Purest of Pain (A Puro Dolor)

369 36 2
                                    

Baby,give me back my fantasy,
The courage I need to live,
The air that I breath,
(Living without you)
My worlds' become so empty,
The day's are so cold and lonely,
Each night I taste the purest of pain...

Purest of Pain by
Son by Four
❤❤❤❤❤

"Awak datang!" Gadis itu ketawa gembira. Akhirnya, selepas hampir dua jam menanti, sang kekasih hati muncul juga.

"Kan saya dah kata, jangan tunggu saya lagi..." Dalam lembut si jejaka bersuara, masih terdengar nada ketegasannya.

Namun seperti biasa, si gadis hanya ketawa mendengar larangan sang kekasih. Ini bukan yang pertama kali. Sudah acapkali bila mereka bertemu, kekasih hatinya itu mengucapkan kata-kata yang sama.

'Jangan tunggu saya lagi.'

'Jangan datang cari saya lagi.'

Kadang kala kata-kata itu diungkap dalam nada biasa. Ada kalanya dalam nada marah. Yang pasti, di penghujung pertemuan mereka, pasti sang kekasih akan merayu padanya dengan kata-kata yang sama.

"Tolonglah, jangan tunggu saya lagi..."

Dan dia... seperti biasa, hanya akan ketawa dan tersenyum. Sebelum sang kekasih hilang dari pandangan, dia akan menitipkan pesan.

"Esok kita jumpa lagi ya?"

Dan kekasih hatinya akan membalas, "Tidak! Saya tak akan datang lagi esok."

Namun tidak dia endahkan kata-kata keras itu kerana dia tahu, si jejaka pasti akan muncul juga. Seperti hari ini. Dan seperti hari-hari sebelumnya.

"Awak degil, Dahlia..."

"Tapi awak suka, kan? Awak pernah kata, kedegilan sayalah yang buat awak jatuh cinta dengan saya."

Si jejaka tersenyum nipis.

"Tapi kedegilan awak kali ini boleh membunuh awak, Dahlia. Saya tak nak awak sia-siakan hidup awak macam ni!"

"Saya tak pernah rasa semua ni sia-sia..."

"Awak menunggu sesuatu yang tak akan pernah terjadi dan awak rasa itu tak sia-sia?" tempelak sang kekasih.

Dia terdiam seketika sebelum esak tangisnya kedengaran.

"Awak tak ada hak nak halang saya..."

"Dahlia..."

"Sebab semua ni salah awak..."

"Dahlia..."

"Dari awal lagi saya dah kata jangan jatuh cinta dengan saya tapi awak tetap berkeras, tak putus asa mengejar saya sampai akhirnya saya mengalah. Saya buka hati saya untuk terima awak, terima cinta awak. Saya tak pernah minta banyak. Saya cuma minta jangan kecewakan saya. Tapi akhirnya apa yang saya dapat?" Dia lempiaskan segala rasa yang terbuku di hati.

"Sini... sakit sangat awak! Sakitttt!" Dia menepuk-nepuk dada sendiri.

"Rasa sakit tu akan hilang bila saya ke sini. Jadi awak tak boleh nak halang saya tunggu awak di sini!"

#myplaylistWhere stories live. Discover now