09

60 9 1
                                    

*MIN POV*

Aku terjaga dari tidur. Tiba-tiba aku teringat akan kata-kata Namjoon tadi .

Aku terus bergegas bangun dari katil malangnya kaki aku tersangkut pada selimut.

Ianya menyebabkan aku jatuh dari katil.

"Aduh.. Sakitnya~ Tak guna punya selimut.." aku bermonolog sendirian.

Aku keluar dari bilik dan terus pergi ke arah tangga dan menjenguk ke ruang tamu.

"Xin~.. Diorang cakap diorang nak da.." kata-kata aku terhenti selepas aku melihat kelibat BTS di ruang tamu.

"Ehh.. Korang baru sampai?.." soalku hairan.

"Haah.. Barulah jugak.. Dalam 40 minit tadi" balas Yoongi dengan nada perli.

"Tak guna kau mayat hidup" aku mengutuk Yoongi dalam hati.

"Apa yang kau buat kat dalam bilik tadi sampai tak mandi lagi ni?.." tanya Xin.

"Aku tertidur tadi.. Nanti aku turun.." aku terus masuk dalam bilik untuk bersihkan diri.

*END POV*

"Korang tunggu kejap aku nak pergi buat air.." kata Xin lalu berdiri dan terus pergi ke dapur.

"Biar aku tolong" ujar Seokjin lalu mengikuti langkah Xin.

Min turun ke bawah dan duduk bersama dengan ahli BTS yang lain.

"Mana Xin dengan Seokjin hyung?" soal Min.

"Diorang kat dapur.. Katanya nak buat air" jawab Namjoon.

"Weh Min.. Korang takde orang gaji ke?.." soal Taehyung.

"Ada.." jawab Min ringkas.

"Mana??" soal Hoseok pula hairan,sebab dari tadi dia tak nampak sorang pun orang gaji dalam rumah ni..

"Kitorang bagi diorang cuti seminggu.. Sebab tulah takde orang lain selain aku dengan Xin.." jawab Min.

"Min.. Boleh tak kalau aku nak pergi tengok-tengok rumah kau ni?" pinta Jungkook.

"Pergilah.. Aku tak kisah.. Buatlah macam rumah korang.." balas Min sambil main phone.

"Nae.." Jungkook terus menarik tangan Taehyung supaya Taehyung ikut dia sekali.

Taehyung hanya mengikut langkah Jungkook.

TaeKook pergi meronda kawasan rumah itu dari halaman hinggalah bahagian belakang rumah.

Seokjin pergi ke ruang tamu sambil membawa masuk air manakala Xin pula membawa sembilan bekas mee segera yang sedang di rendam dengan air panas.

Xin meletakkan mee segera tersebut di atas meja kecil yang berada di ruang tamu itu.

"Jemput makan.. Jangan malu-malu.." kata Xin.

Yoongi,Namjoon dan Hoseok terus mengambil mee segera itu.

"Diorang ni malu?.. Tolonglah~.." ujar Seokjin dalam nada perli.

Mereka bertiga terus memberi pandangan maut kepada Seokjin.

Seokjin hanya mengendahkan pandangan maut mereka.

"Mana Tae dengan Kookie?" soal Jin sambil tangannya mengacau mee segera menggunakan chopstick.

"Diorang pusing kawasan rumah ni.." balas Namjoon dengan mulut yang penuh.

"Besar betul rumah ni.. Penat aku.." kata Jungkook.

"Tahupun.. Kau yang nak sangat pusing-pusing tadi kan.. Jomlah kita masuk.." balas Taehyung.

TaeKook pun terus masuk ke dalam rumah itu lalu pergi ke ruang tamu.

"Tu pun korang berdua.. Sinilah makan sekali.." ujar Xin apabila ternampak kelibat TaeKook.

TaeKook terus duduk dan mengambil mee segera itu satu sorang.

"Masissneun~" ujar Taehyung apabila mee itu masuk ke dalam mulutnya dan terus ke dalam perut.

"Mee segera memanglah sedap.. Tapi tak baik untuk kesihatan.." kata Min sambil menyuap mee masuk ke dalam mulutnya.

BTS dan Xin memandang ke arah Min.

Suasana menjadi sunyi selepas Min berkata sedemikian.

"Ya.. Betul kata Min tuu.. Mee segera tak baik untuk kesihatan.." Seokjin mengiakan kata-kata Min.

Setelah selesai makan dan minum mereka pun berbual-bual kosong.

"Yoongi hyung.. Kumpulan basketball kita dah cukup orang ke belum??.." soal Jimin.

"Belum.. Tak cukup lagi sorang.." balas Yoongi.

"Bila korang berlawan?" soal Hoseok pula.

"Bulan depan.." balas Yoongi ringkas.

"Macam mana kalau tak jumpa lagi sorang??.." tanya Taehyung pula.

"Kalau tak jumpa jugak lagi sorang pemain kitorang kena tarik diri daripada perlawanan tu.. Jadi Monsta X akan menang tanpa berlawan.." kata Yoongi.

"Teruk macam ni.. Kumpulan basketball kita tak pernah kalah.. Kita kena cari lagi sorang ni.." ujar Seokjin pula.

"Biar aku join kumpulan basketball korang.." kata Min.

BTS memandang Min tidak percaya.

"Betul ke kau nak join kumpulan aku??.." soal Yoongi yang masih tak percaya dengan kata-kata Min tadi.

"Betullah.. Buat apa pulak aku nak tipu.. Asal korang tak percaya pulak.." ujar Min dingin.

"Aku nak tanya satu soalan kat kau.." ujar Yoongi serius sambil memandang Min.

Semua orang memandang ke arah Yoongi dengan Min.

"Apa dia??.." soal Min turut memandang Yoongi serius.

~TBC~


Hope Korang Enjoy Baca Chapter Ni.. Sorry Lambat Update.. Author kekurangan Idea 😅.. Nak Tahu Apa Yang Yoongi Ingin Tanyakan Kepada Min.. Tunggu Next Chapter.. Author Akan Cuba Update Secepat Yang Boleh.. Thanks Kepada Yang Baca Dan Vote Ff Author..

~MIANHAE~[slow update]Where stories live. Discover now