Bab 12 Kisah Qarin

73 10 4
                                    

Di Kafe itu, Nidal terpandang seorang gadis memakai baju kurung. Orang nya cantik dan juga manis.

Bal : woi.. tengok apa tu?
Nidal : boleh tahan dia tu.
Bal : haa dah tiba masa kau berkahwin. Nanti lambat dapat jodoh.
Nidal : eh kau ni.. apa ada kat aku ni? Orang biasa je.
Bal : rendah diri sangat. Kau usahawan kaya! Baik dan handsome. Semua orang suka Nidal. Cuba lah pergi sana.
Nidal : ahh tak nak lah.. malu aku. Aku datang sini nak makan.

Makanan pun sampai ke meja. Selepas mereka makan dan mahu beranjak pulang, kawan kepada gadis itu menegur mereka.

Lia : hai! Errr kawan saya berminat dengan encik tapi dia malu.
Nidal : ah? Ye ke?
Bal : kau tengok.. malu lah perempuan start dulu.
Lia : saya Lia dan dia Nadia.

Nidal memandang wajah Nadia dari jauh yang malu-malu kucing.

Nidal : errr ye lah.
Bal : aik? Tu je?
Nidal : balik jom. Mereka ni pisau cukur je ni.
Bal : hah?

Mereka pun beranjak. Lia pergi ke arah kawannya.

Lia : wei dia kata kita pisau cukur.
Nadia : jual mahal ya.
Lia : esok makan sini lagi.

Ternyata benar dugaan Nadia. Nidal pergi ke Kafe itu lagi pada esok hari.

Nadia : kenapa datang sini?
Nidal : nak makan lah. Tak kan nak mandi.
Nadia : loyar buruk.
Nidal : errr saya sebenarnya malu. Hehehe..
Nadia : dah agak.

Mula dari situ mereka rapat dan selalu bersama. Berkongsi minat dan rahsia. Saling memahami. Hasil dari perkenalan yang singkat itu, mereka terus berkahwin dan bahagia.

Nidal : macamana? Ok tak rumah ni?
Nadia : besar betul.. haha..
Nidal : awak nak honeymoon dekat mana?
Nadia : pilihan abang lah.
Nidal : awak lah..
Nadia : italy lah. Kita pergi vince.
Nidal : sukatilah mana pun. Janji awak suka.

Begitulah layanan Nidal pada isterinya Nadia. Sentiasa memanjakannya. Tidak pernah sekali dia menolak permintaan isterinya. Kerana dia selalu membaca buku yang lelaki harus tunaikan permintaan isteri. Dia tak pernah marah sekalipun Nadia buat salah. Dia tak menegur malah dia hanya biarkan sambil berkata 'tak apa'.. dia selalu senyum. Ramai orang mula bercerita tentang mereka di tempat kerja. Nadia sungguh beruntung memiliki Nidal.

Beberapa bulan kemudian, Nidal sudah mula bekerja. Dia agak sibuk menguruskan syarikatnya yang semakin bertambah maju. Sekiranya ada kerja luar, dia tak pernah lupa untuk membawa isterinya. Bal orang paling rapat yang dia percaya untuk menjaga syarikatnya itu.

Nidal : sejak akhir-akhir ini kau asyik hilang je.
Bal : ye ke? Mana ada.
Nidal : ohh dah ada awek eh?
Bal : haha boleh di katakan macam tu. Aku memang tak boleh simpan rahsia dengan kau.
Nidal : haha hebat juga aku ni.

Hari itu, dia pulang ke rumah. Dia melihat isterinya memakai baju yang agak seksi. Tapi itu perkara biasa yang di lakukan isteri untuk suaminya.

Nidal : happy semacam je?
Nadia : biasalah abang. Besok cuti. Nak main tenis tak?
Nidal : boleh juga.

Begitulah kehidupan mereka seharian. Aman dan damai. Tiada pergaduhan mahupun pertengkaran. Suatu hari di pejabat, Nidal mencari-cari kelibat Bal.

Nidal : dia ni nak keluar bukan nak bagitau semenjak dah ada awek ni. Apa lah dia ni.

Pun begitu dia tak berani nak memarahi sahabatnya. Rakan sekerjanya menunjukkan wajah yang lain macam pada Nidal.

Faruk : errr kau ok ke?
Nidal : ok. Kenapa muka kau macam ada masalah je?
Faruk : ye ke? Tak ada apa lah.
Nidal : gaji tak cukup ke? Aku tambah nanti. Kau pun kerja bagus.

Bertambah rasa bersalahnya pada Nidal. Dia tak sanggup menyimpan lagi.

