Batu

139 8 0
                                    

Batu.
Hati Batu.
Itulah aku.

Tisu.
Hati tisu.
Itulah kau.

Walau hati ini seperti batu.
Ia tidaklah sekeras itu.

Sama ada baik atau jahat.
Aku tetap ada perasaan.

Intan permata pilihan wanita.
Batu dijalanan menjadi pilihan ku pula.

Ramai mengangkat diri menjadi raja.
Aku hanya melihat sahaja.

Kerana, batu... tidak dapat berbuat apa-apa.

Lain dari itu, ia tetap berguna.
Tetapi dicampak apabila tidak diguna.
Dipijak apabila dibawah.

Hanya mengharapkan doa pada yang Maha Esa.

+frenchkentang+

H A D A MWhere stories live. Discover now