1

96 7 3
                                    

"Hazim!"Ada suara lunak seseorang memanggil namaku.Aku menoleh ke arahnya yang berada di koridor tingkat 1 berhadapan dengan pejabat sekolah."Cikgu Wahida nak jumpa dengan kau!"Jeritnya kepadaku.

Aku menangguk dan memandangnya sehingga bayangnya hilang.Mataku mengerling pada jam tangan.Shoot!Dah pukul 10.45 pagi!Aku dah lambat 5 minit!Kakiku terus laju melangkah ke arah pejabat dan memegang sebuah buku hitam dengan rapi.

Tiba-tiba badanku terlanggar seorang dan kami berdua terjatuh di atas lantai."Aduh!"Suara perempuan mengaduh terus membuatkanku tersentak.

Aku segera bangun berdiri dan mengibas belakang seluarku yang sedikit kotor.Sepasang mataku melihat seorang pelajar perempuan sedang  mengaduh di atas lantai."Awak okey?"Tanyaku dengan rasa bersalah.

Kepalanya mengangguk."I'm okay."Dia cuba mengagahkan dirinya untuk bangun daripada lantai dan mengibas belakang bajunya yang kotor.

Aku segera menundukkan badanku dan mengutip buku-bukunya yang bersepahan di atas lantai.Selesai aku mengutipnya,buku-buku tadi dihulurkan kepadanya.

Dia mengambilnya daripada tanganku dan buku hitamku tadi digenggamku dengan rapi."Terima kasih.Sorry sebab terlanggar awak tadi,"ucapnya dengan sopan sebelum dia membuka langkah meninggalkanku.

Aku segera menahan langkahnya."It's all my fault.I should apologize to you."

Dia menggeleng."Tak apa.Just now..kosong-kosong?"

Aku menyimpulkan senyuman."Yup.Kosong-kosong."

Dia mengangguk dan kakinya segera melangkah menjauhi aku.Aku hanya memerhati langkahnya sehingga bayangnya hilang daripada pemandanganku.

Aku menghela nafas lega.Tiba-tiba kepalaku teringat sesuatu."Aduh!Aku dah lambat sangat ni!"Aku terus berlari menuju ke pejabat dengan seribu carutan di hati.

"Hazim!"Ada seseorang menyergahku dari belakang.

Aku mengurut dadaku dengan perlahan.Mataku menjeling tajam ke arahnya."Kau nak apa Naim?"Tanyaku dengan malas sebelum menutup buku yang terbuka di atas meja.

Dia tersengih."Tak nak apa-apa pun.Saja je nak kacau kau."Jawabnya dengan wajah tidak bersalah-salah.

"Kalau kau memang tak ada apa-apa sekarang,sila siapkan kerja sekolah kau yang tak siap tu."

Mukanya terus berubah tidak puas hati."Kau ni!Macam tak suka je aku nak lepak dengan kau."Bibirnya dimuncung ke hadapan.

"Memang pun.Menyemak!"Gurauku dengan kasar.

Naim merengus kasar lalu bangun daripada kerusinya."Kau ni macam bapak kaulah.Sikit-sikit suruh siapkan kerja sekolah.Sikit-sikit-"

"Shushh!Bisinglah kau ni!Macam mak nenek!"

Wajahnya masam mencuka lalu berjalan menuju ke tempat duduknya.Wajahnya masih tidak memaling daripadaku.

"Nak apa?"

Dia menjelir lidah dan menunjuk jari tengah kepadaku.

Aku menghiraukannya dan mengambil buku hitamku yang berada di bawah meja.Tanganku membukanya dan isi di dalamnya sangat lain daripada dulu."Ni bukan buku aku ni." Aku membelek seluruh muka surat dan di dalamnya hanyalah terdapat puisi-puisi yang ditulis oleh seseorang.

Aku melihat pada muka surat depan sekali.Nama 'Zulaikha Aiman' tertulis cantik pada kertas.Siapa dia?

Tanganku menyelak pada muka surat terakhir dia mencatat sebuah puisi,
'Selamat Tinggal,Dunia ! ' Not bad puisi yang dia tulis ni.Tapi kenapa aku rasa tak sedap hati dengan makna puisi ni ? Macam ada sesuatu yang akan berlaku pada dirinya.

