#12

22 5 0
                                    

2 BULAN KEMUDIAN

CHINA
YIXING & BAEKHYUN

"Iching hyung... "panggil Baekhyun. Yixing pada ketika itu sedang menonton televisyen tersentak. Dia memandang Baekhyun dengan kerutan di muka.

"Kenapa??"dia kembali menatap televisyen yang memaparkan pertandingan bola keranjang. Dia memang minat bola keranjang.

"Baekkie nak tengok TV... "rengek Baekhyun. Yixing mengeluh sebentar.

"Baekkie... Tadi kan Baekkie dah tengok kartun. Ni hyung lah pulak. Tengok ni, Korea lawan China. Mana satu hyung nak sokong?"Baekhyun mencebik. Dia memandang ke arah televisyen. Matanya terbeliak apabila melihat satu figura yang sedang bermain.

"Tae-Taetae hyunggg"Baekhyun maju ke hadapan televisyen. Tanganya menyentuh permukaan televisyen apabila kamera menghadap ke arah Taehyung yang sedang mengelap peluhnya menggunakan tangan. (Sexyyyyyyyyyyyyy)

"Taetae hyung...... Iching hyunggg Baekkie nak Taetae hyung.... "rengek Baekhyun. Dia amat rindukan Taehyung. Walaupun Taehyung bencikannya dia tetap mahu berjumpa dengan abangnya.

Yixing hanya senyap. Dia melihat Baekhyun sedang menangis sambil menatap wajah Taehyung yang dihentikannya tadi.

Dia sudah tahu mengenai Taehyung. Dan dia memang sengaja mahu Baekhyun melihat Taehyung untuk kepastian. Dan sudah terbukti mereka adik beradik.

"Iching hyung.... Baekkie nak jumpa..... "

"Okay, kita jumpa Taetae hyung tu. Now, Baekkie pergi siap"Baekhyun terus berlari menuju ke arah biliknya. Tak sampai beberapa saat dia keluar dengan pakaian yang dibeli Yixing.

"Jom hyung. Nanti Taetae hyung lari... Dia tak suka Baekkie... "Baekhyun menarik tangan Yixing yang sedang mengambil kunci kereta. Televisyen pun dimatikan.

"Jom jom"

------------------

"Woi bape lama lagi nak termenung dowh?"Jungkook menepuk kuat belakang Taehyung namun langsung tiada reaksi dari lelaki kacak itu.

"Taehyung..... "panggil Jungkook namun masih tiada tanda tanda Taehyung sedar.

'Hish! Sebab kau aku kena guna cara gila ni'gumam Jungkook

"Oppa"Taehyung memandang Jungkook dengan muka jijik. Gila ke apa budak ni tetiba panggil dia oppa.

"Apa masalah kau gila? Eeee tetiba! Nightmare aku!"Jungkook mencebik.

"Kaulah dari tadi aku panggil bukannya nak layan. Termenung.. Jer"adu Jungkook.

"Aku sebenarnya rindu deng--"

"Taehyung, Jungkook jomlah. Game dah nak mula ni"panggil Chanyeol. Dia nampak berkarisma dengan pakaian bola keranjang. Menampakkan lengannya yang berotot itu. (Huwaaa nampak lgi sexy dowwh)

Prittt!!!

Dan perlawanan itu pun bermula.

--------------------

"Iching hyung lama lagi ke?"Baekhyun memandang Yixing dengan penuh harapan.

"Kejap lagi. Baekkie main phone dululah"Baekhyun mengangguk.

Tak lama kemudian mereka sampai di dewan yang digunakan untuk pertandingan bola keranjang.

"Alamak. Perlawanan dah habis pulak"kata Yixing perlahan. Mana taknya, orang ramai berpusu pusu keluar dari dewan. Ofkos la dah habis.

"Hyung.... "Baekhyun memandang Yixing. Baru sahaja Yixing hendak bercakap, Baekhyun sudah keluar. Yixing sudah kalut.

Baekhyun pula mencari cari keberadaan Taehyung. Wajahnya kelihatan amat teruja apabila matanya bertembung dengan orang yang dirinduinya. Dia tanpa menoleh terus melintas jalan.

"Taetae hyung!!!"

"Baekhyun jangan!!"

Pinnn!!!!!

Yixing yang baru keluar dari kereta terbeliak mata memandang keadaan Baekhyun yang sudah berbaring di atas jalan raya. Darah pekat mengalir dari kepalanya.

Dia terus berlari ke arah Baekhyun. Air matanya tumpah. Orang ramai yang mengelilingi Baekhyun itu menyukarkannya untuk melihat kearah Baekhyun secara dekat.

"Bae-Baekhyun.... "tangisan seorang lelaki menyentakkannya. Taehyung.

"Baekhyun bangunlah jangan macam ni"Yixing memandang ke arah lain. Air matanya masih mengalir lebat.

Taehyung pula sudah menangis teresak esak. Kepala Baekhyun dipangku di atas ribanya.

"Someone call ambulance please"pinta Yixing. Tanpa buang masa, seorang perempuan China mengeluarkan telefonnya dan menelefon ambulans.

"Baekhyun jangan main main lahh"

"Taehyung"Taehyung mengangkat mukanya.

"Jungkook... Baek-Baekhyun di-dia"Jungkook memejam matanya. Hatinya bagai disiat siat apabila melihat orang yang paling disayanginya begini.

Ambulans pun tiba. Mereka pergi ke hospital berdekatan.

------------

2 TAHUN KEMUDIAN

Kelihatan seorang lelaki bersut hitam berdiri di hadapan sebuah tempat penyimpanan 'abu' seseorang yang amat disayanginya. Di sebelahnya seorang perempuan berpakaian pengantin. Ya, hari ini adalah hari di mana mereka sah menjadi suami isteri.

"Hyung... Hyung sihat je kan kat sana? Tae doakan hyung selamat kat sana"air matanya mengalir lebat.

"Hyung, sebelah Tae ni isteri Tae. Kang Hyewon. Sekarang dah Byun Hyewon. Cantikkan?"Hyewon mengalihkan mukanya ke arah lain. Tak sanggup melihat adegan sedih itu.

"Hyung, tunggu Tae kat sana ya? Tae sayang hyung sangat sangat"

"Hyung jangan lupa masuk dalam mimpi Tae pun tau"

"Hyung, Tae sa--"

"Taehyung!"Taehyung mengalihkan mukanya. Dia memandang ke arah manusia yang memanggilnya. Air mata dikesat.

"Ouh, Jungkook"Jungkook memandang sayu ke arah Taehyung.

"Aku pun rindukan hyung juga... "Jungkook menangis. "Mesti Best kan kalau kita boleh bermain sama sama lagi ta--"amat sukar dia mahu meneruskan kata katanya. Ini kerana di antara kawan kawan yang lain dia paling rapat dengannya.

"Tapi hyung dah pergi tinggalkan Kookie. Hyung jahat!"Taehyung memeluk Jungkook yang sudah teresak esak. Hyewon turut menangis.

Apabila tangisan Jungkook dan Taehyung reda, mereka memberi penghormatan terakhir.

"Jumpa di sana ya Park Jimin"

✔MY HYUNG(Bbh,Kth)Where stories live. Discover now