Behind Her Death - 1

29 4 0
                                    

2 jam sebelum kematian Zulaikha...


Aku memandang ibuku yang sedang terlena di atas sofa.Kakiku melangkah mendekatinya dan melihat raut wajahnya yang sedang kepenatan.Terima kasih ibu sebab sanggup besarkan Zulaikha.

"Ibu.Ibu!"Aku menggoncang badannya dengan lembut.

Ibu terjaga dan matanya terpisat-pisat."Ye.Kenapa Zu?"

Aku tersenyum nipis."Ibu pergilah tidur dekat dalam bilik.Nanti sakit badan,"ujarku dengan lembut.

Dia membangunkan dirinya dan memandangku."Zu dah makan?Kalau tak ibu masakkan."

Aku menghalangnya bangun daripada sofa."Tak payahlah ibu masak.Harini ibu rehat dulu.Biar Zu beli burger Abang Mail dekat bawah,ye."

Ibu hanya mengangguk lalu berjalan menuju ke dalam biliknya.Aku menghela nafas dengan berat.Sampai bilakah ibu dan aku perlu hidup seperti ini?

Aku berhenti mengelamun dan berjalan menuju ke luar rumah.Angin yang dingin pada malam ini sangat sejuk sehingga mencengkam tulangku.Aku menggosok tanganku supaya ia memberiku haba dan berjalan menuju ke gerai burger.

Sepanjang aku berjalan menuju ke gerai,aku merasakan ada seseorang mengikutiku.Apabila aku menoleh ke belakang,ternyata tiada sesiapa pun yang mengikutiku.'Mungkin hanya perasaanku sahaja,'bisikku.Aku hanya mengangkat bahu dan berjalan dengan tenang.

"Ye, dik.Nak burger macam biasa ke?"Soal Abang Mail dengan ramah.Aku hanya mengangguk dan memberi senyuman kepadanya.Dia membalas senyumanku dan mula memasak.

Aku berdiri di batang pokok yang berdekatan dengan gerai dan memandang langit yang gelap.

"Zulaikha!"Panggil seseorang.Aku terus menoleh ke arah suara itu.Ada seorang lelaki baya aku sedang senyum kepadaku.

"Yo,Faris!"Aku mengangkat tangan kepadanya.Dia tergelak kecil lalu melagakan tangan bersamaku.

"Kau pergi mana harini?Aku tengok rumah kau sunyi sepi je,"ujarnya.

"Pergi jalan-jalan.Tenangkan fikiran sekejap,"jawabku dengan bersahaja.

"Mind to share with me?"

Aku mengangkat kening."Why you?"

Dia tersengih."Because I'm most handsome guy in the world!"

Aku tergelak besar."Pergi matilah dengan handsome kau tu.BOOOO!"Aku menunjuk ibu jari terbalik kepadanya.Kami berdua ketawa bersama.

"Cuba cakap terus dengan aku kau pergi mana harini?"

"Pergi jalan-jalan.Dengan kawan aku."Kepalaku teringat pada Hazim.Rasa bersalah padanya semakin menimpal padaku.

"You just a stranger to me!You are nobody.Not my somebody.So,please respect my secret dan kau tak perlu tahu pun aku punya rahsia."

Kata-kataku tadi sangat kejam bagiku kepadanya.Tapi apakah daya,aku terpaksa  berlakon seperti orang tiada masalah kerana aku memang tidak mahu mereka tahu masalahku.Mereka tidak perlu tahu aku punya masalah.Mereka tidak perlu!

"Zulaikha?"Lamunanku terhenti apabila Faris memanggil namaku.Aku memandangnya yang sedang kerisauan. "Kau okey ke tak?"

Aku menangguk."I'm just fine,"jawabku sambil cuba untuk menutup gusaran di hati.Mataku teralih pula pada Abang Mail yang sedang mengangkat seplasktik burger.Aku terus berjalan ke arahnya dan membayar burger itu.

"Terima kasih ye."

"Sama-sama,"jawabku .Aku berjalan kembali ke Faris. "Faris.Aku nak balik dulu."

Disebalik Gadis ItuWhere stories live. Discover now