Kelihatan seseorang sedang memasuki cafe tersebut.
Dan kelihatan juga orang itu seperti mencari seseorang.
Setelah ternampak kelibat orang yang dicari-cari , dia terus melangkahkan kakinya ke arah orang tersebut.
Sesampai sahaja dia di tempat itu , terus dia mengambil tempat di hadapan orang tersebut tanpa dipelawa oleh orang yang sememangnya sudah lama berada di situ.
"Apa yang penting sangat sampai Yoon Jae nak jumpa oppa dekat sini? Macam dekat rumah tak boleh jumpa?" soalnya dan tanpa segan silu dia mengambil air minuman Yoon Jae dan terus dibawa ke mulutnya.
Yoon Jae hanya memerhati tingkah laku abang sepupunya itu dengan pokerface -_- .
' Eh eh mamat ni..suka-suka hati dia je nak minum air aku. Kalau ye pun dahaga , pergi lah order air dulu 😑 '. - bebel Yoon Jae didalam hati.
"Oppa , kalau dah dahaga sangat pergilah order air dulu. Janganlah minum air orang." marah Yoon Jae pada Minhyun.
"Alaa sukati oppa laa nak order ke tak nak. Lagi pun bukan dengan siapa-siapa pun kan? Dengan saeng oppa jugak" katanya kemudian dia terus minum air Yoon Jae sehingga air didalam gelas itu tinggal sedikit.
Yoon Jae pula sudah mukanya sudah memerah menahan amarah.
Malas mahu panjangkan lagi perkara itu , terus Yoon Jae kembali kepada tujuan asal sebab mengapa dia ingin berjumpa dengan abang sepupunya itu.
"Oppa , oppa boleh tolong Yoon Jae tak?" soal Yoon Jae pada Minhyun.
"Bergantung pada pertolongan tu lah. Kalau oppa rasa perkara tu berat , tak dapat lah oppa nak tolong Yoon Jae. Ha Yoon Jae nak mintak tolong apa?" soalan dibalas soalan.
"Alaa kerja dia tak susah mana pun. Oppa just tolong Yoon Jae carikan maklumat tentang oppa kandung Yoon Jae yang tinggal kat Korea tu je" beritahu Yoon Jae akan apa yang perlu Minhyun lakukan untuknya.
Minhyun kelihatan seperti terkejut.
' Dia dah tau ke? ' - soalnya pada diri sendiri didalam hati.
"ma-Mana Yoon Jae tau yang Yoon Jae ada oppa kandung?" soal Minhyun masih lagi dalam keadaan terkejut.
Mana dia tak terkejut kalau Tuan Min sendiri yang meminta dia merahsiakan perkara ni daripada diketahui oleh Yoon Jae. Tup tup dia sendiri yang terkejut sebab Yoon Jae tiba-tiba je suruh dia cari maklumat tentang oppa kandungnya.
"Appa Yoon Jae dah ceritakan semuanya dah" jelas Yoon Jae pada Minhyun.
Nampak sekali diwajahnya yang Minhyun terkejut dengan apa yang dia beritahu tadi.
Menurut appanya , Minhyun juga tahu bahawa dia mempunyai oppa kandung dan eomma nya yang masih tinggal di Korea.
Jadi sebab tu lah dia minta tolong Minhyun untuk mencari maklumat tentang oppa dan eomma nya supaya senang untuk dia mencari mereka berdua berada dimana sekarang ini.
"Yoon Jae nak oppa cari maklumat oppa Yoon Jae?" soal Minhyun kembali pada Yoon Jae.
Yoon Jae mengangguk.
"Tapi macam mana? oppa langsung tak tau apa-apa tentang oppa dengan eomma Yoon Jae tu." terang Minhyun.
Yoon Jae sedikit kecewa apabila mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Minhyun itu.
"Alaa boleh laa oppa. Kalau oppa tak tau sangat pasal diorang , oppa boleh tanya appa kan? Alaa boleh laa oppa , Yoon Jae teringin sangat nak jumpa diorang" rayu Yoon Jae dengan muka aegyo nya itu.
YOU ARE READING
[ C ] Namja Or Yeoja [ JJK ]
Fanfiction- Min Yoon Jae as You (Readers) Seorang yeoja yang tinggal di Amerika bersama-sama dengan appa nya , tiba-tiba pulang ke Korea untuk mencari oppa nya yang telah lama terpisah dengannya. Dia mendapat maklumat daripada oppa sepupunya tentang oppa kand...