Bab 2

106 9 0
                                    

" Buat filem pendek dalam bahasa Jerman ? Alamak ! Matilah aku macam ni . Nak buat skrip dalam bahasa Inggeris pun merangkak rangkak , ni kan pula Jerman ? Mati la aku macam ni Nurul " mengadu Dhiyani sambil mengaru garu kepalanya .

Tiba tiba dia teringkat kan Azri yang sememangnya pandai dalam bahasa Jerman . Bergegas Dhiyani mencari fail oren yang tertulis nombor telefon pemuda itu . Hampir seminggu sejak dia meminta nombor telefon Azri , baru sekarang dia teringat untuk menghantar pesanan ringkas sebagai tanda pengenalan .

" Nampaknya dialah yang akan tolong aku " getus hati kecil Dhiyani

* * 

Dibelek beleknya telefon bimbit nya itu sejak dari minggu lepas , menunggu si dia menghantar pesanan atau pun call . Tapi hampa , tiada sambutan dari telefon bimbit nya .

" Kau termenung apa Azri ? Dari tadi telefon je kat tangan kau . Tunggu awek ke ? " sakat Jefri yang sedang menjamah roti di meja makan

Aku termenung sekejap , lama otak aku berfikir . Tanya ke tak ?

" Kau kenal Dhiyani ? "

" Dhiyani ? Mana ? Yang putih sama kelas dengan kau kan ? "

" Haah , kau kenal ? "

Jefri mengelengkan kepala . Bantal di tepi Azri di campaknya ke muka Jefri . Buang masa je tanya

* *

Sejak menghantar mesej itu , Dhiyani dan Azri menjadi kawan . Pada awalnya niat Dhiyani hanyalah untuk meminta bantuan Azri menyiapkan skrip filem pendek Jerman nya tetapi pada suatu hari setelah tamat kelas bahasa ketiga , tiba tiba Azri memdekatinya yang tengah sibuk mengemas beg .

" Dhiyani , you free tak malam esok ? Kita tengok wayang ? " tanpa tergagap gagap Azri mempelawa gadis itu . Mungkin telah lama dia menanam hasrat untuk mengajaknya keluar .

Dhiyani agak terkejut , tidak tahu apa yang harus dijawab dengan pelawaan Azri sebentar tadi . Dia tidak mahu terus menolak kerana bimbang akan melukakan hati rakannya itu . Sambil mencari jawapan selamat , Dhiyani melabuhkan semula punggungnya di kerusi

" Bukan I nak menolak , tetapi I ada beberapa perbincangan berkumpulan dalam minggu ini . Tapi kalau I free , I akan terus bagitau you okay ? " lega Dhiyani kerana berjaya melepaskan diri

' Alamak , mamat ni ajak keluar pulak . Kalau aku terus mengelak nanti dia perasan pula aku tolak pelawaan dia ' getus hati kecil Dhiyani . Mungkin sekarang masih belum sesuai

Diselubungi rasa bersalah , Azri yang tadi telah berlalu didapatkannya semula .

" Azri , next week on Thursday I free . So make sure you pick me up sharp at 8 p.m " pesan Dhiyani ringkas

Azri tersenyum lebar sambil mengangguk menandakan dia faham dengan pesanan Dhiyani . Walaupun ringkas tapi cukup padat dan jelas untuk di fahami dan membuatkan Azri gembira

" Agak tegas gadis ni " hatinya bermonolog namun wajahnya tetap mengukirkan senyuman

Hanya Pada Takdir ✔Where stories live. Discover now