To open next chap: 10 vote & 10 comment.
✴ ✴ ✴
"Eh kat mana ni???" soal gadis itu.
"Cu dekat dunia yang penuh dengan imaginasi iaitu FANTASY WORLD."
"FANTASY WORLD??, FANTASY WOLRD, apa tu nek? Saya tak pernah dengar pun."
"'Maaflah, nek tak boleh bagitahu dekat cu. Nek harap kamu boleh tolong selesaikan masalah dekat FANTASY WORLD." pesan nenek tua itu.
"Kamu boleh selesaikan masalah di sana dengan kuasa kamu yang telah lama kamu pendamkan."
"Kuasa!!!"
"Nek apa kuas_"
Gadis itu terbangun dari tidurnya.
Dia melihat ke arah pergelangan tangannya. Terdapat sebuat tanda lahir berbentuk mahkota yang bercahaya terang.
Setiap kali dia mimpi, tanda lahir mahkota tersebut akan bercahaya.
TOK-TOK.!!
"Yu dah pagi ni." kata maid bernama Livia.
Pantas dia menoleh ke arah pintu yang diketuk oleh Livia.
"Ok aunty Via." balasnya.
"Asal aku selalu dapat mimpi macam ni?? Dan kenapa nenek tadi tu minta tolong kat aku ye?...Ehmm.." guman gadis itu.
"Eh! Jam berapa dah sekarang ni?" soal gadis tersebut lalu melihat jam di dinding.
'7.30 a.m.'
"What!! Aku dah lambat." katanya sambil laju mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik mandi.
Setelah beberapa minit, dia keluar dari bilik mandi lalu memakai pakaian seragam sekolahnya.
"Malaslah nak ikat rambut."
Rambut berwarna ungu asli paras pinggangnyanya hanya dilepaskan dan disisir rapi seperti selalu.
Hoodie berwarna putih dan labuh dari kepala sehingga paras lutut dipakai oleh gadis tersebut menutup mata pink gelapnya. Kemudian, dia mencalitkan lip balm Sky Girl di bibir pinknya.
Rambut depannya dikemaskan.
Seutas rantai berloket bintang yang mempunyai permata ungu di lehernya dimasukkan ke dalam hoodie putihnya.
Rantai tersebut tidak pernah dibuka dari lehernya sejak bayi lagi kerana rantai itu saja peninggalan dari ibu bapanya.
Setelah puas dengan penampilannya, dia pantas berlari turun ke dapur.
"Morning aunty." sapanya lalu minum sedikit tea bunga yang menjadi minuman kegemarannya.
"Morning too cupcake." balas wanita yang berusia 33 tahun itu.
Gadis itu hanya tinggal bersama seorang wanita yang bernama Chou Suzy iaitu adik kepada ayahnya iaitu Chou Jong Suk dan adik ipar kepada ibunya iaitu Park Shin Hye.
Orang tuanya telah lama meninggal dunia sejak usianya masih bayi.
Dia tidak tahu sebab apa ibu bapanya meninggal dunia. Dia pernah tanya dengan Suzy, tapi hanya dibalas dengan tangisan wanita itu malah dia tidak tahu muka omma dan appanya bagaimana.
Gadis itu hanya tahu yang omma dan appanya adalah orang yang baik.
Sejak itu dia tidak lagi bertanya tentang kematian ibu bapanya dengan wanita tersebut.
Dia takut akan melukai hati wanita tersebut kerana dia telah mengganggap wanita itu seperti ibu kandungnya.
Jadi, semua soalan yang ingin dia utarakan dekat wanita tersebut hanya dipendamkan olehnya.
Gadis itu melihat jam tangannya.
'7.50 a.m.'
"Bye aunty, Yu dah lambat."
Gadis itu mencium pipi wanita tersebut dengan pantas lalu menyarungkan kasutnya.
"Yelah, hati-hati tau!" pesan auntynya.
"Ok." balasnya pendek.
Penutup kepala hoodie itu dipakainya dan hanya dagunya saja yang di nampakkan.
Gadis tersebut keluar dari pagar 2 tingkat banglo tersebut lalu pantas berjalan kaki ke arah sekolah.
Di sekolah, dia diejek sebagai si pelik dan si misteri.
Oleh itu, dia tidak mempunyai seorang kawan pun malah dia selalu menjadi mangsa buli di sekolahnya. Bahkan dia bukan terlalu peramah kerana itu dia lebih suka bersendirian.
Tetapi dia tidak melawan kerana dia tahu masalah tersebut akan menjadi lebih teruk sekiranya dia melawan.
Lagi-lagi murid-murid yang membulinya adalah anak orang kaya. Bukan dia tidak kaya malah dia merupakan seorang anak jutawan tetapi semua itu dirahsiakan olehnya.
Banyak cikgu yang ingin membantunya tetapi mereka takut akan dipecat. Hanya kata-kata semangat yang dapat mereka berikan kepada gadis ini.
Mereka telah lama tahu identiti gadis ini disebabkan auntynya yang dikenali oleh semua orang pernah ke sekolahnya dulu.
Auntynya disegani manakala dia dicaci tanpa usul periksa disebabkan identitinya yang dirahsiakan olehnya.
Baginya sekolah merupakan tempat neraka baginya.
Disebabkan dia tidak mahu menyusahkan auntynya, dia sanggup memendamkan segala keperitannya dengan menangis seorang diri.
Dan nama bagi gadis tersebut.
Chou Tzuyu.
Nama bagi 'WHITE RIDING HOOD'.
✴ ✴ ✴
YOU ARE READING
[SU]WELCOME TO FANTASY WORLD
FantasíaApabila seorang gadis yang pelik, misteri dan penuh dengan imaginasi masuk ke dalam dunia yang penuh dengan fantasi. ✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴ WHITE RIDING HOOD. Nama panggilan bagi gadis misteri tersebut. Disebabkan perwatakannya yang pelik, dia selalu disisihka...