🐦🐦🐦🐦
Buka sahaja kelopak mata , benda pertama yang aku nampak adalah langit yang membiru .
Aku bangun dari pembaringan aku .
Kemudian , aku pandang di sekeliling .
Kelihatan aku berada di suatu tempat yang di mana aku berbaring di atas rumput yang menghijau , serta bunga-bunga yang tumbuh mekar bersamanya .
Aku memandang pada suatu tempat .
Di situ tempatnya luas . Luas seluas padang .
Terdapat beberapa haiwan di situ .
Rasanya seperti di alam magika , seperti di alam cerita-cerita dongeng dan sebagainya .
Aku bangun dari duduk ku kemudian buka langkah menuju ke tempat itu .
Dalam perjalanan ku kesana , ada sekumpulan kupu-kupu berkerumun di sekeliling ku .
Aku tersenyum . Dan cuba menghulurkan tangan supaya dapat menyentuh kupu-kupu itu .
Dan aku berjaya , ada seekor kupu-kupu hinggap di salah satu jari aku .
Kemudian dia terbang ke atas .
Aku memandang ke hadapan semula dan berjalan ke arah haiwan-haiwan lain yang berada di situ .
Ada arnab putih di situ .
Biri-biri putih , kuda putih , kucing parsi putih , dan beberapa haiwan yang aku tidak kenali berada di situ .
Ouh ye , baru aku perasan . Semuanya berwarna putih di sini . Kupu-kupu tadi pun berwarna putih .
Dan...aku juga berpakaian baju labuh berwarna putih .
YOU ARE READING
[ C ] Namja Or Yeoja [ JJK ]
Fanfiction- Min Yoon Jae as You (Readers) Seorang yeoja yang tinggal di Amerika bersama-sama dengan appa nya , tiba-tiba pulang ke Korea untuk mencari oppa nya yang telah lama terpisah dengannya. Dia mendapat maklumat daripada oppa sepupunya tentang oppa kand...