08

65 9 0
                                    

*MIN POV*

"Omma dengan appa terlibat dalam kemalangan" kata Xin sambil memandang muka aku.

"Apa yang kau mengarut ni?.. Omma cakap apa tadi?" aku hanya menganggap apa yang dikatakan oleh Xin itu hanyalah satu gurauan.

"Min aku serius sekarang ni.. Aku tak tipu~.." kata Xin sambil memegang kedua-dua belah bahuku.

"Jangan buat lawaklah Xin.. Tak kelakarlah.. Omma dah janji dengan aku dia nak balik.. Omma tak pernah tipu aku.." aku masih lagi cuba menafikan apa yang dikatakan oleh Xin tadi.

"Min percayakan aku.. Aku tak bergurau.. Omma dengan appa memang terlibat dalam kemalangan.. Diorang berada dalam wad ICU.." kata Xin dengan nada yang serius.

Aku merasakan dunia dah gelap dan aku dapat merasakan ada sesuatu mengalir di pipi aku.. Ianya adalah air mata yang dari tadi aku tahan supaya tidak jatuh.

"Kita kena pergi sekarang.. Pergi bersiap.." arah Xin kepada aku.

Aku terus pergi ke bilik aku dan bersiap untuk pergi ke hospital.

*END POV*

~DI HOSPITAL~

Xin dengan Min terus menuju ke wad ICU. Mereka nampak ada seorang namja sedang duduk di bangku telah yang tersedia di depan wad ICU itu. 

Perlahan-lahan mereka mendekati namja itu.

"Ahjeossi ke yang call saya tadi?" soal Xin. Namja itu terus berpaling ke arah mereka.

"Ne.. Saya yang call kamu tadi" kata Namja itu.

"Macam mana dengan omma dan appa saya.." tanya Min dengan mata berair.

"Omma dan appa kamu masih lagi berada di dalam sana.. Kamu berdua sila duduk dan bertenang dulu.." kata namja itu cuba untuk menenangkan keadaan.

Min terus duduk dan menangis teresak-esak. Manakala Xin hanya diam.

Xin mengusap lembut belakang Min bagi menenangkan adiknya itu.

"Janganlah menangis.. Aku tahu kau sedih.. Aku pun sedih jugak.. Tapi kau tak boleh terus menangis macam ni.. Kau kena terima semua ni.. Kalau omma dengan appa tahu kau menangis macam ni diorang mesti sedih.." Xin cuba memberikan semangat untuk Min.

Min menyeka air mata yang mengalir dengan lengan bajunya. Dia tidak mahu omma dengan appanya sedih.

Mereka telah menunggu selama 45 minit di hadapan wad ICU itu.

Tiba-tiba pintu wad itu dikuak dari dalam oleh seorang doktor.

Xin dengan Min terus bangun dan pergi ke arah doktor itu.

"Doktor,macam mana dengan omma dan appa kami??" soal Xin .

Doktor itu memandang Xin dengan Min.

"Mianhae~.. Saya dah cuba yang terbaik.. Saya tak dapat selamatkan mereka.. Saya mintak diri dulu.." kata doktor itu dan berlalu dari situ.

Beberapa orang jururawat menolak dua buah katil keluar dari wad ICU. Katil itu terdapat mayat omma dan appa mereka yang sudah tidak bernyawa lagi dan juga ditutupi dengan kain putih.

Min pergi ke salah satu katil yang terdapat mayat ommanya dengan linangan air mata.

Perlahan-lahan Min membuka kain putih yang menutupi mayat ommanya sehingga ke paras leher.

"Ke.. Kenapa omma tipu Min?.. Kenapa omma?!" kata Min dalam esakan sambil memeluk mayat puan Park.

Xin melangkah ke arah katil yang terdapat mayat encik Park.

 Xin menyelak kain putih itu. Secara tiba-tiba air mata mengalir laju di pipinya.

"Appa~.. Jangan tinggalkan kitorang.. Appa Xin janji akan jaga Min baik-baik~.." tangis Xin.

"Omma bangun omma!.. Omma jangan tinggalkan Min!~" tangis Min sambil mengoncangkan mayat puan Park.

Xin menghalang Min daripada terus berbuat begitu kepada jasad puan Park yang tidak bernyawa itu.

"Berhenti Min.. Kau tak boleh macam ni.. Kau kena terima semua ni" kata Xin memberikan semangat kepada Min walaupun dirinya juga masih lagi mengalirkan air mata.

"Omma~ Jangan tinggalkan Min.. Omma bangun omma~.." tangis Min.

Xin memeluk Min lalu menarik Min kebelakang supaya jururawat itu dapat melakukan tugas mereka.

Salah seorang daripada jururawat itu menutup kembali kain putih tersebut dan terus menolak mayat encik dan puan Park ke bilik mayat.

^^END FLASHBACK^^


"Balik saja daripada upacara pengebumian omma dengan appa.. Min terus berkurung di dalam bilik.." kata Xin.

"Oooo.." BTS hanya meng'O'kan kata-kata Xin.

"Kesiannya korang~" kata Taehyung manakala Hoseok pula telah pun teresak-esak menangis.

"Asal hyung nangis?" soal Jungkook hairan dengan Hoseok yang tiba-tiba menangis.

Hoseok mengesat air matanya "Takde lah.. Aku sedih dengar cerita Xin tu.. Huhu.." kata Hoseok.

"Apalah kau ni.. Xin pun tak nangis kau pulak yang beria-ia nangis.." perli Yoongi.

"Ak.. Aku menangis sebab aku sedih dengar cerita Xin tadi lah.. Takkanlah kau tak rasa sedih langsung.. Sekurang-kurangnya adalah rasa simpati sikit.. Ni tak habis-habis dengan perangai swag hyung tuu.." perli Hoseok sambil mengelap air matanya dekat baju Namjoon.

"Eee.. Hyung ni kan.." kata Namjoon lalu menolak Hoseok supaya berhenti.

"Takde apalah Hoseok hyung.. Dah takdir nak buat macam mana terima je lah~" kata Xin sambil menepuk lembut bahu Hoseok.

Tiba-tiba ada bunyi yang telah mengejutkan mereka.

Bunyi seperti ada sesuatu yang jatuh dari tingkat atas.


                                                                     ~TBC~

Sorry sebab lambat update.. Author busy dengan exam.. Hope korang enjoy baca chapter ni.. Sorry kalau bosan and hambar.. Nak tahu bunyi apa tu?.. Nantikan next chapter.. Please vote and comment.. Author akan cuba update secepat yang boleh.. Thanks kepada sesiapa yang sudi baca and vote this ff..

~MIANHAE~[slow update]Where stories live. Discover now