- Abah, Ayah, Papa...?
Pelbagai panggilan diberikan
Tetap kekal satu darjat.
Abah,
Seorang lelaki yang paling disayangi
Kuat berkerja, tidak mengeluh
Buat si anak dan isteri berteduh
Sanggup menjadi hamba dunia
Asalkan keluarga kekal bahagia
Umur meningkat
Waktu semakin singkat
Tiba sudah waktu untuk abah berehat.
Maafkan anak mu kerana lalai akan dunia.
Hanya memikirkan diri sendiri sahaja.
Terima kasih atas segala yang diberi.
Semoga abah kekal disyurga Ilahi.
+frenchkentang+
ANDA SEDANG MEMBACA
H A D A M
PoetryIa tidaklah semenarik yang anda sangkakan Tetapi, Cuba 'Hadam' apa yang anda bacakan. Completed 31/3/19 #Wattys2019
