Bab 1

171 9 0
                                    

" Okay , semua pelajar boleh hantar sekarang . Cepat masa dah tamat " Puan Saleha memberi amaran kepada pelajar pelajarnya .

Bergegas pelajarnya cuba menyiapkan ujian bertulis untuk subjek bahasa ketiga iaitu Bahasa Jerman . Ada yang seakan akan zirafah memanjangkan leher untuk meniru rakan sebelah dan ada juga yang pasrah menghantar jawapan . Mungkin telah berputus asa ketika itu .

Di satu sudut , kelihatan seorang gadis juga berkerut kerut dahinya memikirkan jawapan di saat saat akhir . Hasrat untuk mencari jawapan daripada rakan rakan harus dimatikan kerana tiba tiba tajam mata Puan Saleha tertancap ke arahnya .

" Sudah , sudah ! Hantar sekarang . Dhiyani , hantar sekarang . Tolong jangan buang masa saya " herdik Puan Saleha .

Pasrah Dhiyani menghulurkan kertas jawapannya kepada Puan Saleha sambil menjuihkan bibirnya kepada rakan rakan . Masih ada yang mencuba mencari jawapan tetapi tangkas tangan Puan Saleha merampas semua kertas jawapan pelajar pelajarnya .

" Ha , lain kali ulang kaji . Jangan nak harapkan nasib saja . Kan dah terkial kial nak jawab " amaran Puan Saleha kepada pelajar nya yang masing masing kelihatan kecewa kerana ada yang tidak dapat menjawab langsung . Begitulah dunia pelajar , menelaah pada saat saat akhir telah menjadi rutin mereka .

Namun tidak bagi pelajar bernama Azri Raykal yang dengan mudah menjawab setiap soalan dalam ujian dengan mudah . Hairan dengan pemuda tersebut , Dhiyani menyoal rakan sekelasnya yang rapat dengan Azri .

" Eh Zakwan , aku tengok Azri tu macam tau je soalan yang masuk untuk ujian ni . Kau tengok ah senang gila dia jawab tadi . Kita semua ni yang bertungkus lumus tapi dia ? Nampak cool je . Takpayh tanya kawan ii macam kita , sebaliknya kita yang selalu tanya dia . Pandai betul dia tu kan ! " soal Dhiyani mencari kepastian .

" Ala , apa yang payahnya . Bagi Azri soalan macam ni hanya untuk budak tingkatan satu je tau . Dia kan pernah belajar dekat Jerman " balas Zakwan dengan muka selamba sambil mengemas beg untuk pulang setelah tamatnya kelas .

Dhiyani ditinggalkan bersendirian mengelamun memikirkan apa yang diberitahu oleh Zakwan sebentar tadi . Di benaknya , dia memikirkan sesuatu yang menguntungkan diri nya .

" Peluang untuk aku belajar bahasa Jerman secara percuma . Kalau ambil personal tutor pun mahal " Dhiyani bermonolog sambil merancang sesuatu .

Dia berhasrat untuk berkawan dengan lebih rapat dengan Azri kerana dalam masa yang sama dia mampu menimba ilmu yang ada pada Azri . Tanpa segan silu , Dhiyani mendekati Azri sambil memegang sebuah fail berwarna oren .

" Azri , can I have your contact number since we are a classmate . Maybe boleh share apa apa in the future " Dhiyani bijak mengatut ayatnya untuk memulakan perkenalan .

Azri yang seakan akan terkejut , namun tanpa banyak menyoal terus menulis nombor telefonnya di atas fail oren itu dan menghulurkan semula fail itu kepada Dhiyani . Sambil tersenyum , dia memandang tepat ke wajah Dhiyani . Terdetik hatinya bahawa gadis ini sungguh menawan .

Hanya Pada Takdir ✔Where stories live. Discover now