3

32 7 0
                                    

Angin bertiup dengan kencang dan awan mula kehitaman.Mungkin kejap lagi mahu hujan kot.Aku memandang Zulaikha yang sejak tadi berdiam."Weh Zulaikha.Kenapa kau diam tiba-tiba ni?"

Dia kelihatan terkejut dengan teguranku dan menggelengkan kepalanya."Tak ada apa-apa.Aku cuma tak sedap perut sekarang,"jawabnya sambil tersenyum nipis tetapi matanya masih tidak beralih pada lantai.

Aku hanya mengangkat bahu dan bersiul sehingga keretapi ini berhenti di Stesen Kajang.Kami berdua terus bangun dan berjalan keluar daripada keretapi.

Hujan mula turun dengan lebat dan menyebabkan aku dan Zulaikha terpaksa tunggu hujan sedikit reda.Aku berjalan menuju ke sebuah kedai runcit dan membeli dua tin air.Aku berikan satu tin air kepada Zulaikha dan melabuh punggung di sebelahnya,

"Aku masih tak dapat apa yang kau cuba maksudkan dalam puisi kau tu,"ujarku dengan sedikit hampa.

Zulaikha meneguk airnya sebelum tergelak kecil."It just a poetry.Aku tulis untuk suka-suka je."

Aku berpusing  menghadapnya."Tak.Kau tipu lagi.Kenapa kau nak sorokkan lagi daripada aku?"

Dia memandangku dengan keningnya terangkat."Kenapa kau nak tahu sangat maksud dia?"

Aku terkelu.Sumpah aku tak tahu nak jawab apa pada Zulaikha.

"Aku tahu kau ni baik tapi percayalah,kau tak perlu tahu pun sebab kenapa aku tulis puisi ni.You just a stranger to me!You are anybody.Not my somebody.So,please respect my secret dan kau tak perlu tahu pun aku punya rahsia."Hambur Zulaikha dengan matanya yang menunjukkan seribu kedukaan.

Aku terdiam.

"Clear?I need to go now.Assalamualaikum,"dia terus bangun daripada bangku dan memegang tali begnya dengan kuat.Dia memandangku dengan sekilas."Thank you for today."Ucapnya sambil matanya mengalirkan air mata.Dia berlari keluar daripada stesen dan membiarkan badannya basah disimbahi hujan.

"Zukaikha!"Jeritku sambil kakiku berlari mengerjarnya tetapi figuranya sudah hilang daripada pandanganku.Aku melepaskan keluhan dan memandang langit yang kehitaman.Aku hanya membiarkan diriku dibasahi dengan air hujan.

"You just a stranger to me!"

Suaranya masih tergiang di minda ku.

"So,please respect my secret dan kau tak perlu tahu pun aku punya rahsia."

Aku melepaskan keluhan lagi.Ya Allah,kenapa aku rasa sakit sangat sekarang ni?Kakiku berjalan menuju ke rumah tanpa menghiraukan bajuku yang sedang kebasahan.



Disebalik Gadis ItuWhere stories live. Discover now