Bab 9 Bertolak Ansur (Part 2)

74 11 0
                                    

Dengan itu, Rai menyoal siasat Farid, suspek dalam pembunuhan 3 mangsa iaitu sahabatnya sendiri.

Rai : kau ke yang membunuh kawan-kawan kau?
Farid : bukan aku. Aku di aniayai. Tak mungkin aku membunuh mereka.
Rai : dia mana kau semalam? Pukul 9.30 malam?
Farid : aku kerja. Rakaman CCTV buktinya.

Rai memandang ke cermin sisi itu mengisyaratkan kepada Liza untuk periksa.

Rai : kau tahu kenapa mereka di bunuh?
Farid : aku tak tahu. Kami tak ada buat salah apa-apa. Memang lah kami nakal dulu tapi kami tak buat benda yang menyakiti orang lain.
Rai : ........ Nakal macamana tu?
Farid : nakal biasa kacau orang tapi mereka tak ada yang marah atau menangis. Mereka tertawa.
Rai : macamana dengan orang yang kau kacau?
Farid : mereka biasa nya mengingatkan kami jangan kacau mereka. Itu saja. Encik, kami masih tahu beza buli dengan nakal.
Rai : ermm apa benda yang .....

Suara dari pembesar suara terdengar.

D. Liza : Rai, dia berkata benar. Semalam dia bekerja lebih masa. Rakan-rakan sekerja nya juga menyokong kenyataan dia.
Rai : ohh terima kasih Lizard.
Farid : hahaha. Itu perkara paling nakal. Main-main dengan nama orang.
Rai : kau diam !! Kau nak kena makan piranha ke?
Farid : ok ok. Sorry.
Rai : apa benda yang paling nakal kau pernah buat?
Farid : errrr.. terlalu banyak. Aku tak dapat ingat.
Rai : ingatlah~~~~bayangkan~~pergi ke masa lalumu~~~
Farid : ermmm .

Farid cuba mengingat sambil memejam matanya.

Farid : erghhhh....
Rai : ingatlah~~~~~...
Farid : ah ! Dah ingat! Kami pernah buat tak tahu.
Rai : itu benda paling nakal kau buat?!!!! Kalau macam tu aku korek hidung ni kira nakal ke apa? Hah?
Farid : aku tak habis cakap lagi!!
Suki : hei master master. Tak pernah nak dengar habis perkataan orang.
Rai : aku dengar. Yang kat dalam tu nak kena makan ikan piranha ke?
Farid : kami buat tak tahu masa ada ambulan minta beri laluan.
Rai : hah? Bila tu? Ingat cepat!
Farid : jap.. erghhh (pejam mata)...
Rai : tunggu kau ingat baik aku keluar beli kopi dulu.

Rai pun keluar dari situ. Dia pergi kedai kopi berdekatan dengan balai polis itu.  Dia terlihat seseorang yang tak berhenti memandang balai polis.

Rai : urmm, mungkin itu benda paling nakal dia buat. Ah biarlah..

Rai pergi ke rumah urut untuk mengurut badannya yang sakit akhir-akhir ini. Kemudian dia pergi ke Cyber Cafe.

Rai : woi, pubg jom.

"jom!!!"...

Dia sempat bermain game dia situ. Setelah beberapa jam dia kembali ke ruangan tahanan di balai polis itu.

Rai : laaaa masih fikir ke?
D. Liza : ya dari tadi. Kopi yang kami bagi pun dah 3 cawan tu.
Suki : master pergi mana lama-lama.
Rai : ohh tadi ada peragut. Aku kejar orang tu hidup-hidup. Best juga dapat pukul. Yang kesian nya tu peragut tu ragut tali dari Handbag je.
Suki : aik kenapa pukul?
Rai : tu kan cara nak bagi dia sedar.

Mereka menjeling pada Rai.

Rai : (sekurang-kurangnya aku berjaya menipu mereka)

Mereka menunggu terlalu lama, kemudian..

Rai : jap eh..

Setengah jam kemudian Rai masuk ke dalam ruangan itu dengan membawa akuarium yang di dalam nya ikan piranha.

Farid : ok!!!! Dah ingat!!
Rai : baru nak tengok ikan ni makan kaki. Alaaa...
D. Liza : Bila?
Farid : waktu itu kami masih belajar di kolej. Sem 4 tak silap aku dimana tahun 2010 bulan 4. Yang lain tak ingat.
Rai : ouh dapat juga aku tengok ikan ni makan.
Farid : aku tak ingat apa-apa lagi lah bangkai!!!!
Polis 1 : kami dapati ada seseorang yang mengintip balai ini dari beberapa jam yang lepas.

