Sophea menghempaskan diri diatas tilam nipis biliknya. Melihat teman lain sedang dibuai mimpi indah. Jam menunjukkan tepat pukul 4 pagi. Mengenangkan kembali babak ciuman tadi. "Ahhhhh!" Hati kecil Sophea menjerit. Dipejamkan matanya dan berkata lagi dalam hati "Bukannya kau tak pernah cium mulut lelaki Sophea!"
Baru Sophea hendak memejamkan mata, handphone jenama Iphone 8pluss Sophea berbunyi menerima Whatsapp chat.
Sophea menilik handphone nya dan melihat nama Lufty.
Lufty
Maafkan saya atas tindakan bodoh tadi. Saya takpatut buat macam tu. Hmmm.Sophea memandang bersahaja. 'Tadi beria sangat ber-bie sayang. Ni saya-saya pulak'.
Laju jari mulus Sophea membalas whatsapp.Sophea
Its okay Fy, btw Phea mengantuk sangat sangat boleh Phea tidur? Esok Phea kerja pukul 9pg.Lutfy
Okay sayang. Tq. Tq for tonight. Esok malam kita keluar lagi okay.Tidak membalas chat dari Lutfy. Sophea memejam kan mata dan dibuai mimpi indah.
*****************************************
Tersedar dari tidur, deringan lagu Syinta Gila nyanyian Founder Kosmetik terkenal Safiey Ilyas mengejutkatkan Sophea yang dilamun mimpi indah. Mencapai handphone nya dan menutup bunyi yang menjerit semakin tinggi itu.
Melihat jam menandakan pukul 8.17 pagi, Sophea bingkas bangun dan mencapai tuala berjalan menuju ke meja solek. Dia membuka laci dan mengambil sebatang rokok Winston putihnya lalu mencucuh api. Tanpa melengahkan masa dia berjalan perlahan ke biliki mandi membersihkan diri dan bersiap untuk pergi kerja.
Ditempat kerja.......
"Harini kita ada tetamu dari China seramai 180 orang kira kira dalam 4 biji bas. Saya minta kamu semua cepat- cepat bersihkan bilik sebelum pukul 4 petang." Kata Encik Mansur pegawai yang bertugas hari itu.
Encik Mansur adalah Pembantu Pengurus bahagian Housekeeping ditempat itu. Lelaki lingkungan 40an itu. Sudah berkhawin. Anak 2. Ramai pekerja disitu cukup kenal dengan sifatnya yang gatal pantang melihat dahi wanita licin pasti diusiknya.
Pernah dia mengusik Sophea dengan mengajaknya untuk keluar makan malam dengannya tetapi ditolak Sophea. Tidak mengalah sehingga sekarang.
"Oh ye hari ini Sophea saya tugaskan kemas pejabat ni dan tunggu lori stok sampai. Yang lain boleh tengok jadual bertugas yang saya dah tulis dipapan putih. Lepas amik barang barang keperluan boleh terus pergi ke blok masing masing. Saya akan buat rondaan bila bila masa sahaja" ujar Encik Mansur.
Sophea memandang Encik Mansur sambil menyumpah seranah. 'Babi betul. Macam aku taktahu kau nak menggatal. Cilaka'.
Rakan rakan yang lain bersurai mengambil barang perlahan-lahan meninggalkan ruang kecik itu.
Encik Mansur memandang Sophea dengan pandangan gatal 'hari ni kau mesti tergoda dengan aku'. Sophea berasa seperti diperhatikan dan pandangan mereka bertemu. Lantas Sophea memalingkan muka menjeling orang tua gatal itu.
15minit berlalu......
Sedang Sophea menaip sesuatu menggunakan komputer. Tangan Encik Mansur menyentuh bahu Sophea mengurut lembut bahunya.
YOU ARE READING
Nafsu Cinta
RomanceDi saat cinta menguasai nafsu, pergaulan yang tiada batas. Aku milikmu dan kau milikku.