Bab 6 Mafia??

107 11 21
                                    

Itu dia Rai sedang jalan di pinggir kota. Apa yang di cari tu?

Rai : aduh sesat pula. Mana satu jalan ni? Nak call Suki dia sekolah pula. Kenapa la tak ada signboard yang khas untuk aku balik?

P/S : laaa sesat rupanya.

Sedang dia berjalan mencari arah dia terlihat seseorang di balik tong sampah. Seseorang sedang bersembunyi di situ.

Rai : hello? Buat apa tu? Main sorok-sorok tak ajak.

Orang itu tidak menyahut. Rai pun terus pergi ke situ.

Rai : laa budak perempuan rupanya. Apa kau buat kat sini?

Seorang budak perempuan dalam lingkungan umur 15 tahun di situ. Memakai pakaian kimono. Rambut diikat ke belakang.

Sara : jangan tangkap saya. Saya tak nak kembali lagi.
Rai : apa kau merepek ni? Aku bukan nak main sorok-sorok.
Sara : abang bukan mafia yang nak tangkap saya ke?
Rai : haaaa!! Mafia?!! (Terperanjat)
Sara : hmm. Baju abang macam mafia.
Rai : ni pakaian rasmi aku.
Sara : ye ke?
Rai : dah! Mana ada mafia kat malaysia ni. Jom ikut aku makan.

Rai selalu memakai baju kemeja seperti pekerja pejabat. Siap kot berwarna biru.
Mereka pun pergi ke kedai makan. Sara mengikuti Rai dengan rapat di belakang nya kerana takut.
Setelah selesai memesan makanan, Rai bertanya...

Rai : apa nama kau?
Sara : nama saya Sara. Nama Jepun Sora.
Rai : sora ai ke?
Sora : bukan!
Rai : oh ok ok. Kenapa ada nama jepun?
Sara : sebab saya duduk sana. Mak saya melayu manakala bapa saya orang jepun.
Rai : ohh macam tu.
Sara : ibubapa saya bercerai masa saya berumur 8 tahun.
Rai : (aku tak tanya lah bangkai)ohhh..
Sara : hak penjagaan jatuh kepada bapa saya. Dia bawa saya ke jepun tapi semua tak berakhir dengan baik. Bapa saya menjual saya kepada mafia setelah bisnesnya muflis. Saya di jaga oleh ketua mafia dia sana. Tapi mereka hari ni ada urusan perniagaan di sini. Jadi saya ambil kesempatan untuk lari. Saya nak cari mak saya.
Rai : ohhhh. Sebab tu kau duduk dekat tong sampah. Haaa jadi.

Rai tiba-tiba menyorok bawah meja.

P/S : memalukan.

Habis sahaja makan, Rai pun beranjak dari situ. Tetapi Sara mengikut Rai.

Rai : laa kenapa kau ikut aku ni?
Sara : orang tu cakap kalau dia datang kat kita bermakna orang tu baik.
Rai : itu untuk kucing! Kau kucing ke?
Sara : saya tak tahu. Meow!
Rai : pasal kau mengiau pula ni? Syuh syuh, jangan ikut aku.

Kemudian datang beberapa orang menarik tangan Sara.
Mereka bercakap dalam bahasa jepun.

Rai : yamette!!
Mafia 1 : nanda?!
Rai : (nasib aku tahu sikit-sikit cakap jepun)kakaroto!!
Mafia 2 : ??

Sara bercakap dengan mereka dan tiba-tiba mereka tunduk hormat kepada Rai dan berlalu pergi.

Rai : tahu takut... Hei apa kau cakap kat diorang?
Sara : saya cakap abang ketua mafia dekat sini. Tapi kalau mereka bagitahu dekat bos mereka dan dapat tahu abang bukan mafia mungkin abang kena kerat 8.
Rai : apa?!

Rai terus bersembunyi di tong sampah.

Rai : sara? Kau buat apa lagi tu? Nak kena kerat 8 ke?
Sara : penakut.

Ketakutan Rai hilang begitu saja. Mereka pergi ke tempat ramai orang.

Rai : kalau kat sini kita selamat.
Sara : wahh abang nak ni?
Rai : apa?
Sara : patung kucing ni.

Rai pun membelikannya.

Sara : abang nak makan ni?
Rai : apa?
Sara : chicken chop cheese.

Rai tetap membelikannya.

Sara : bang nak beg tu.

Sedar tak sedar Rai telah menghabiskan banyak duit.

