Story by Tengku_Ayara
Story Review by aishzy
Done baca tiga bab terawal.
Sukacita aku ingin maklumkan, aku bukanlah baik sangat. Aku cuma jujur. Setiap apa yang aku nak kata ni, tolong hadam baik-baik dan betulkan apa yang patut.
Pertama, cerita kau agak clisè. Hero dan heroin berlanggar antara satu sama lain dan si hero wujudkan pergaduhan. Hero minta ganti rugi sebab baju yang dia pakai, dia beli dekat Dubai. Ommo, apa ni?
Aku ternanti-nanti jalan cerita yang kau cuba sampaikan tapi aku dapat nothing. Kau cuma cerita tentang Irah dan abang-abang dia dan bab tiga baru wujudnya Fal. Ha aku tak berapa ingat nama watak ni sebab semuanya Tengku. Kau buat aku jadi pening lalat nak ingat semua.
Aku mula-mula terkejut Irah ni anak orang terkaya di dunia. Wah, kalau terkaya di malaysia boleh lah aku percaya lagi. Logik lagi tapi ni? Haih imaginasi kau sungguh kuat.
Kesalahan bahasa? Kesalahan ejaan? Terlalu banyak. Kau kena perbaiki lagi. Ni aku nak baca pun tak ada feel kot sebab semua berterabur.
Kalau boleh, lepas noktah tu, space lah. Bagi penulisan kau nampak kemas, ni aku tengok macam serabut dah semua tak jarak. Lepastu, kau jangan kerap kali guna shortform. Kau nak buat novel, bukan nak whatsapp dengan kawan-kawan kau.
Mayat² ❌
Mayat-mayat ✔Lagi satu, kau kena tahu nombor satu sehingga sembilan, kau nak type kena dalam perkataan bukan nombor. Itu apa yang aku belajar setakat ni. Then, tolong dalam penulisan kau tu, jangan selitkan emoji. Kau ada nampak ke dekat novel ada emoji lol? Tak ada kan? So, jangan acap kali pakai emoji sebab tak mendatangkan apa-apa.
Jalan cerita kau maybe bab seterusnya kau letak. Aku harap sangat kau boleh baiki. Kalau nak bagi penulisan kau nampak cantik, kau boleh baca book daripada penulis yang profesional. Contoh, macam book yang kitorang review sebelum ni.
Insya'allah itu dapat membantu kau. Tuje daripada aku, maaf terkasar bahasa. Mungkin kau baru lagi dalam dunia oren, it's okey aku faham.
Ps / dunia oren gila from faz cuteStory Review by putericoffee
Saya pun berlaku jujur , erm .. kau jangan terasa pulak tau .. cerita dia macam cliche pastu yg pasal perempuan terkaya di dunia tu ... hiperbola la weh , cover kau dah lawa weh cuba cerita tu kena banyak perbaiki lagi . Sesungguhnya aku tak pandai review book orang tau .. aku harap kau tak terasa tau wehh aku minta maaf sangat sangat . Tapi bab cast tu , aku suka yg Hermione awhhh cuteeeeeeeee . Ok tu jeee . Sorry again tau weh
Story Review by itsyaf
Cover anda sangat lawa. Aku serius tertarik dengan tajuk kau ; Miss Agent. Tak aku tak tipu. Bila baca sinopsis kau aku dah macam ermmm still okay lagilah. Ada lagi mood nak baca. Ada typo kat sinopis kau. Sahaja bukan aje .
Bab pertama kau kenalkan cast kau. Kalau nak kenalkan cast tu aku rasa kau patut letak semua gambar dia atau letak gambar hero dan heroin bukan kawan baik Irah. Kawan baik dia hanya watak sampingan. Aku baca okay siap vote lagi. Atau tak perlu letak gambar biar pembaca berimaginasi. Ha gituww
Bab kedua. Okay aku faham Irah ni dia seorang Agent dari TGIA tapi siapa Khai? Tu aku macam kena repeat banyak kali lah sampai faham but saya tak faham awak😭😭 saya suka book awak tapi saya blur. Kalau nak buat ayat macam ( sama-sama ) buat betul betul. Jangan shortform kan Sama². Saya jadi pening.
Lepastu adalah macam mistake typo. Kenapa masa saya tengah bacalah author menyibuk hahahahah😂. Jangan kacau saya dengan penerangan anda. Saya tengah syok. Ya saya faham awak. Tapi awak boleh letak gambar kalau nak bagi pembaca faham.
Actually aku dah skip buku tu pada bab last kau update. Okay aku tak faham apa jadi antara bab 4 lepastu sampai dia dah haaa tu. Aku buat buat fahamlah. Aku rasa ni short story je ni. Actually aku rasa kau ada bakat. Idea kau memang boek wei. Aku suka. Even pembaca macam aku pun suka tengok tajuk kau. Nak baca. Cuma betulkan typo anda.
Kalau kau masukkan feel, aku rasa book kau boleh dapat sambutan yang lebih meriah. Perbaiki dan anda pasti berjaya.
#syafhanyabuatreview
#jangankecamsaya
#katanakreviewjujur
#kenalahredha
YOU ARE READING
Review Your Book [ CLOSED ]
Non-FictionNak buku kau direview oleh kami bertiga? Come, tekan read dan isi maklumat yang kami mahukan. Buku anda semua amat dialu-alukan. Tetapi, hati perlu kental untuk hadap semua comment daripada kami. ©ACK18