🌲🌲🌲🌲
Yoon Jae P•O•V
Aku mencelik kan mata ku perlahan-lahan.
Setelah terbuka sedikit kelopak mata ku , aku kecil kan mata ku kerana pancaran matahari yang tembus terus ke arah tempat pembaringan ku daripada tingkap.
Aku melihat keadaan di sekeliling.
"Aku kat mana ni?" bisik aku.
Aku cuba untuk bangun daripada pembaringan aku tetapi tiba-tiba terasa kaki ku sakit.
"Auch"
Perlahan-lahan aku cuba untuk duduk dan sandar pada kepala katil.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi seperti sehelai kertas sedang di selak.
Aku memandang ke arah di mana datang nya bunyi tersebut.
Terdapat seorang lelaki berpakaian kot putih sedang duduk di kerusi kulit nya sambil membelek beberapa kertas.
"Chogieo , saya dekat mana ni?" tanya aku pada lelaki tersebut.
Kelihatan lelaki itu sudah memberhenti kan kerja nya dan memandang tepat ke arah aku.
"Awak dekat klinik sekolah. Saya doktor yang merawat awak. Choi Ji Won" kata lelaki itu merangkap doktor yang bertugas di klinik Gangbuk High School ini serta memperkenal kan nama nya.
Aku hanya mengangguk.
"Kaki awak terseliuh. Tak teruk sangat saya tengok tapi urat kaki awak dah mula membengkak jadi saya saran kan awak rajin-rajin kan laa tuam ais batu dekat kaki awak yang sakit tu" beritahu Doktor Choi pada aku.
"Baik lah , kamsahabnida doktor." aku mengangguk.
Kemudian aku berasa tidak selesa apabila ternampak cara pandangan Doktor Choi pada aku.
Aku cuba mengalih kan pandangan aku daripada terus memandang doktor itu.
"Err doktor , saya dah boleh balik bilik kan?" aku cuba untuk tidak membuat kan keadaan sekeliling ku menjadi ' seram. '
Doktor Choi tidak menjawab pertanyaan ku tetapi sebalik nya dia terus-menerus memandang ke arah ku dengan pandangan yang begitu tajam.
Semakin lama aku di situ semakin tidak selesa aku di buat nya jadi aku mengambil keputusan untuk keluar sahaja.
Semasa aku cuba untuk berdiri , tiba-tiba Doktor Choi bersuara.
"Saya tertanya-tanya. Apa seorang yeoja buat di sekolah namja ini?"
Dan serta-merta pergerakan ku terus terkaku.
Aku memandang ke arah Doktor Choi.
"ap-Apa yang dok-Doktor Choi cakap kan ni?" tergagap-gagap aku bertanya pada nya.
Doktor Choi hanya menghadiah kan aku sebuah senyuman yang cukup membuat hati aku di hambat rasa yang tidak selesa.
"Saya cuma tanya. Apa seorang yeoja buat di sekolah namja ni? tu je" ulang nya semula.
YOU ARE READING
[ C ] Namja Or Yeoja [ JJK ]
Fanfiction- Min Yoon Jae as You (Readers) Seorang yeoja yang tinggal di Amerika bersama-sama dengan appa nya , tiba-tiba pulang ke Korea untuk mencari oppa nya yang telah lama terpisah dengannya. Dia mendapat maklumat daripada oppa sepupunya tentang oppa kand...