#2

42 12 0
                                    

"H-hyung..."

Ditampar muka Baekhyun berkali kali. Namun Baekhyun hanya kaku. Capat cepat dia ambil telefonnya lalu menelefon ambulance.

"Yah, bangunlah! Jangan main main lah woi! Budak!! Yahhh!!!"dikejutnya Baekhyun dengan kasar. Tapi tetap tiada riak mahupun pergerakan.

Beberapa minit kemudian ambulance pun tiba.

---------------------------------------

Hospital

"Dia tak apa apa kan doktor?"tanya Taehyung sebaik sahaja Doktor Jung keluar dari bilik kecemasan. Mukanya kelihatan risau. Ada peluh di sebalik rambut yang menutupi dahinya.

"Dia okey. Cuma...saya nak tanya,,semalam Encik Baekhyun tak makan apa apa ke?"tanya Doktor Jung.

"Errrr...ada..tapi sikit jela...emm..dia kata tak ada selera"tipu Taehyung.

"Ouh..dia perlu makan tak kira apa apa pun"pesan Doktor Jung.

"Hah,one more thing, Encik Baekhyun ada jatuh kat mana mana ke? Ada kesan luka dekat dahi dia dan rasanya luka tu masih baharu"

Ouh. Luka itu. Baru Taehyung ingat tentang luka itu. Serta merta mindanya kembali mengingati kejadian yang berlaku di mana dia menolak Baekhyun sehingga luka.

"Encik Taehyung?"tanya Doktor Jung langsung mematikan lamunan Taehyung.

"Ya? Err...mungkin dia ada terlanggar bucu kot"tipu Taehyung

"Ouh. Kalau macam tu saya nak Encik Taehyung jaga dia sebaiknya. Luka kat dahi dia hampir dengan parut dia"pesan Doktor Jung lagi.

"N-nae..."jawab Taehyung.

'Parut?Baekhyun ada parut? Sejak bila?'desis hati Taehyung.

"Kalau macam tu,baiklah....Encik Baekhyun ada di wad 12 ya"kata Doktor Jung lalu pergi dari situ meninggalkan Taehyung yang terpinga pinga.

-------------------

TAEHYUNG POV

Aku tilik muka Baekhyun. Pucat macam tak ada darah. Kat dahi dia ada kapas. Untuk luka tadi mungkin.

Ouh. Cakap pasal luka aku teringat pulak parut yang Doktor Jung cakap. Dekat dengan luka. Hmm.

Perlahan lahan aku selak rambut Baekhyun. Memang ada parut. Parut tu macam dah lama. Dalam 10 tahun yang lalu mungkin. Parut kekal.

Setahu aku Baekhyun mana pernah kemalangan. Selalu terperap kat rumah. Keluar pon untuk pergi main atau siram pokok kat halaman rumah jek.

Kunci pintu pagar pulak kat aku. Tak mungkin dia panjat. Dengan akal bodoh macam ni. Haih serabut!

Aku berhenti dari menilik parut tu. Aku tenung muka Baekhyun lama lama. Suci. Macam tak ada sebarang dosa pon.

Tiba tiba aku jadi sebak. Aku tak tahu kenapa. Dia datang tiba tiba. Tanpa aku sedar aku pegang erat tangan Baekhyun.

Air mata yang bertakung capat cepat aku sapu. Aku duduk di bangku sambil main phone. Lama kelamaan aku tertidur.

✔MY HYUNG(Bbh,Kth)Where stories live. Discover now