bab 7 kampung sarah

3.8K 125 8
                                    

Sarah termenung di jendela,Aidan pula dah macam  pesawah,membontot kemana saja nenek Jah pergi.Dari atas darat sampai turun kelopak bendang mencari ikan sepat,puyu,keli dan haruan.Dari kulit melepak dah jadi macam sawo matang,terbakar kerana Aidan kerap berjemur dengan Nek Jah.Aidan tak hiraukan langsung baik pacat mahupun lintah,seolah dia adalah anak kampung.Sarah cuma mampu ketawa melihat Aidan membajak bersama Tok Leman,mesin bajak beberapa kali mati,gara- gara Aidan yang tak pandai nak bawa.Kesian pulak Sarah melihat Tok Leman terbongkok-bongkok membetulkan mesin bajak.Aidan pulak hanya mampu melihat,apa dia tahu...kalau tanya pasal jarum suntik,ubat-ubat taulah dia...pasal mesin bajak mau rosak terus, kalau dia yang repair.Aidan tersengih macam kerang busuk, bila mesin bajak boleh hidup.Tok Leman dah tak bagi Aidan bawak,mau esok pagi pun belum tentu siap kalau Aidan yang bawak.Jadi kelindan  pun kelindan lah...asal boleh turun bendang,dah macam orang kemaruk tak pernah jumpa bendang..alahaiii.orang bandar jumpa bendang...hmmm.
Aidan tersenyum sambil menghulurkan baldi berisi ikan- ikan yang ditangkap di bendang.Nek Jah pula menghulurkan seikat kangkung bendang,dan pucuk paku rawan,dua biji mangga muda yang agak besar dihulur pada Sarah." Mana dapat ni Nek, pokok mana ni,nek ambik,sedap buat kerabu ni Nek"ujar Sarah,terasa pecah liurnya..."aduhai sedap kalau mencicah ni.."bisik hati Sarah.Nek Jah tersenyum"Tuuu,pokok tepi bendang,hang tak perasan lindung dengan bangsal padi,pi tengok petang satgi,la ni Nek nak pi ambik keladi sayog,kita buat asam pedas ikan puyu lawan dengan keladi sayog,ikan keli hang goreng boh lada,masak bagi garing,kangkung hang celog dah la,buat kerabu pelam,cukup dah...Aidan makan dak lauk lagu ni"?Soal Nek jah."Aidan makan Nek,tolak batu dengan kayu...orang pun Aidan makan Nek,"jawab Aidan sambil berseloroh.Sarah membulatkan matanya...baru nak buka mulut..." Dah pi masak..nak makan orang,hang tunggu malam,tunggu aku lena,geli telinga' aku dok dengar tikuih dok bunyi kat bilik hampa,aku dulu makan garam dari hang Aidan Oii,aku paham loyag buruk hang"tukas Nek Jah sambil menepuk-nepuk bahu Aidan.Termangu-mangu Aidan ... hehehe..dia ingat Nek Jah tak paham....kan dah kena serang hendap...sifu kot.
Makan malam mereka berselera,Aidan 3 kali menambah nasi,Tok Leman dan Nek Bibah isteri Tok Leman turut datang,seronok makan beramai-ramai.Tok Leman dan Nek Bibah tak ada anak,tapi mereka hidup bahagia.Sarah adalah anak angkat mereka.Setiap kali Sarah balik ke kampung mereka akan bermalam di rumah Nek Jah.
Aidan tersenyum menyambut tubuh Sarah berbaring di sebelahnya."Abang rasa seronok hidup disini,tenang,abang ingat nak cari tapak rumah disini,nak minta tok Leman carikan,sayang nak tak kita buat rumah disini"?soal Aidan sambil merenung jendela yang terbuka,pemandangan langit di balik tirai yang sedikit terselak."hmm...kerja abang macamana?soal  Sarah.Aidan terdiam...dan kembali merenung Sarah,'Sayang...bilik ni banyak tikus ke?soal Aidan polos,Sarah terbungkam,dalam hati tertanya-tanya" Dah kenapa laki aku ni,tanya pasal tikus,takkan nak tangkap tikus pulak kot" bisik hati Sarah."Abang tak puas ka tangkap ikan,nak tangkap tikus pulak!!"omel Sarah." Eh tak sayang,tadi siang kan Nek Jah cakap dia dengar bunyi tikus dari bilik kita,tu yang abang tanya"tukas Aidan.Sarah terlopong mendengar jawapan Aidan." Laaa..ingatkan abang faham maksud Nek Jah,rupanya blur juga laki aku"bisik Sarah perlahan sambil tersengih."Aidan yang baru mencerna maksud kata-kata Sarah,terus bingkas duduk"Sayang kata abang blur,memang nak kena denda,abang tak kira,nek Jah tidur atau terjaga,siapp sayang,biar runtuh rumah ni,ada ke patut abang yang kacak ni dikata blurr,jatuh saham abang tau tak"bebel Aidan sambil berbaring memeluk tubuh Sarah.Sarah tersenyum dan membisik ketelinga Aidan...."Tapi sayangnya Sarah tengah bulan mengambang"....Sarah ketawa perlahan dan kembali memeluk tubuh Aidan." Tapi kalau abang nak denda sayang jadi bantal peluk tak per kan"?bisik Aidan perlahan,sarah cuma mengangguk kan kepala.Aidan dan Sarah saling berpelukan,lena dibuai mimpi indah,moga hari esok lebih indah dari hari ini.....

Hai all reader,yang ni jer sempat update,maaf kl sedikit kurang isinya... hehehe... apapun..kira boleh lah yaa...happy reading all reader and my follower...thanks kerana sabar menanti.... selamat malam semua... semoga hari esok lebih indah dari hari ini.....good night and sweet dream....

Untuk semua...my favourite song...selamat malam cinta....night...🌹🌹🌹

Demi  sebuah rindu 2(Aidan dan sarah)Where stories live. Discover now