bab 4 memori duka

5.5K 143 15
                                    

Hari ini Aidan dan sarah akan bercuti atau senang dipanggil honeymoon.Tapi sarah meminta Aidan untuk menziarahi keluarga sebelah arwah ibu sarah di pinang tunggal kedah.Aidan dan sarah memilih untuk bercuti di cameron hingland.sebelum itu mereka akan tidur dirumah nenek sarah di pinang tunggal.
Perjalanan yang agak jauh tapi berbaloi,indah dengan sawah padi.Rumah nek jah ditengah sawah.Sampai disana Aidan terpegun melihat budak-budak berkubang ditaliair.Maklum musim ikan,air di ban kata orang utara, agak cetek.sampai didepan rumah,nek jah dh menunggu,masih kuat nek jah ni,walau usia hampir 65 tahun.Aidan yang tinggi lampai direnung penuh persoalan,"Hang bawa cina mana ni sarah mai rumah nek ni,dia jual penapis ayag ka? kalau dia jual,aku tak mau dah,nuu,dok ada paksu hang bubuh...aku tak pakai pun,tak reti aku"ujar nek jah sambil tersengih pada Aidan.Sarah juga terkejut,hampir meledak tawanyanya,tapi bila terpandang mata tajam,dan mulut Aidan yang memberi amaran jangan ketawa terus tertunduk sarah,cuba meredakan gelihati melihat muka Aidan yang dah merah padam."Nek ni suami sarah,Aidan...takkan nek dah lupa kot,kan dulu nenek dah tengok muka dia"ujar sarah.Nek jah terkelip-kelip merenung Aidan."Laa,laki sarah,dulu awat lain,dulu nampak gelap sikit,macam pakistan jual carpet,la ni ada janggut saja,paih tu putih melepak,hang makan qu puteh ka,lain sangat mata sepet macam cina"tukas nek jah dengan selamba.Aidan yang tak tahu nak bagi jawapan apa, cuma melopong,"aku dikata cina,apahal pulak aku nak makan qu puteh,apa kena nenek mertua aku adoiii,tension!!!"jerit hati jer la,nak bersuara takut terkejut pulak nek jah...hahaha.
"Tinggi sungguh laki hang sarah,rumah nek ni rendah,takut terantuk,maklum rumah lama,orang dalam rumah dulu,pendek-pendek saja,termasuk arwah tok wan hang,tak sangka dapat cucu menantu keturunan galah,kalau tau dah lama nek suruh tok wan hang buat rumah tinggi sikit,tak payah nak membongkok"bisik nek jah di cuping telinga sarah.sarah cuma tersenyum merenung aidan yang sedang berdiri diberanda merenung sawah terbentang...
"Abang..!!"sarah memanggil Aidan yang sedang merenung sawah,Aidan memalingkan muka dan tersenyum,nek jah pula turun kebendang katanya nak mengambil paku rawan dan kangkung untuk dimasak malam ini."Sayang,cantik kampong sayang...Aidan menarik tubuh sarah kedalam pelukkan dan mengucup ubun-ubun sarah'"Abang rindu,mummy dan papa,bila tengok sawah,rindu sangat sayang...my mum suka sangat kalau tengok sawah,waktu kami disabah...kenangan tu tak luput diingatan,abang rindu mereka sayang rindu sangat"bisik Aidan sayu...terasa hangat dahi sarah,rupanya Aidan menangis...tanggisan Aidan seolah-olah melepaskan kerinduan yang amat berat,sarah tahu...rindu pada yang tiada,amat sakit,ubatnya hanya menangis dan berdoa. kerinduan pada insan yang telah pergi dan tak kembali,adalah rindu yang tak mungkin akan terlerai biar bagaimana cara sekalipun....rindu yang tiada penghujungnya.
Kisah cinta Ammar dan Nisa...kisah cinta bapa dan ibu mertuanya,sungguh menghiris jiwa nurani Aidan suaminya.Sarah pernah melihat bagaimana gigih papa Aidan berjuang,untuk meneruskan hidup,selepas ketiadaan isterinya.Perginya isterinya seolah-olah membawa bersama jiwa dan cinta papa mertua nya,Aidan sering menangis bila membaca semula diari kisah hidup kedua orang tuanya.Dan Aidan sentiasa meminta untuk sarah bersabar,andai suatu masa mereka diuji,berharap sarah juga setabah mumy aidan,kerana hidup ini tak lepas dari dugaan yang tak terjangka oleh akal,kerana semuanya telah ditentukan oleh allah,setiap perjalanan hidup hambanya didunia ini.

:-) :-) :-) cuba sebaik mungkin...berharap anda terhibur...namun kesedihan tetap membelenggu jiwaku...kerana pemilik cerita ini,kian kritikal...moga allah mempermudahkankan...tabahlah...wahai sahabatku...dan untuk keluarganya,aku harap diberi allah kesabaran yang tinggi,biarpun jauh..aku selalu berdoa...moga yang baik2 buat semua...wassalam.
.

Demi  sebuah rindu 2(Aidan dan sarah)Where stories live. Discover now