#4

47 10 0
                                    

Keesokkannya

2.30p.m

Taehyung pulang ke sekolah dengan muka letih. Baekhyun sudah keluar dari hospital semalam jadi bolehlah dia sekolah harini. Tak sangka banyak kerja rumah yang menantinya.

Aish! Sebab Baekhyun lah dia kena buat kerja lebih. Nasib baik cikgu nak lama lagi.

Taehyung melirik ke arah jam tangannya yang sudah digunakan lima tahun. Pukul 2.35 petang.

Tok! Tok!

Pintu rumah diketuk menghentikan lamunan Taehyung. Cepat cepat dia buka. Sempat dia melirik Baekhyun yang khusyuk menconteng buku kosong yang memang penuh dengan 'karya' Baekhyun.

Sebaik sahaja pintu dikuak,muka dua orang gadis cantik menyapa matanya. Adik beradik mungkin.

"Siapa??"tanya Taehyung lalu memandang salah seorang perempuan yang lebih pendek berbanding yang lagi satu.

"Oh. Hai! Saya Yeri. Kim Yeri dan ni unnie saya Taeyeon. Kim Taeyeon. Kami jiran baru awak"kata Yeri ceria sambil tersenyum dan menampakkan eyesmile nya. Taeyeon disebelahnya hanya senyum.

'Cantik gila ciptaan Tuhann'bisik hati Taehyung. Dia berani bersumpah yang dia sudah jatuh cinta dengan gadis bernama Yeri itu. Cinta pandang pertama.

"Awak?"suara Yeri itu menyentakkan Taehyung yang sedang mengelamun dia dan Yeri sedang...adalah! Hiksss ~^O^~

"O-oh...j-jemput masuk"kata Taehyung kekok. Tuhan je tahu betapa malunya dia. Dia jamin yang muka dia bertukar merah sekarang.

"Oh. Ni omma saya ada buatkan makanan untuk awak"kata Yeri sambil menghulurkan bekas makanan berwarna biru.

"T-thanks. S-saya Taehyung"balas Taehyung kekok. Baru dia teringat Baekhyun sekarang. Apalah yang dia buat sekarang? Baru tadi dia lihat Baekhyun menconteng buku kerjanya. Tapi bila dia lihat meja kecil Baekhyun itu tadi semuanya sudah bersih.

'Mana budak tu pergi?'desis hati Taehyung risau. Yelah..kang tak pepasal masuk hospital balik kang. Eii memang tak lah dia nak lawat Baekhyun sentiasa.

"Ahh!!"jeritan Taeyeon membuatkan Taehyung tersentak. Bunyinya macam datang dari dapur. Tebeliak matanya apabila sampai di dapur.

"Sape dia ni hyung?"tanya Baekhyun yang tak sedar dirinya dalam keadaan....



TELANJANG.

Ok kidding. Keadaan Baekhyun yang hanya memakai boxer. Ditangannya ada selimut gambar pororo. Mungkin Baekhyun baru bangun tidur dan pergi ke tandas yang bersebelahan dapur.

"Hyung!"panggil Baekhyun lagi. Taehyung yang baru tersedar cepat cepat menutup badan Baekhyun dengan selimut pororo tadi.

Dilihatnya pula Taeyeon dan Yeri yang menutup mata. Kelakar pula dia melihat gelagat adik beradik itu.

Diarahnya Baekhyun masuk bilik dan memakai baju. Siap sahaja Baekhyun memakai baju dengan pertolongan Taehyung, mereka pergi ke arah adik beradik perempuan tadi.

"Dah..dia dah pakai baju. Jangan risau"kata Taehyung lalu perlahan lahan menarik tangan Yeri ke bawah.

"Haih..."keluh Taeyeon.

"Baekkie minta maaf"kata Baekhyun yang muncul ntah dari mana.

"Ahh!"Taeyeon yang terkejut lantas memeluk erat Baekhyun.

"Erk...noona..."Taeyeon yang tersedar cepat cepat melepaskan pelukan itu. Pipinya memerah tanpa malu. Mana taknya dia lah orang pertama yang lihat Baekhyun dalam keadaan separa telanjang. Kemudian Yeri datang dan lihat perkara yang sama.

Kini,mereka berempat duduk di ruang tamu. Suasana sepi...sebelum Yeri memecahkan kesunyian dengan soalan KBAT pada pendapat Taehyung.

"Erk.. Taehyung...kenapa awak tak beritahu yang awak ada adik?"tanya Yeri. Taehyung berdiam diri sebelum mengarahkan Baekhyun masuk ke dalam bilik.

"Saya akan beritahu... Tapi jangan beritahu sesiapa. Ini rahsia antara kita bertiga dan kawan kawan saya. Baekhyun pun tak tahu pasal ni"kata Taehyung serius.

"Ok. Janji tak beritahu sesiapa"janji Yeri dan Taeyeon serentak.

"Ok.. Ceritanya macam ni...."

TBC

HEHE... PASNI... SEBAHAGIAN RAHSIA AKAN TERBONGKAR. TAPI RAHSIA TAK BESAR. ADA RAHSIA LAGI LAGI LAGI LAGI LAGI LAGI LAGI LAGI LAGI LAGI BESAR. HIKS😝








✔MY HYUNG(Bbh,Kth)Where stories live. Discover now