Selepas solat maghrib,Aidan termenung di beranda depan rumah nek Jah.Otaknya ligat berfikir tentang dua orang gadis yang ditemuinya petang tadi.Tanpa sedar Sarah sudah berada di sebelahnya,dengan sebakul pelam muda,dan semangkuk sambal kicap. Sarah menepuk bahu suaminya,membuatkan Aidan tersedar...."Eh sayang,sampai sebakul sayang bawa kesini,ni nak makan ke nak telan?tanya Aidan dengan nada mengusik.Sarah tidak menyahut tumpuannya pada mangga yang ditangannya,dipotong dan dicelup dalam sambal kicap bercampur kicap,cili dan belacan.Bunyi kunyahan pelam yang ranggup membuat Aidan menelan liur berkali-kali,kecur tekak Aidan melihat Sarah yang khusyuk menikmati pelam tanpa mempedulikan Aidan yang merenungnya dengan mulut yang terlopong."Sedap ke?Aidan menyoal Sarah." Sedap..nah cuba?balas Sarah sambil memotong sedikit belahan pelam muda."Rasa nya macamana sayang?soal Aidan polos,memang dia tak pernah makan pelam muda,Lelaki tak minat sangat benda yang masam,yang minat masam ni kaum hawa ja...kalau ada yang minat pun mungkin tak banyak." Sweet sour...hot and spicy"ujar Sarah sambil tersengih,dalam hatinya memang sengaja nak kenakan suaminya,maklumlah Aidan ni lurus bendul...Aidan cuma mengangguk,dan merenung tangan Sarah yang sedang menyuakan potongan pelam yang sudah dicicah kicap cili,kemulut Aidan " Nahhh...cuba abg rasa,marverlous tak"?ujar Sarah sambil tersenyum.Mahu tidak mahu Aidan membuka mulutnya,namun bila masuk sahaja buah pelam tadi,muka Aidan sudah berkerut seribu,dengan lidahnya terasa panas,berlari Aidan kedapur mencari air dari peti sejuk.
Sarah yang menahan tawa dari tadi,terus melepaskan tawanya tanpa mempedulikan Aidan yang berdiri bercekak pinggang,dengan mata yang merenung tajam kearah Sarah,wajah Aidan yang sudah merah menyala,bukan sebab marah,tapi sebab kepedasan sambal cili kicap nek Jah.Nek Jah cuma mampu menggelengkan kepala,Sarah memang nakal,kalau kena anginnya.
" Sayangggg...malam ni abang nak sweet sour dengan sayang,hot and spicy pun nak jugak,period pun Tak pa sayang...tak semestinya satu jalan ja yang ada,tak boleh highway,kita guna jalan kampung,boleh kan"?tukas Aidan serius,membuat Sarah menggelabah,berdiri dan duduk serba tak kena,Aidan dah menggunakan kuasa vetonya...hukuman buat dirinya yang dah membuli Aidan untuk hari ini,"masa untuk membalas sayang....just for fun Kan?"bisik Aidan sambil menepuk-nepuk pipi dan bibir Sarah dengan lembut,satu signal yang memberi makna yang mendalam,membuat Sarah menepuk dahi beberapa kali....matanya melirik tubuh Aidan yang kian menghilang di balik dinding dapur." Awat hang dok tepuk dahi hang,nyamuk banyak ka?" Soal nek Jah baru menapak untuk masuk kedapur.
" Tak dak pa aih nek,cek lupa esok nak pi rumah bedah,minta paku rawan dengan keladi bendang,nak buat asam pedas campur ikan puyu yang Aidan cari tadi"ujar Sarah menutup perbuatannya,malu kot." Hmmm..tak pa la,esok hang singgah rumah busu,minta ubi kemili sekali,nek ingat nak buat gulai keli campog ubi kemili,hang kan suka gulai keli"ujar nek Jah sambil merenung wajah cucunya,Sarah cuma mengangguk,namun tiba- tiba perutnya menggelodak bila terbayang rupa ikan keli,bagai tak cukup tanah Sarah berlari turun kedapur terus ke bilik air, memuntahkan semua isi perutnya.nek Jah membuntuti langkah Sarah tadi kebilik air,perlahan tubuh Sarah diurut sebelum dia membawa Sarah duduk di kerusi dapur.muka Sarah yang pucat lesi,namun nenek Jah tersenyum " Hang dah berisi ni,hang jadi macam mak hang,mengandung tapi mai bulan,nek rasa esok pagi hang pi klinik dengan Aidan,cek dulu,takut sat gi jadi lagu lain" ujar nek Jah membuat Sarah tergamam,keliru....otaknya masih mencerna apa yang dikatakan neneknya sebentar tadi......takkan kot.....takkan sebab penangan sweet Dan sour Aidan kot....alahaiii....Hai semua...lama tak tulis story Ni,idea tak byk...author Cuba saja...sekadar hiburan okay...happy reading...
From me... orkedjingga95/EmaEmran95/villa Zaza with love/kuah Langkawi/16nov2019/6.11 ptg....
YOU ARE READING
Demi sebuah rindu 2(Aidan dan sarah)
Romancesambungan dari kisah Demi sebuah rindu,tentang kehidupan Aidan dan sarah serta adik-adik Aidan,perkahwinan tanpa cinta antara mereka.Bagaimanakah mereka menyusur liku dalam rumahtangga yang dibina,bila hadir suatu dugaan berat buat mereka berkaitan...