Rai : eh jap? Kenapa aku kena beli semua barang ni? Kau santau aku ke?
Sara : tak ada pun
Rai : dah! Jangan nak ni nak itu. Aku tak banyak duit yang tinggal. Ingat aku ni bank peribadi kau ke?
Sara : memang pun.

Kemudian Suki menjumpai mereka.

Suki : master?!
Rai : datang pun kau. Kenapa tak tukar baju sekolah?
Suki : tadi master mesej ada hal mendesak, saya terus cari master.
Rai : oh ni..
Sara : saya sar...
Rai : aku sesat. Tolong tunjukkan jalan.
Suki : ni siapa? Macam orang jepun dah.
Rai : kacukan.
Suki : comel juga.

Mereka berpandangan sesama sendiri.

Rai : (menjeling) haaa start dah drama kacukan cinta. Woi!
Suki : oh nak balik kan.

Suki menunjukkan arah. Tetapi di pertengahan jalan banyak kereta datang berhenti mengejut depan mereka.
Ya, itu geng mafia.

Bos : apa kau buat dengan anak aku?
Rai : hah anak?
Sara : bukan anak sebenar.
Suki : oh bukan anak sebenar
Bos : pulang kan sora semula.
Suki : master? pandai pula orang jepun ni cakap melayu ye?
Rai : oh dia orang niaga. Kenalah pandai banyak bahasa.
Bos : aku bagi kau peluang! Lepaskan dia.
Rai : ha ye ye. Ambil lah dia. Jom Suki.
Sara : a-bang?
Suki : master?

Rai terus meluru pergi meninggalkan sara bersama geng Mafia.

Sara : .....(menangis teresak)

Mereka berdua sampai di rumah/pejabat. Sewaktu mereka ingin menaiki tangga.

Suki : master? Tak apa ke tinggalkan dia? Dia nak jumpa mak dia. Dah lama terpisah.
Rai : itu bukan urusan kita.

Mereka masuk dalam pejabat. Rai terus mengalihkan sebuah bingkai gambar.

Suki : peti rahsia?
Rai : ni rahsia. Kalau kena curi barang aku , kau lah orang pertama aku cari.

Rai membuka peti rahsia itu. Suki terpana melihat isi di dalamnya. Banyak berlian dan permata.

Suki : master sebelum ni merompak ke apa?
Rai : suka suki kau je. Nama dah la suki. Aku sekeh kepala kau jadi sukati pulak.
Suki : maafkan saya Master.
Rai : ni hasil dari duit kerja aku selama ni. Setiap kali cukup, aku beli belian. Dengan itu orang tak nampak aku macam banyak duit.
Suki : wah, bijak. Dengan itu kita boleh jimat ruang. Tapi nak buat apa Master ambil sebahagian nya ni?
Rai : beli dia...

Rai dan suki terus mencari Sara.
Di suatu tempat....

Bos : berani betul kau larikan diri.
Sara : saya rindu dengan mak saya.
Bos : mak kau dah mati!
Sara : tidak! Selagi tak da pusara mak saya, saya tak kan berhenti mencari.

Salah seorang mafia masuk dalam ruangan tersebut dan memberitahu ada orang yang ingin berjumpa.

Rai : aku lah orang itu.
Sara : Abang ?
Bos : kau nak apa?
Rai : dia adik aku yang dah lama menghilang.
Bos : apa?
Rai : ya pulangkan dia. Atau aku akan....

Rai menyeluk sakunya

Bos : tolong jangan kerat 8 diri ku ini
Rai : apa? Aku nak beli dia kalau kau tak nak serah kan dia elok.
Bos : berapa ni?
Rai : 2.6 juta. Kalau tukar ke yen. Dalam errr berapa yen suki?
Suki : dalam maksud nya tu.
Bos : ahh tak kisah! Aku terima. Haa sora. Ikut abang kau.

Mereka kemudian nya keluar dari tempat itu.

Sara : betul ke abang ni abang saya?
Rai : eh kau ni .. mesti lah tak.
Suki : sekarang dia nak duduk dekat mana?
Rai : dia akan duduk dengan aku. Aku akan claim dia sebagai adik angkat aku.
Suki : baiklah jika master cakap macam tu.

Padahal...

Rai : (aku teringin rasa masakan Jepun)hahaha ketawa jahat.
Suki : gila master ni.

P/S ; bab kali ni terlalu simple.. booooooooo Rai!!!!

Rai : aku nak makan. Jom kita makan.!!
Suki : tak sempat aku nak halang.
Rai : apa?

Bersambung....

Rai, Stupid Detective (SD)Where stories live. Discover now