21

49 5 2
                                    


~Di Khemah Yoongi & Min~

Cikgu YongHwa berjalan menunju ke arah khemah Yoongi dan Min pula.

"Apa pula lah cara diorang tidur lepasni.. Entah-entah dah terbalik habis diorang tidur.. Haihh.." keluh cikgu YongHwa sambil mendekati khemah dua makhluk yang masih lagi nyenyak dibuai mimpi.

Setelah membuka zip khemah itu, cikgu YongHwa dapat melihat bagaimana dua makhluk itu tidur.

Yoongi dan Min langsung tidak tidur menghadap antara satu sama lain macam ahli Bangtan yang lain.

Mereka berdua tidur membelakangi antara satu sama lain.

Yoongi memusing badannya ke kanan manakala Min pula memusingkan badannya ke kiri.

"Yang dua orang ni pulak tidur dah macam suami isteri bergaduh.. Haihh.." keluh cikgu YongHwa.

"Yoongi.. Minyoung.. Bangunlah cepat.. Kawan korang yang lain semuanya dah bangun.." kata cikgu YongHwa sambil menggoncang badan Yoongi.

Tetapi Yoongi tetap berkeras untuk tidur.

Cikgu YongHwa beralih kepada Min pula.

Cikgu YongHwa baru sahaja memegang kaki Min untuk mengejutnya, Min terus terjaga dan duduk menghadap cikgu YongHwa.

"Cepatnya kamu bangun.. Cikgu baru je pegang kaki kamu terus bangun.." kata cikgu YongHwa.

Min hanya tersenyum dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kamu kejutkan Yoongi.. Lepas Yoongi bangun kamu boleh pergi mandi sungai.." kata cikgu YongHwa.

"Nae.." balas Min.

Cikgu YongHwa terus berdiri dan berlalu pergi.

Min memandang ke arah Yoongi dan mengeluh.

"Hyung.. Bangunlahhh.." kata Min lalu menggoncangkan badan Yoongi.

Min terus mengambil peralatan mandi dan terus pergi ke bilik mandi yang sudah tersedia.


^^SKIP^^

Setelah selesai mandi, Min kembali ke khemah dengan membawa gayung yang berisi air.

Min terus masuk ke dalam khemah dan mendapati bahawa Yoongi masih lagi tidur.

"Kau tunggu hyung.." kata Min sambil tersenyum sinis lalu perlahan-lahan tangannya ingin menuang air yang ada di dalam gayung itu ke muka Yoongi.

Tiba-tiba tangannya dipegang oleh Yoongi.

"Aku dah bangun.. Tak payah tuang air atas muka aku.." kata Yoongi lalu membuka matanya dan memandang Min.

"Err.. Bangunlah.. Yang lain dah tunggu dekat sungai tu.." kata Min dengan perasaan kecewa tak dapat nak kenakan si Yoongi tu.

Yoongi mengangguk faham dan keluar daripada khemah, Min juga turut keluar daripada khemah.

Mereka berdua berjalan ke arah sungai di mana ahli Bangtan yang lain sedang menunggu.

Sampai sahaja di sungai, Yoongi terus terjun ke dalam sungai manakala Min hanya duduk di tebing sungai.

"Min.. Kenapa kau tak mandi??.." soal Taehyung hairan.

"Kan aku dah mandi.. Buat apa aku nak mandi lagi?.." kata Min.

"Alahh.. Jomlah mandi sekali.. Nanti kau gantilah baju baru.." kata Jungkook selamba.

"Tak nak aku.. Aku bawak baju cukup-cukup je untuk tiga hari.." balas Min.

"Yelah tu.. Entah-entah kau takut nak mandi sungai sebab kau kan lebih pendek daripada Jimin.." ejek Seokjin.

"Taklah.. Manalah tahukan sungai yang korang mandi tu ada buaya ke~.." kata Min.

"Eleh.. Kalau buaya tu datang mesti dia tergoda tengok aku yang kacak lagi menawan ni.." kata Seokjin sempat juga memuji dan membangga-banggakan dirinya sendiri.

"Iya ke hyung?~.." soal Min sambil tersenyum sinis dan memandang ke arah Xin.

Xin menganggukkan kepalanya tanda mengetahui apa yang disuruh oleh adik kembarnya itu.

Xin mula menyelam dan pergi ke kaki Seokjin tanpa disedari oleh Seokjin.

"Betullah..~" balas Seokjin.

Xin memegang kaki Seokjin bagi membuatkan Seokjin terasa seperti ada sesuatu yang besar mengigit kakinya.

"ARGHH!.. Ada buaya!!.." jerit Seokjin dan berusaha untuk lari naik ke atas tebing.

Mereka semua ketawa terbahak-bahak melihat gelagat Seokjin yang sedang ketakutan.

Xin berdiri seperti biasa setelah kerjanya untuk mengenakan Seokjin telah selesai.

Seokjin memandang ke arah ahli Bangtan dengan pandangan yang pelik.

"Kenapa korang gelak??.." soal Seokjin hairan.

"Hyung dah kena tipu.. Haha.." kata Jimin masih lagi dengan gelak ketawanya.

"Tu lah hyung.. Lain kali jangan cakap besar.." kata Namjoon dengan sisa tawanya yang masih berbaki.


"Ok.. Semua pelajar yeoja boleh naik dan tolong saya siapkan sarapan.." arah cikgu JiHyo.

Pelajar yeoja beransur-ansur naik ke tebing lalu pergi menukar pakaian mereka dan terus menolong cikgu JiHyo menyiapkan sarapan.



~TBC~

Sorry kalau bosan.. Hope korang suka.. Author akan sambung di chapter seterusnya sebab author tak nak buat satu-satu chapter tu terlampau panjang.. Please vote and comment.. Enjoy your reading..

~MIANHAE~[slow update]Where stories live. Discover now