🍯🍯🍯🍯
Kelihatan Suga baru sahaja selesai mandi .
Dia keluar dari bilik air itu dan menuju ke arah katilnya sambil mengeringkan rambutnya menggunakan tuala .
Dan dalam masa yang sama , Namjoon baru pulang ke biliknya dari bertemu dengan chingu-chingunya .
" Nah , ada surat untuk kau lagi . " kata Namjoon sambil menghulurkan surat itu kepada Suga .
Suga menyambut huluran itu .
" Lately ni kau asyik dapat surat je . Ada secret admire ke ? " sakat Namjoon pada Suga .
" Secret admire bapak kau laa . " kata Suga bengang dan itu terus dia menyepak punggung Namjoon .
Terkekek-kekek Namjoon dibuatnya .
Terus Namjoon ke katilnya dengan baki sisa tawanya dan dia baring di katilnya .
Suga ke katilnya bersama surat tadi ditangannya .
Dia duduk dikatil dan menghentikan aktivitinya dari mengeringkan rambut .
Dia membelek surat itu mencari nama pengirim tetapi macam biasa , tidak akan ada nama pengirim .
Yang ada namanya sahaja sebagai penerima .
Dia membuka surat itu .
Isi didalam adalah beberapa keping gambar dan secebis kertas .
Kali ini gambar seorang yeoja dari umur 8 tahun hingga umur 16 tahun .
Dan turut mempunyai beberapa keping gambar berkeluarga iaitu gambar seorang yeoja yang berambut panjang dan seorang namja yang sudah berumur .
" Siapa yeoja ni ? Macam familiar laa muka yeoja ni . Siapa ekk ? " omel Suga membelek kesemua gambar-gambar itu .
Kemudian matanya beralih pada cebisan kertas yang turut berada bersama dengan kesemua gambar-gambar itu .
Di kertas itu tertulis satu ayat .
' Kalau kau nak tau lebih lagi pasal yeoja ni , jumpa aku dekat Haneul's Cafe petang ni . '
" Haneul's Cafe ? "
Suga melihat semula gambar-gambar itu .
Tiba-tiba matanya tertacap pada satu gambar .
Dia menfokuskan pandangannya pada yeoja yang berada didalam gambar itu bersama dengan namja yang berusia itu .
" Rantai yang yeoja ni pakai . Sama macam eomma punya . " katanya perlahan .
Dia berfikir sejenak .
" Jangan-jangan dia Jaeie ? " tekanya .
Dia mengambil cebisan kertas tadi .
" Aku kena jumpa orang ni . " kata Suga menyimpan semula gambar-gambar itu ke dalam beg nya .
Dia ke laci yang bersebelahan dengan katilnya dan mengambil sesuatu iaitu beberapa keping gambar yang dia dapat beberapa hari lalu dan dimasukkan ke dalam beg nya tadi .
Kemudian dia bersiap-siap .
Setelah siap , dia segera mencapai begnya dan turun dari tingkat atas katil nya dan menuju ke pintu .
Namjoon yang nampak Suga seperti kelam-kabut itu menegur .
" Kau nak gi mana ? "
" Aku ada hal sekejap . Malam sikit kot baru balik . Nanti tolong cakapkan kat diorang ekk aku ada hal . Okay cau dulu . " kata Suga setelah memakai kasutnya dan terus dia keluar dari bilik itu .
YOU ARE READING
[ C ] Namja Or Yeoja [ JJK ]
Fanfiction- Min Yoon Jae as You (Readers) Seorang yeoja yang tinggal di Amerika bersama-sama dengan appa nya , tiba-tiba pulang ke Korea untuk mencari oppa nya yang telah lama terpisah dengannya. Dia mendapat maklumat daripada oppa sepupunya tentang oppa kand...