Faruk : Nidal. Aku cakap ni kau bawa bersabar ye.
Nidal : kenapa? Kerugian besar ke?
Faruk : bukan. Ni pasal isteri kau. Bal dia hari-hari datang rumah kau.
Nidal : ala biasa lah tu. Hantar barang lah tu. Dia nak suruh aku mungkin tak nak susahkan aku. Sebab aku busy.
Faruk : aku kalau keluar makan. Aku selalu ternampak Bal lalu kawasan rumah kau. Kadangkala aku nampak dia masuk dalam rumah kau.
Nidal : ahh tak ada apa lah tu.
Faruk : isteri kau ada cakap tak yang Bal datang? Kalau tak ada, baik kau siasat petang esok.

Nidal hanya diamkan diri. Dia tak percaya satu pun perkataan dari rakan sekerja nya itu. Malam itu, dia tidur bersama isterinya seperti biasa. Isterinya tiada pula bercerita tentang Bal.

Nidal : nadia? Bal ada datang tak?
Nadia : hah err ada. Dia tolong saya bawa barang ke dobi. Nak suruh abang , mesti abang sibuk.
Nidal : ohh..
Nadia : kenapa?
Nidal : tak ada apa. Tanya je. Bal asyik hilang bila petang.
Nadia : hahaha biasalah tu. Dia jumpa awek dia lah kot.

Keesokan harinya, Nidal pulang awal. Memang benar kereta Bal ada di rumahnya. Dia masuk dengan perlahan dan terus ke bilik tidur mereka. Alangkah terkejutnya Nidal apabila mendapati mereka sedang bersetubuh seolah-olah tiada apa. Nidal terus meluru masuk.

Nidal : bal!!! Nadia!! Apa kau orang buat ni?

Mereka kelam kabut menutupi tubuh telanjang.

Bal : kau salah sangka ni.
Nidal : salah apa?!! Apa yang aku buat? Aku layan kau dengan baik. Sanggup kau buat aku macam ni Bal!!
Nadia : abang diam!! Ini semua salah abang. Saya yang nak semua ni.
Nidal : apa? Bukan Bal yang...
Nadia : bukan! Saya yang inginkan ni.
Nidal : kenapa nadia? Awak perempuan baik..
Nadia : cukup lah dengan baik. Saya buat semua ni sebab abang terlalu baik. Saya tak pernah rasa di belai dengan nakal.
Nidal : nadia? Ini bukan nadia. Tak tak. Tak mungkin.
Bal : kau terlalu baik Nidal. Kau sanggup di pijak.
Nadia : abang terlalu baik. Maafkan saya.
Nidal : tak. Tak !!! Dia suka lelaki jahat ke? Tak!!

Nidal memegang kepalanya kerana sakit dan tidak percaya ini terjadi.

Nidal : aku terlalu baik?

Tangan nya menggigil. Pandangan matanya mula memudar dan dia pengsan di situ. Waktu tidak sedarkan diri itu, seseorang memanggil Nidal.

Qarin : nidal!! Nidal!!

Nidal perlahan bangun. Di dapati dia di dalam ruangan gelap. Hanya ada satu cahaya mengarah ke arah nya.

Nidal : aku kat mana ni?
Qarin : dalam fikiran kau.
Nidal : siapa kau? Tunjukkan diri!

Suara yang bergema di kepalanya itu membuatkan nya takut. Sosok tubuh memunculkan diri.

Nidal : hah? Aku?
Qarin : ye. Aku adalah kau. Kau terlalu baik dengan orang. Sampaikan isteri kau curang dengan kau.
Nidal : tak! Tak mungkin. Itu semua mimpi.
Qarin : mimpi? Haahahaha jangan buat lawak Nidal. Sudah jelas ini bukan mimpi.
Nidal : ............ Errr aku.. kenapa baik boleh jadi seperti ini?
Qarin : kau kena jadi jahat. Izinkan aku guna tubuh kau. Aku akan buktikan yang kau ni jahat.
Nidal : tidak...
Qarin : kau nak jadi baik seperti ini? Isteri kau suka lelaki jahat. Mari kita bunuh semua orang jahat. Biar kita satu-satunya orang jahat di dunia ni.
Nidal : ya. Betul. Kalau semua baik. Tak akan ada lelaki lain yang rampas isteri aku.
Qarin : ya. Biarkan aku kawal tubuh kau.. mangsa kita pertama.... Hehehehehe...hahahaha..

Bersambung.....

Rai, Stupid Detective (SD)Where stories live. Discover now