba. Amirul mengangguk perlahan lalu meneruskan perjalanannya.
Felycia menepis tangan Daniel kasar. Jelingan maut dihadiahkan.
"Tgn kau bau ikan masin! Habis mulut aku..werk!!" rungut Felycia dgn muka berkerut. Lidah sengaja dijelirkan.
"Heol..aku pakai sabun strawberi.." balas Daniel selamba. Felycia menjulingkan matanya ke atas. Ade je alasan nak bagi! Menyampah!
"Dah la jom masuk kelas!" tukas Daniel selepas menilik jam tangannya. Tangan Felycia digenggam erat lalu dia mengheret gadis itu ke kelas. Felycia yg masih blur hanya mengikut.
YOU ARE READING
Chocolate Contract
Romance"bayar balik coklat aku!" "pandai pandai lah aku bayar! Aku x kejam lagi lah!" Sebab sebalang chocolate je..semua cerita ini tercipta!