Cause I don't wanna fall in love
If you don't wanna try,
But all that I've been thinking of
Is maybe that you might
Baby it looks as though we're running out of words to say
And love's floating away - Jessie Ware⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐
Penat siapkan design, dia rehat sekejap. Lama-lama pandang propsal advertisement yang tengah ditukang, muntah hijau boleh dibuatnya. Memanglah ini kerja yang dia suka tapi kalau sepuluh kali design, dua puluh kali pelanggan minta tukar, siapa yang tahan. Yang pelanggan pulak, bila ditanya nak design yang macam mana, suruh ikut budi bicara dia. Bila dah dibuat, semuanya tak kena. Itu nak tukar, ini nak tukar. Kadang-kadang dia rasa nak jerit je. Kau ingat aku kerja copy and paste ke? Ikut sedap rasa nak suruh tukar itu ini. Tapi memikirkan ini punca rezeki, ikutkan sajalah. Dah sampai tahap dia tak boleh tahan nanti, dia serahkan saja pada orang lain. Senang!Tetingkap A.I dikecilkan. Cursor dilarikan ke Facebook. Nikki senyum nipis. Hari ini dunia kecoh dengan tragedi di Paris. Bila negara besar macam ini ditimpa musibah macam ini, satu dunia ikut bersedih. Bila kuasa besar begini yang menjadi mangsa, semuanya dilabel sebagai act of terrorism. Semua sibuk dengan hashtag #prayforparis. Sedangkan dunia Islam dah berpuluh tahun berhadapan dengan situasi macam ini. Sayangnya, hashtag #prayforgaza, #prayforsyria, #prayforlebnon, #prayforrohinghya, cuma akan muncul bermusim. Bila nyawa umat Islam yang melayang, kenapa ia tak dilabel sebagai act of terrorism? Sedih!
"Nikki!" Partition ruang kerjanya diketuk.
"Ya?"
"Ada orang cari."
"Siapa?" Mulut bertanya tapi mata masih mengadap skrin komputer. Sambil baca tentang perkembangan tragedi di Paris, sambil pandang pantulan imej Lana yang berdiri di belakangnya dekat skrin.
"Abang kau."
Sejak bila dia ada abang? Setahu dia, dia cuma bertiga beradik. Dyan di atas, Julia di tengah, dan dia yang bongsu. Semua perempuan. Nak kata papa dia, Doktor Ahmad Rais ada anak lelaki dengan isteri baru dia, lagilah mustahil.
Nikki pusing pandang Lana. Tak sempat mulut hendak bertanya, Lana dah berundur ke belakang. Dan figura yang muncul di sebelah Lana cukup buat dia hendak berhenti bernafas.
"Hai, Nikki."
Nikki bangkit dari kerusi, tapak tangan tak semena-mena berpeluh. Senyuman plastik dilempar kepada si "abang". Macam mana dia boleh lupa tentang anak yang ini?
"Hai, Joe."
****
Jari menguis-guis Hazelnut Latte dengan straw. Sesekali mata mencuri pandang lelaki yang sedang tenang mengacau Americano di depannya. Debar yang dia rasa sewaktu di pejabat tadi dah sedikit reda bila dia tengok lelaki itu bersahaja dan selamba sahaja rupanya. Dia beriya mengelabah, tapi encik abang ini relaks sahaja. Chill, Nikki. Johan Arshan saja kut. Bukan orang lain. Suku sakat tak sama DNA kau jugak!"So how are you?" Joe mula bicara.
"Okay." Ringkas sahaja jawapan Nikki.
"How's work?"
"Okay."
"How's life?"
"Okay."
"How's your boyfriend?"
"Okay. Eh..." Sejak bila kau ada boyfriend?
Tapi Zack tu?