Perbalahan lama diungkit semula.
Menjadi tajuk ketika berkata.
Perbalahan ibu bapa dilihat anak-anak kecil.
Menjadi tontonan harian dikala siang hari.
Berpecah belah semuanya musnah.
Akibat Ego tinggi membukit,
Semuanya salah tiada yang benar.
Tidak bersefahaman keluarga kucar-kacir.
Anak-anak terbiar, ibu bapa menyendiri.
Perasaan dipendam, tidak diluah.
Apabila berbincang tidak pula berkata.
Kata-kata yang keluar hanyalah ungkitan semata.
Berfikir matang wahai keluarga.
Jangan kerana Ego, musnah semuanya.
+frenchkentang+
ANDA SEDANG MEMBACA
H A D A M
ПоэзияIa tidaklah semenarik yang anda sangkakan Tetapi, Cuba 'Hadam' apa yang anda bacakan. Completed 31/3/19 #Wattys2019