Mereka bertiga keluar dan Detektif Liza terus berlari ingin menangkap orang itu.

Rai : aduh nak kena berlari ke?

Mereka mengejar orang itu namun terlepas.
Kecewa.

Polis 2 : hasil dari rakaman CCTV tadi kami dapat mengenal pasti wajah. Orang itu bernama Aman. Rekod jenayah bersih. Pada tahun 2010, isterinya kemalangan dan di kejarkan ke hospital tapi tak sempat. Isterinya meninggal dunia di pertengahan jalan.
Rai : akhirnya semua masuk akal. Ini sebuah cerita yang menarik. Kamu tahu mana alamat itu?
Polis : ya.
Rai : kami berdua akan pergi ke sana dulu. Kamu semua bersiap sedia di jalan-jalan.
D. Liza : aku ikut.

Malam itu, pihak polis mengepung rumah Aman.  Rumahnya gelap gelita. Rai dapat masuk dengan memecahkan tingkap kaca di rumah itu. Mereka masuk ke bilik dan membuka lampu. Ternyata memang Aman lah pembunuh itu. Wajah mangsa bertiga tertampal banyak di dinding bilik. Malah wajah Farid turut ada.

Suki : jadi tujuan dia mengintip balai polis tadi adalah ingin menunggu Farid keluar dah membunuh nya.
Rai : ya. Tidak syak lagi.

Tiba-tiba..

D. Liza : err Rai?

Mereka menoleh kebelakang.

Rai : liza?!!
Aman : kau ingat aku nak berdiam diri? Aku tak kan berhenti selagi tak bunuh orang terakhir yang menyebabkan isteri aku mati!
Rai : sabar Aman.

Aman menahan Detektif Liza dengan pisau di lehernya.

Suki : aman jangan. Kalau macam ni kau akan lebih teruk
Aman : apa bezanya? Hukuman aku tetap sama. Aku dah bunuh tiga orang hahaha.
Rai : tolong lepaskan dia. Dia tak ada kena mengena dengan hal ini.
Aman : bawakan aku budak terakhir tu!!!
Rai : kenapa?
Aman : kenapa kau tanya? Di sebab kan mereka berempat lah isteri aku mati!!! Tak sempat bawa ke hospital. Isteri aku sedang nazak. Kau bayangkan lah macamana rasa nya bila orang tak mahu alihkan kenderaan mereka. Kalau tak di sebabkan mereka, kami mungkin sudah ada anak!! Di sebabkan mereka tak bertolak ansur lah aku jadi macam ni!!!

Bang!!

Aman mati di tembak di kepala. Beberapa hari kemudian, tiada satu pun polis mengatakan yang mereka ada arahkan menembak di kepala. Siapa orang yang membunuh Aman?

D. Liza : aku masih terkejut Aman tiba-tiba mati. Entah siapa yang menembak?
Rai : aku tak tahu. Yang penting semua selamat.

Rai seorang diri pergi berjumpa dengan banduan bernama Halim.

Halim : Rai ? Kau buat apa jumpa aku? Kenapa? Ika ada buat apa-apa salah ke? Ada orang bunuh mereka?
Rai : aku tak cakap apa-apa lagi kau dah cerita tentang pembunuhan. Kenapa ? Kau takut seseorang yang berbahaya membunuh keluarga kau?
Halim : err tak ada apa-apa...
Rai : cakap Halim .. bukan kau yang merancang pembunuhan pak cik din tu kan?
Halim : ......

Halim berdiam diri. Dia seperti takut ingin mengungkapkannya. Kemudian dia tertawa sendiri...

Halim : hahahaha. Apalah aku ni. Cakap ke tak aku tetap mati..
Rai : apa maksud kau ni?
Halim : janji lah dengan aku yang kau akan bantu keluarga aku.
Rai : ya. Bagi aku info.
Halim : ada seseorang ni. Dia pembunuh yang profesional. Dia siap menolong orang untuk membunuh. Dia membunuh orang yang bersalah. Bukan kah itu baik? Hahaha .. tapi jangan sesekali ungkapkan siapa dia.
Rai : siapa dia? Cakap...
Halim : (tersengih)nama dia Qarin..
Rai : Qarin?

Halim tiba-tiba muntah darah dan rebah dari tempat duduknya.

Rai : halim!!!! Penjaga!!!

Bersambung....

Rai, Stupid Detective (SD)Where stories live. Discover now