20

55 14 0
                                    


~KEESOKAN PAGINYA~

Cikgu YongHwa dan cikgu JiHyo memulakan misi mengejutkan pelajar mereka yang masih lagi tidur.

Pelajar-pelajar mula bangun seorang demi seorang.

Cikgu YongHwa bergerak ke arah khemah Seokjin, Jimin dan Xin.

Seokjin yang pertama bangun manakala lagi dua orang manusia itu masih lagi tidur.

"Seokjin.. Kejutkan kawan-kawan kamu.." arah cikgu YongHwa kepada Seokjin.

"Nae~.." jawab Seokjin dalam keadaan mamai.

"Jimin!.. Xin!.. Bangunlahh.. Dah pagi ni.." Seokjin mula mengejutkan Jimin dan Xin.

"Nantilah aku bangun hyung~" kata Jimin manakala Xin hanya menutup telinganya.

Seokjin mula memikirkan cara untuk mengejutkan mereka berdua dan akhirnya mendapat satu idea.

"Korang!.. Cepat bangun.. Aku dah nak pergi mandi sungai ni.. Bye~.." umpan Seokjin supaya mereka bangun.

"Mandi sungai??!" soal mereka berdua serentak dan terus membuka mata masing-masing.

"Haah.. Nak tak?.." soal Seokjin pula.

"Nak nak.." jawab mereka serentak dan terus keluar dari khemah.


~Di Khemah TaeSeok~

Cikgu YongHwa membuka khemah Hoseok dan Taehyung untuk mengejutkan mereka berdua.

Apabila buka sahaja zip khemah tersebut, cikgu YongHwa hampir terkena serangan jantung.

Akibat terkejut melihat Hoseok dan Taehyung tidur sambil memeluk antara satu sama lain.

"Hoseok!.. Taehyung!.. Bangun cepat.." kata cikgu YongHwa.

Mereka berdua membuka mata masing-masing dan ...

"ARGHH!!.." mereka berdua menjerit lalu menolak antara satu sama lain.

Cikgu YongHwa tersenyum melihat kerenah mereka berdua.

"Dahh.. Cepat bangun.. Cikgu bagi kebenaran untuk korang mandi sungai.." kata cikgu YongHwa lalu beredar dan terus ke khemah seterusnya.

"Yeayy mandi sungai.." jerit Hoseok kegembiraan manakala Taehyung sudah keluar daripada khemah mereka.


~Di Khemah NamKook~

Cikgu YongHwa membuka zip khemah itu dan melihat lagi satu posisi daripada member Bangtan.

Namjoon memeluk tubuhnya sendiri manakala Jungkook memeluk Namjoon.

"Macam-macam cara tidur diorang ni.. Khemah Seokjin, Jimin dan Xinyoung ok je cara diorang tidur, takde yang berpeluk.. Khemah Hoseok dengan Taehyung pulak berpeluk antara satu sama lain.. Khemah diorang ni pulak sorang peluk diri sendiri dan yang sorang lagi peluk kawan sebelah.. Haihh.." bisik hati cikgu YongHwa.

"Kamu berdua.. Bangunn.. Dah pagi ni.." cikgu YongHwa mula mengejutkan Namjoon dan Jungkook.

Namjoon membuka mata dan terus menolak Jungkook ke tepi lalu duduk sambil menggosok matanya.

"Cikgu?.. Dah pagi ke?.." soal Namjoon dalam keadaan yang masih mamai.

"Haah dah pagi.. Kalau korang nak mandi sungai bangun cepat.. Tolong kejutkan Jungkook.. Cikgu nak kena pergi kejutkan Yoongi dan Minyoung pula.." kata cikgu YongHwa dan terus beredar. 

"Jungkook.. Bangunlah.. Dah pagi ni.." Namjoon cuba untuk mengejutkan Jungkook.

Malangnya Jungkook tetap tidak bangun.

Namjoon mengambil masa 7 minit untuk mengejutkan Jungkook.

Dalam ahli Bangtan, Jungkook lah orang yang paling susah untuk dikejutkan.


~TBC~

Maaf kalau Chapter ni membosankan.. Please Vote and Comment.. Pasal cikgu YongHwa kejutkan Yoongi dengan Min tu Author akan sambung di Chapter 21.. Enjoy your reading..

~MIANHAE~[slow update]Where stories live. Discover now