"Wow ! Power gila puisi yang kau tulis ni.Menusuk ke jiwa kalbu."Naim yang entah dari mana muncul cuba merampas buku hitam ini daripada tanganku.Tetapi aku sempat mengelak darinya."Weh ! Bagilah aku baca lagi ! "

Aku menggeleng sambil menutul buku hitan ini.Aku rasa aku tak patut baca isi dalam buku ini.Ia seperti buku diary aku juga,tempat untuk dia meluahkan perasaan di dalam buku ini tetapi dalam bentuk puisi.Jadi aku anggap buku ini adalah sesuatu yang privasi baginya."Nope.Aku tak bagi."Aku mengelak lagi daripada Naim.

Naim mencebik."Kenapa ? "

"Sebab ni bukan aku punya,"jawabku dengan tegas.

"Habistu siapa punya ? "

Aku menunjuk muka surat hadalan yang tertulis nama pemilik buku ini kepada Naim.

"Ooh budak ni ..Macam mana kau boleh ambik buku dia ? Ke kau saja nak stalk dia ? Uuhh.."

Aku memukul mulutnya yang bising dengab buku di tanganku dan dia mengerang kesakitan."Kau jangan nak buat cerita pasal aku..Kalau tak aku sekeh kau sekarang dekat sini."

Dia tersengih.

>>>>>

Hati aku resah apabila aku menyedari buku hitam yang berada di tanganku bukan buku aku.Dihadapannya tertulis nama seorang lelaki yang cantik ditulis.

Macam mana aku boleh terambil dia punya?Aku menutupnya dengan segera dan memegangnya dengan rapi.Aku perlu menjaganya dengan elok kerana ini adalah privasi tuan buku ini.

Tok..Tok..

Pintu kelasku diketuk oleh seseorang.Kepalaku serta semua pelajar di dalam kelas ini menoleh ke arah pintu dan melihat seorang lelaki berbaju biru sedang sandar di pintu."Who's Zulaikha?"Tanyanya sambil mata melilau ke arah sekeliling.

Aku tersentak.Semua orang di dalam kelas ini menoleh ke arahku.Air liur diteguk dengan pahit sebelum mengangkat tanganku.

Matanya terus dialihkan ke arahku dan membuat isyarat supaya jumpa dengannya di luar kelas.Aku rasa dialah pemilik buku hitam ini.Aku mengangguk faham kepadanya lalu berjalan menuju ke luar kelas.Mata-mata yang memerhatikan aku membuatkan aku gementar.Rasa macam aku ni pembunuh bersiri dalam kelas ni.

"Zulaikha right?We meet again,"ujarnya dengan senyuman.

Aku mengangguk dengan kekok.Dengan segera aku menghulur buku hitam di tanganku kepadanya."Ni senior punya."

Dia mengambilnya."Kau tak baca dalam dia?"

Duh.Ada faedah ke kalau baca pun?Aku menggeleng kepala.Dia masih memincingkan matanya.Aku mendengus lalu mengangkat tanganku."Sumpah demi Allah,saya tak bacapun dalamnya."

Dia mengangguk."Good.Tapi sorry aku terbaca kau punya puisi.Boleh tahanlah kau punya puisi tu."Dia menghulur buku hitam kepunyaanku.

Apa dia dah baca?Oh,tidak!"Nak ke tak nak buku ni.Kalau tak nak,aku nak bawak balik baca lagi kau punya puisi,"ugutnya sambil tangannya membawa buku itu ke belakang badannya.

"Nak!Senior saya nak buku saya balik!"Bengangku apabila dia mengangkat buku itu ke langit.Tahulah tinggi,tak payalah nak jadikan aku macam orang kerdil sangat.

Mataku terlihat pada kasutnya.Tiba-tiba ada idea nakal menerjah ke dalam fikiranku.

"Ahhh!"Hazim meraung kesakitan apabila aku memijak kakinya dengan kuat.Selepas beberapa saat,baru aku melepaskan kakinya.

Jeritan Hazim tadi menarik perhatian seluruh kelas di tingkat ini.Okey,aku kena pergi dari sini."Thank you for your judgement but I don't need that.Please keep the secret okay?Bye."Aku merampas buku hitam milikku daripada tangannya sebelum berjalan meninggalkannya.



Disebalik Gadis ItuWhere stories live. Discover now